13 May 2012

Privasi Saya terganggu


1.  Kesesakan jalan raya oleh penganjur demontrasi menyebabkan suasana cuti keluarga saya terganggu. Saya tidak dapat membawa keluarga ke Bandar Kuala Lumpur seperti biasa. Ternyata privasi saya dan keluarga saya terganggu!

2. Banyak tujuan peribadi saya terganggu pada hari penganjuran itu diadakan. Keluarga menjadi takut bila keganasan peserta demo berlaku. 

Siapa yang tidak merasa privasi terganggu?

Nampaknya bila ada yang buat demo depan rumah Ambiga, terasa juga Ambiga rupanya hal keluarga dan keamanannya terganggu.


11 April 2012

MEMILIH WAKIL RAKYAT ATAU WAKIL KAMPUS

Oleh: Jabdin bin Juhat
Sejak  tahun 1999 semasa menyertai gerakan politik kampus penulis adalah orang yang paling konsisten agar AUKU tidak dimansuh atau jika dipinda yang membenarkan mahasiswa terlibat dengan parti politik. 
Asas dan rasionalnya tetap ada iaitu dikhuatiri anasir luar kampus menyerap dalam kampus dan mempergunakan mahasiswa bagi tujuan kepentingan politik masing-masing.  Apa yang berlaku di Indonesia, Thailand, Iran, Pakitan, Perancis dan lain-lain negara merupakan satu pengajaran berguna.
Dalam buku Tunku Abdul Rahman "13 Mei Sebelum dan Selepas" ada menceritakan mengenai penglibatan mahasiswa dalam peristiwa 13 Mei 1969. Lantaran itu semasa Tun Mahathir Mohamad sebagai Menteri Pelajaran ketika membentangkan AUKU di Parlimen  pada 8 April 1975 termasuk PAS sebulat suara menyokong pindaan menyekat mahasiswa terlibat dengan parti politik.
Suara-suara memansuhkan AUKU adalah antara agenda mahasiswa anti-establishment yang telah diwarisi sejak 40 tahun lalu. AUKU sudah menjadi agenda politik bukan sahaja kepada mahasiswa tetapi juga parti politik di negara ini.
Bermacam polemik mengenainya termasuk Anwar Ibrahim yang menentang AUKU pada zaman pelajarnya tetapi sewaktu menjawat jawatan Menteri Pelajaran pada tahun 1990 Anwar Ibrahim menyatakan bahawa Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Pindaan 1975) tidak akan dimansuhkan serta diserap ke dalam Akta Pendidikan.
Kata-kata popular Anwar Ibrahim ketika itu yang menjadi ingatan kepada pejuang kampus ialah Saya tidak pernah campurtangan dalam hal urusan universiti, tetapi banyak yang bercakap mengenai kebebasan atau autonomi universiti yang mahu mengenepikan dasar pendidikan negara. Mereka mahu kebebasan sepenuhnya. Ini merbahaya”.( Utusan Malaysia 28 Ogos 1990)
Sesuatu yang mengejutkan mahasiswa antiestablishment pada Januari tahun 2008, selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK), YAB Dato Sri’ Mohd Najib Tun Razak, ketika itu Timbalan Perdana Menteri mengumumkan Kerajaan mengambil keputusan muktamad untuk tidak memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 yang telah dilaksanakan di institusi pengajian tinggi awam (IPTA).
Walaubagaimanapun kerajaan telah membuat pindaan kepada AUKU 1971 (pindaan 2008) untuk memberi peluang dan kebenaran mahasiswa terlibat dengan pertubuhan dalam dan luar negara yang sebelum ini tidak dibenarkan.

seksyen 15 (pindaan 2008)
15. (1) Seseorang pelajar Universiti boleh menjadi ahli mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang, sama ada atau tidak ia ditubuhkan di bawah manamana undang-undang bertulis, sama ada ia di dalam atau di luar Universiti, dan sama ada ia di dalam atau di luar Malaysia, selain—

(4) Naib Canselor boleh, atas permohonan seseorang pelajar Universiti, mengecualikan pelajar itu daripada peruntukan perenggan (1)(a), tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut.


