11 April 2012

MEMILIH WAKIL RAKYAT ATAU WAKIL KAMPUS

Oleh: Jabdin bin Juhat
Sejak  tahun 1999 semasa menyertai gerakan politik kampus penulis adalah orang yang paling konsisten agar AUKU tidak dimansuh atau jika dipinda yang membenarkan mahasiswa terlibat dengan parti politik. 
Asas dan rasionalnya tetap ada iaitu dikhuatiri anasir luar kampus menyerap dalam kampus dan mempergunakan mahasiswa bagi tujuan kepentingan politik masing-masing.  Apa yang berlaku di Indonesia, Thailand, Iran, Pakitan, Perancis dan lain-lain negara merupakan satu pengajaran berguna.
Dalam buku Tunku Abdul Rahman "13 Mei Sebelum dan Selepas" ada menceritakan mengenai penglibatan mahasiswa dalam peristiwa 13 Mei 1969. Lantaran itu semasa Tun Mahathir Mohamad sebagai Menteri Pelajaran ketika membentangkan AUKU di Parlimen  pada 8 April 1975 termasuk PAS sebulat suara menyokong pindaan menyekat mahasiswa terlibat dengan parti politik.
Suara-suara memansuhkan AUKU adalah antara agenda mahasiswa anti-establishment yang telah diwarisi sejak 40 tahun lalu. AUKU sudah menjadi agenda politik bukan sahaja kepada mahasiswa tetapi juga parti politik di negara ini.
Bermacam polemik mengenainya termasuk Anwar Ibrahim yang menentang AUKU pada zaman pelajarnya tetapi sewaktu menjawat jawatan Menteri Pelajaran pada tahun 1990 Anwar Ibrahim menyatakan bahawa Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Pindaan 1975) tidak akan dimansuhkan serta diserap ke dalam Akta Pendidikan.
Kata-kata popular Anwar Ibrahim ketika itu yang menjadi ingatan kepada pejuang kampus ialah Saya tidak pernah campurtangan dalam hal urusan universiti, tetapi banyak yang bercakap mengenai kebebasan atau autonomi universiti yang mahu mengenepikan dasar pendidikan negara. Mereka mahu kebebasan sepenuhnya. Ini merbahaya”.( Utusan Malaysia 28 Ogos 1990)
Sesuatu yang mengejutkan mahasiswa antiestablishment pada Januari tahun 2008, selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK), YAB Dato Sri’ Mohd Najib Tun Razak, ketika itu Timbalan Perdana Menteri mengumumkan Kerajaan mengambil keputusan muktamad untuk tidak memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 yang telah dilaksanakan di institusi pengajian tinggi awam (IPTA).
Walaubagaimanapun kerajaan telah membuat pindaan kepada AUKU 1971 (pindaan 2008) untuk memberi peluang dan kebenaran mahasiswa terlibat dengan pertubuhan dalam dan luar negara yang sebelum ini tidak dibenarkan.

seksyen 15 (pindaan 2008)
15. (1) Seseorang pelajar Universiti boleh menjadi ahli mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang, sama ada atau tidak ia ditubuhkan di bawah manamana undang-undang bertulis, sama ada ia di dalam atau di luar Universiti, dan sama ada ia di dalam atau di luar Malaysia, selain—

(4) Naib Canselor boleh, atas permohonan seseorang pelajar Universiti, mengecualikan pelajar itu daripada peruntukan perenggan (1)(a), tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut.


Polemik AUKU berterusan lagi selepas tahun 2008 sehinggalah 2010 dan 2011 kali ini desakan untuk memansuh dan meminda AUKU adalah dari kelompok pemuda UMNO sendiri yang turut disambut oleh mahasiswa antiestablisment. Begitu banyak pro dan kontra sehingga Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia yang pernah menguasai kampus bertindak mempertahankan AUKU.
Pada 31 Oktober 2011 kes Pelajar UKM4,  Mahkamah Rayuan memutuskan Seksyen 15(5)(a) AUKU yang melarang pelajar menyatakan sokongan dan simpati atau bangkangan kepada mana-mana parti politik dalam dan luar negara, adalah tidak sah dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Dalam keputusan majoriti 2-1, panel tiga hakim itu memutuskan seksyen tersebut tidak munasabah dan melanggar kebebasan bersuara. Kes ini mendapat reaksi pelbagai termasuk seorang anggota pentadbiran kerajaan iaitu Timbalan Menteri Pengajian Tinggi yang tidak bersetuju agar kerajaan tidak perlu membuat rayuan. 

