29 March 2012

SELANGOR BANDAR SAMPAH?

Datanglah Kajang


Selepas penamatan Alam Flora Sdn Bhd sebagai konsesi perkhidmatan kutipan dan pembersihan sisa pepejal nampaknya PBT dan Kerajaan Selangor masih bergelut untuk menyesuai diri dengan situasi ketiadaan Alam Flora. Kerajaan Selangor tidak menandatangani perjanjian antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan PBT untuk perkhidmatan PSP & PA selaras Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) bermakna Kerajaan Selangor berhak dan mempunyai kuasa penuh untuk menguruskan pembersihan awam dan sisa pepejal PBT masing-masing. 


Kerajaan Selangor sebelum ini menerima peruntukan kerajaan persekutuan bagi kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam setiap tahun (secara interim) bagaimanapun selepas Kerajaan Selangor tidak menandatangi perjanjian penswastaan konsesi bermakna Kerajaan Selangor dan PBT akan menanggung sendiri kos berkenaan. 

Sebelum ini didapati PBT Selangor tidak membayar kepada  Alam Flora sebanyak 120.3 juta jumlah yang paling besar. 

Sekarang ini selepas sahaja PBT mengambil alih kerja-kerja kutipan  dan pembersihan sisa pepejal nampaknya Selangor agak terkial-kial menyelesaikan masalah longgokan sampah, bau busuk dan rumput yang tidak dipotong. Lihatlah saja kawasan kajang yang saya diami banyak sampah tidak dikutip mengikut jadual. Ada satu tempat di Bangi ketika saya melalui kawasan itu pada bulan Februari, rumah sampah di bakar mungkin disebabkan kemarahan memuncak atau sebab kelalaian penghuni taman. Nasiblah Bomba cepat mengambil tindakan. 

Jika anda membaca akhbar  sekarang boleh dikatakan setiap hari banyak pihak tidak berpuas hati dengan perkhidmatan kutipan dan pembersihan sisa pepejal di Selangor sekarang. Sampah menimbun dan berbau busuk. Mungkinkah Selangor tidak mempunyai peruntukan yang cukup? sehingga Selangor sekarang mengalami masalah sampah yang mungkin boleh menjejaskan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor jika berlarutan. 


Gambar yang diambil di Kajang- Sg Chua sebelah dengan Pasaraya Giant
Haraplah angkat dan bersihkan. 


No comments:

Post a Comment