Polemik AUKU berterusan lagi selepas tahun 2008 sehinggalah 2010 dan 2011 kali ini desakan untuk memansuh dan meminda AUKU adalah dari kelompok pemuda UMNO sendiri yang turut disambut oleh mahasiswa antiestablisment. Begitu banyak pro dan kontra sehingga Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia yang pernah menguasai kampus bertindak mempertahankan AUKU.
Pada 31 Oktober 2011 kes Pelajar UKM4,  Mahkamah Rayuan memutuskan Seksyen 15(5)(a) AUKU yang melarang pelajar menyatakan sokongan dan simpati atau bangkangan kepada mana-mana parti politik dalam dan luar negara, adalah tidak sah dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Dalam keputusan majoriti 2-1, panel tiga hakim itu memutuskan seksyen tersebut tidak munasabah dan melanggar kebebasan bersuara. Kes ini mendapat reaksi pelbagai termasuk seorang anggota pentadbiran kerajaan iaitu Timbalan Menteri Pengajian Tinggi yang tidak bersetuju agar kerajaan tidak perlu membuat rayuan. 

Pada November 2011 sesuatu yang mengejutkan apabila Perdana Menteri mengumumkan di Dewan Rakyat bahawa Seksyen 15, Akta Universiti dan Kolej Universiti akan dipinda bagi membolehkan pelajar berusia 21 tahun ke atas menganggotai parti-parti politik.

Tidak sedikit reaksi yang diterima sama ada pro dan kontra pengumuman Perdana Menteri itu. Ada yang bersetuju dan ada yang tidak. Tetapi penulis amat percaya pindaan ini akan tetap mengekalkan kedudukan bagi tujuan melindungi negara dari ancaman keselamatan negara.
9 April 2012 detik bersejarah itu berlaku. Rang Undang-undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan), Rang Undang-undang Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan) dan Rang Undang-undang Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan) dibentang buat kali pertama oleh Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di persidangan Dewan Rakyat.
Pelajar institusi pengajian tinggi akan dibenarkan menyertai dan menganggotai mana-mana parti politik apabila pindaan pada tiga akta berkaitan dengan peruntukan itu diluluskan Dewan Rakyat kelak.
Pindaan itu bagi menggantikan peruntukan sedia ada yang melarang pelajar universiti menjadi anggota parti politik.
Namun, pindaan itu mencadangkan sekatan terhadap penglibatan pelajar dalam aktiviti parti politik di dalam kampus bagi mengekalkan keberkecualian di dalam kampus.
Antaranya ialah subseksyen 15(2) Rang Undang-undang Universiti dan Kolej Universiti, subseksyen 47(2) Rang Undang-undang Institusi Pendidikan Tinggi Swasta dan subseksyen 10(2) Rang Undang-undang Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) yang mencadangkan pelajar universiti tidak dibenar bertanding dalam pilihan raya kampus bagi atau memegang apa-apa jawatan dalam mana-mana persatuan universiti jika pelajar itu memegang jawatan dalam parti politik.
Pelajar universiti juga tidak dibenar menjalankan aktiviti politik di dalam kampus, tidak dibenar menjadi ahli kepada mana-mana persatuan dan pertubuhan di dalam dan luar kampus yang menyalahi undang-undang.
Pindaan pada ketiga-tiga rang undang-undang itu juga mencadangkan seseorang pelajar universiti tidak boleh dihalang daripada membuat kenyataan mengenai sesuatu perkara akademik yang berhubungan dengan perkara yang pelajar itu terlibat dalam pengajian atau penyelidikannya.
Seperti biasa semasa pengumuman kerajaan meminda seksyen 15 AUKU pembangkang dan mahasiswa pro pembangkang menyahutnya betapa berjayanya mereka mendesak kerajaan. Namun sekarang setelah dibentangkan. Apakah reaksinya?

Pilihlah nak jadi kampus atau wakil rakyat dalam negara?  Kalau tidak memilih dapat kita bayangkan kalau –kalau Salahhudin Ayub Naib Presiden PAS dalam masa yang sama Presiden Majlis Perwakilan Pelajar UM. Tidak Begitu?

09 April 2012

TAMAN CEMPAKA BANGI YANG INDAH!

Juga dapat meningkatkan pendapatan kepada peniaga
 yang menyediakan sewaan alatan permainan
Pada 7 April lalu saya membawa keluarga ke Taman Cempaka Bandar Baru Bangi semua taman yang kosnya dulu di tanggung oleh Jabatan Landskap Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Dua kali saya hadir majlis rasmi di taman berkenaan sempena Sambutan Hari Landskap Negara. 