Pada November 2011 sesuatu yang mengejutkan apabila Perdana Menteri mengumumkan di Dewan Rakyat bahawa Seksyen 15, Akta Universiti dan Kolej Universiti akan dipinda bagi membolehkan pelajar berusia 21 tahun ke atas menganggotai parti-parti politik.

Tidak sedikit reaksi yang diterima sama ada pro dan kontra pengumuman Perdana Menteri itu. Ada yang bersetuju dan ada yang tidak. Tetapi penulis amat percaya pindaan ini akan tetap mengekalkan kedudukan bagi tujuan melindungi negara dari ancaman keselamatan negara.
9 April 2012 detik bersejarah itu berlaku. Rang Undang-undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan), Rang Undang-undang Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan) dan Rang Undang-undang Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan) dibentang buat kali pertama oleh Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di persidangan Dewan Rakyat.
Pelajar institusi pengajian tinggi akan dibenarkan menyertai dan menganggotai mana-mana parti politik apabila pindaan pada tiga akta berkaitan dengan peruntukan itu diluluskan Dewan Rakyat kelak.
Pindaan itu bagi menggantikan peruntukan sedia ada yang melarang pelajar universiti menjadi anggota parti politik.
Namun, pindaan itu mencadangkan sekatan terhadap penglibatan pelajar dalam aktiviti parti politik di dalam kampus bagi mengekalkan keberkecualian di dalam kampus.
Antaranya ialah subseksyen 15(2) Rang Undang-undang Universiti dan Kolej Universiti, subseksyen 47(2) Rang Undang-undang Institusi Pendidikan Tinggi Swasta dan subseksyen 10(2) Rang Undang-undang Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) yang mencadangkan pelajar universiti tidak dibenar bertanding dalam pilihan raya kampus bagi atau memegang apa-apa jawatan dalam mana-mana persatuan universiti jika pelajar itu memegang jawatan dalam parti politik.
Pelajar universiti juga tidak dibenar menjalankan aktiviti politik di dalam kampus, tidak dibenar menjadi ahli kepada mana-mana persatuan dan pertubuhan di dalam dan luar kampus yang menyalahi undang-undang.
Pindaan pada ketiga-tiga rang undang-undang itu juga mencadangkan seseorang pelajar universiti tidak boleh dihalang daripada membuat kenyataan mengenai sesuatu perkara akademik yang berhubungan dengan perkara yang pelajar itu terlibat dalam pengajian atau penyelidikannya.
Seperti biasa semasa pengumuman kerajaan meminda seksyen 15 AUKU pembangkang dan mahasiswa pro pembangkang menyahutnya betapa berjayanya mereka mendesak kerajaan. Namun sekarang setelah dibentangkan. Apakah reaksinya?

Pilihlah nak jadi kampus atau wakil rakyat dalam negara?  Kalau tidak memilih dapat kita bayangkan kalau –kalau Salahhudin Ayub Naib Presiden PAS dalam masa yang sama Presiden Majlis Perwakilan Pelajar UM. Tidak Begitu?

1 comment:

  1. Utusan Malaysia Wajib Tubuhkan segmen... sex - gay dan lesbian jika mahu tingkatkan jualan ( Lihat sendiri bukti Transformasi 1 Malaysia Berjaya )
    1~BUKTI 1
    2~BUKTI 2
    3~BUKTI 3
    4~BUKTI 4 * (NEW)
    5~BUKTI 5 * (NEW)
    6~BUKTI 6 * (HOT)

    Jangan segan2... Utusan Malaysia Pasti Boleh Buat!!



    Sumpah Aku Akan Lingkupkan Putrajaya Jika Generasi Muda Terengganu Tidak Jadi Perdana Menteri Malaysia Ke-7 Sebelum PRU ke-13 Tanpa Perlu Berdolak-dalik!!
    (Bukti kukuh)
    1 ~ http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=32381
    2 ~ http://www.sabahforum.com/forum/sabah-malaysia-international-politics/topic28065.html
    3 ~ http://www.utaraonline.net/v4/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=22146
    4 ~ http://www.selatanonline.net/v1/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=3155

    ReplyDelete