17 March 2012

Bagaimana kalau semua Naik?

Anda boleh membayangkan suasana ini bila anda mendapat berita;

1.  Bantuan 500, BRIM kepada isirumah yang layak. Gembiranya isi rumah di Negara ini. Dapat sikit meringankan beban. Beruntung sangat rakyat Malaysia. 

2. Bantuan sekolah kepada pelajar RM 100.00 seorang. Menggembirakan ibubapa.

3. Boucher Buku 1 Malaysia kepada mahasiswa. Gembira mahasiswa

4.Begitu juga kedai-kedai Rakyat  1Malaysia dan kedai ikan 1 Malaysia.

5. SBPA di mansuhkan yang melibatkan 1.4 juta penjawat awam. 1.4 X 3 orang ahli keluarga dalam satu rumah bermakna  4.2 juta orang gembira.

Rakyat sangat suka. Mereka puji semua usaha kerajaan ini. Jadi kita jangan mensia-siakan harapan rakyat. 


Namun bayangkan anda menerima berita ini;




1. Pembantu  rumah dari Indonesia yang mula di hantar ke Malaysia bulan depan hanya melakukan satu tugas khusus di rumah bakal majikan. Bayangkan memasak, mengasuh bayi, menjaga orang tua dan mengemas rumah dibayar gaji RM 700 seorang. Bermakna kalau anda memerlukan pembantu yang melakukan semua kerja itu maka anda kena membayar RM2,800 (untuk 4 orang). Hebat syarat Negara Indonesia sehingga berjaya membuat tuntutan itu. Nampaknya kita kena cari alternatif lain supaya tidak menggunakan amah Indonesia.

2.  Cukai perkhidmatan prabayar 6% pada Julai ini yang memberi kesan kepada 26 juta pengguna perkhidmatan prabayar di seluruh negara. 85% pengguna Digi,77% pengguna Celcom dan 74% pengguna Maxis. Bermakna syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi dapat meningkatkan keuntungan mereka sekitar 2 hingga 6 peratus. Mari kita kira berapa pengguna dari golongan warga tua, mahasiswa, remaja, isi rumah, golongan profesional, ahli perniagaan, dan lain-lain lagi. Agaknya jika 26juta pengguna ini mengundi apa kesannya?

3.  Bayangkan kalau harga minyak naik sekali lagi sebelum pilihan raya ini? atau harga gula, minyak, tepung beras dan barang-barang keperluan asas naik. apa kesannya?

4.   Harga rumah yang naik mendadak di bandar malah di pinggir bandar juga mencecah 300 ribu ke atas mengundang masalah terutama golongan pembeli muda yang dijanjikan skim rumah pertamaku sekarang. 

5.  Bayangkan jika SBPA tidak mansuh maka  1.4 X 3 orang ahli keluarga dalam satu rumah bermakna  4.2 juta orang bersedih. Dan mungkin akan kehilangan 4.2 juta pengundi (jika mengundi).

Cadangan saya dalam tinta ini, agar dekat-dekat pilihan raya ini janganlah diberitakan hal-hal yang naik ini. Minyak dan harga barangan ini janganlah naik dulu. Pengguna prepaid misalnya yang berjumlah 26 juta itu kalau 50% mengundi apakah kesannya?. Dari segi gerak saraf dan perang saraf umumlah berita-berita yang Kerajaan dekat dengan rakyat. Anda akan melakukan kesilapan jika tidak berhati-hati. Fikir-fikirkan cadangan penulis ini. Jadi media massa yang di kuasai kerajaan sekarang jangan terlalu ghairah 'memberita' kerana kesannya kepada rakyat sangat cepat sekali. 


No comments:

Post a Comment