Taman ini memang cantik. Boleh dikatakan setiap Sabtu atau Ahad saya mesti membawa keluarga ke taman ini untuk beriadah. Ternyata taman ini sangat dimanfaatkan melihat ramainya pengunjung ke taman ini. Seronok melihat anak-anak pelbagai kaum bermain di taman ini. Sememangnya semangat 1Malaysia terpancar di sini. Anak-anak Melayu,Cina, India, bumiputera Sabah, Sarawak malahan dari luar negara juga datang ke taman ini. Terima kasih kepada Kerajaan BN yang membina taman ini dan menyediakan juga peruntukan penyelenggaraannya.

Beriadah bersama keluarga. 

Rakyat bersama-sama menggunakan kemudahan awam
CUMANYA BEBERAPA YANG PERLU DI PERBAIKI

Hiasan atap berwarna hijau (melambangkan daun) telah hilang.  Mungkin belum ada peruntukan menyediakannya semula. Atau tidak perlu pada anggapan MPKj?

Sikap pengunjung yang tidak bertanggungjawab membuang sampah.  Penyelenggara taman kena tengok juga. Nanti ada persepi kita tak jaga taman pula

Lihatlah sampah yang terapung. Kenapa? sikap siapa? atau memang dah tiada skop kerja memungut sampah di tasik ini?

Nota:

Teringat dengan berita dalam Sinar Harian mengenai Taman Cempaka ini yang dulunya kurang diselenggara. Terdapat permainannya yang rosak. Kini semuanya baru-baru belaka. Terima kasih sahabat di Sinar Harian yang peka dan sayangkan taman ini. Jika dulu Sinar Harian menyiarkannya. Kini saya pula. 

Selangor kini mula bersih?

Pada 29 Mac  2012 lalu saya ada paparkan gambar sampah yang tidak berangkat ini di halaman rumah seorang penduduk. 

dan 2 hari selepas itu...

Sudah dibersihkan. dan semasa sy melalui kawasan berkenaan kelihatan......

sampah di angkatlah....
Kita lihat nanti apa kesinambungannya..

03 April 2012

Pegawai Bank di Malaysia tidak boleh dipercayai?



NCF Corp telah mebuat laporan polis terhadap tiga pemimpin PKR iaitu Nurul Izzah Anwar, Rafizi Ramli dan Zuraida Kamaruddin kerana didakwa membocorkan rahsia dokumen bank syarikat itu. Asasnya

i.) melanggar Akta Institusi  Perbankan dan Kewangan 1989 (BAFIA) apabila mengedarkan dokumen akaun bank yang sepatutnya rahsia kepada media 7 Mac lalu.


ii.) Sabit kesalahan jadual Empat Seksyen 103 BAFIA kerana melanggar seksyen 97 (1) (3) (Hukumannya) adalah penjara 3 tahun dan denda RM 3juta. 


iii.) Bank yang membocorkan rahsia patut di siasat kerana melanggar BAFIA kerana mengeluarkan maklumat sulit pelanggan tanpa kebenaran. Maklumat yang dicetak adalah maklumat cetakan dalaman bank untuk penilaian kredit dan baki bank bukannya penyata biasa yang dihantar kepada pelanggan yang boleh dimuat turun atau diakses oleh orang ramai.

Kes NFC adaah satu dari peristiwa pegawai bank membocorkan maklumat kepada pihak tertentu. Sebelum ini banyak kes  lagi yag mungkin telah dilakukan oleh para pegawai Bank. 

Apakah ini mencerminkan tahap urusan Bank di Negara ini meragukan dan tidak boleh dipercayai kerana bank boleh mendedahkan maklumat identiti seseorang? 

Bank Negara mesti menyiasat dan menghukum pegawai Bank yang didapati bersalah dan bersekongkol mendedahkan maklumat pemilik akaun sebelum rakyat tidak mempercayai urus niaga di bank negara ini.


Nota

Teringat dengan maklumat seorang pegawai bank di ibukota KL bahawa seorang tua yang low profile mempunyai akaun bank jutaan ringgit. Rupanya orang yang dimaksudkan itu merupakan usahawan tembakau di Kelantan. Info berguna dari akses pegawai bank....senangnya mendapat maklumat

29 March 2012

SELANGOR BANDAR SAMPAH?

Datanglah Kajang


Selepas penamatan Alam Flora Sdn Bhd sebagai konsesi perkhidmatan kutipan dan pembersihan sisa pepejal nampaknya PBT dan Kerajaan Selangor masih bergelut untuk menyesuai diri dengan situasi ketiadaan Alam Flora. Kerajaan Selangor tidak menandatangani perjanjian antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan PBT untuk perkhidmatan PSP & PA selaras Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) bermakna Kerajaan Selangor berhak dan mempunyai kuasa penuh untuk menguruskan pembersihan awam dan sisa pepejal PBT masing-masing. 


Kerajaan Selangor sebelum ini menerima peruntukan kerajaan persekutuan bagi kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam setiap tahun (secara interim) bagaimanapun selepas Kerajaan Selangor tidak menandatangi perjanjian penswastaan konsesi bermakna Kerajaan Selangor dan PBT akan menanggung sendiri kos berkenaan. 

Sebelum ini didapati PBT Selangor tidak membayar kepada  Alam Flora sebanyak 120.3 juta jumlah yang paling besar. 

Sekarang ini selepas sahaja PBT mengambil alih kerja-kerja kutipan  dan pembersihan sisa pepejal nampaknya Selangor agak terkial-kial menyelesaikan masalah longgokan sampah, bau busuk dan rumput yang tidak dipotong. Lihatlah saja kawasan kajang yang saya diami banyak sampah tidak dikutip mengikut jadual. Ada satu tempat di Bangi ketika saya melalui kawasan itu pada bulan Februari, rumah sampah di bakar mungkin disebabkan kemarahan memuncak atau sebab kelalaian penghuni taman. Nasiblah Bomba cepat mengambil tindakan. 

Jika anda membaca akhbar  sekarang boleh dikatakan setiap hari banyak pihak tidak berpuas hati dengan perkhidmatan kutipan dan pembersihan sisa pepejal di Selangor sekarang. Sampah menimbun dan berbau busuk. Mungkinkah Selangor tidak mempunyai peruntukan yang cukup? sehingga Selangor sekarang mengalami masalah sampah yang mungkin boleh menjejaskan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor jika berlarutan. 


Gambar yang diambil di Kajang- Sg Chua sebelah dengan Pasaraya Giant
Haraplah angkat dan bersihkan. 


27 March 2012

Tahniah! KSU KPKT BARU

Datuk Arpah Abdul Razak dilantik Ketua Setiausaha KPKT

2012/03/27

KUALA LUMPUR: Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan hari ini mengumumkan pelantikan Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Arpah Abd Razak sebagai Ketua Setiausaha kementerian itu yang baru, mulai 3 April ini. 

Arpah menggantikan Datuk Seri Ahmad Kabit yang menamatkan perkhidmatannya sebagai Ketua Setiausaha KPKT pada 2 April ini setelah berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam selama 36 tahun, kata Mohd Sidek dalam satu kenyataan hari ini.
Arpah, 57, berkelulusan Ijazah Sarjana Sains Perancangan Bandar dan Wilayah dari University of Southern California, Amerika Syarikat dan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam bidang Pengajian Bandar dari Universiti Sains Malaysia (USM).
Beliau memulakan perhidmatan dengan Perkhidmatan Awam sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 26 November 1979. - BERNAMA

NOTE: Tahniah Datuk. semoga dapat berkhidmat dengan cemerlang. 

SESUATU YANG KITA HARUS BELAJAR


Kenaikan harga minyak di Indonesia yang diumumkan oleh kerajaan Indonesia telah mengundang padah apabila demonstrasi mengenainya di adakan besar-besaran di Indonesia. 

Ia jelas memberi pengajaran kepada kita bahawa menjelang PRU13 isu-isu berikut perlu dielakkan. 

1)  Kenaikan harga minyak.- Jangan sesekali mengumumkan kenaikan harga minyak ia memberi kesan kepada isu lain terutama mengakibatkan kenaikan barang lain.

2).       Memperkenakan GST sekarang. Walau anda bijak  mengolah fakta untuk orang boleh menerimanya. Yang jelas rakyat masih belum boleh memahaminya. Isu ini tidak sesuai sekarang dibangkitkan.
.    
Hati-hati, kita dah terlalu banyak isu nak diselesaikan...Rakyat bukan lagi seperti dahulu hanya ada TV1, TV2 dan TV3 dan seorang menteri penerangan yang boleh mengawal semuanya. sekarang zaman terbuka dari TV satelit, internet dan lain-lain lagi. semua orang boleh akses maklumat. 

24 March 2012

Bila akal semakin hilang!!

Beritanya.


NONE
Kira-kira 80 orang pelajar pro-Mahasiswa pada petang ini berhimpun di hadapan Kementerian Pengajian Tinggi di Putrajaya bagi menuntut supaya pilihan raya kampus diadakan pada kadar segera.

NONE
Kumpulan itu berkumpul pada kira-kira jam 2.45 petang dan cuba untuk menyerahkan memorandum serta batu nesan kepada Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Memorandum itu diterima oleh setiausaha politik Mohd Khaled, tetapi beliau menolak menerima batu nesan yang melambangkan "kematian demokrasi pelajar".

Memorandum yang dihantar mewakili lapan kumpulan mahasiswa, termasuk Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia and Pro-Mahasiswa.

----------------------------------------------ulasannya--------------

Bila akal pemimpin mahasiswa semakin singkat cara. Kenapa nak bawa nesan? Nak menggambarkan matinya demokrasi dengan cara memberi batu nesan?. Cara mahasiswa pembangkang ni dari dulu memang sentiasa pendek akal. Dari bawa keranda sehingga bawa nesan. Siapa nak hormat kita jika kita tidak hormat orang lain. 

Inikah caranya? kenapa batu nesan ini tidak di bawa ke parlimen serah pada Anwar Ibrahim supaya Anwar boleh bercakap bagi pihak mahasiswa yang malang ni mengenai matinya demokrasi mereka. Kita tengok reaksi Anwar..


18 March 2012

Pengguna Prabayar selamat?



Semalam selepas Utusan menyiarkan mengenai 6% cukai perkhidmatan kepada pelanggan pra bayar 

Hari ini Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menafikan pernah mengeluarkan memo mengarahkan syarikat telekomunikasi tempatan mengenakan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus terhadap pelanggan pra-bayar bermula 1 Julai ini.

Sebaliknya, kata Pengerusi SKMM, Datuk Mohamed Sharil Tarmizi, pihaknya masih berbincang dengan syarikat telekomunikasi tempatan berhubung perkara itu bagi mencari jalan penyelesaian terbaik agar pengguna terus mendapat perkhidmatan komunikasi pada harga berpatutan.

Penulis berharap agar tidak perlulah pengguna pra bayar dikenakan cukai 6% ini. Biarlah ia sekadar perbincangan saja. Harap-harap yang membawa maksud berpatutan itu bukanlah juga cukai 2% atau 3%. Dengan tidak mengenakan cukai-cukai perkhidmatan ini tak akan miskin syarikat seperti Digi, Maxis dan Celcom.  Dekat-dekat PRU13 ini janganlah menambah beban kerajaan nak menjawab pelbagai isu. Cukuplah isu-isu sekarang yang membebankan. 


17 March 2012

Bagaimana kalau semua Naik?

Anda boleh membayangkan suasana ini bila anda mendapat berita;

1.  Bantuan 500, BRIM kepada isirumah yang layak. Gembiranya isi rumah di Negara ini. Dapat sikit meringankan beban. Beruntung sangat rakyat Malaysia. 

2. Bantuan sekolah kepada pelajar RM 100.00 seorang. Menggembirakan ibubapa.

3. Boucher Buku 1 Malaysia kepada mahasiswa. Gembira mahasiswa

4.Begitu juga kedai-kedai Rakyat  1Malaysia dan kedai ikan 1 Malaysia.

5. SBPA di mansuhkan yang melibatkan 1.4 juta penjawat awam. 1.4 X 3 orang ahli keluarga dalam satu rumah bermakna  4.2 juta orang gembira.

Rakyat sangat suka. Mereka puji semua usaha kerajaan ini. Jadi kita jangan mensia-siakan harapan rakyat. 


Namun bayangkan anda menerima berita ini;




1. Pembantu  rumah dari Indonesia yang mula di hantar ke Malaysia bulan depan hanya melakukan satu tugas khusus di rumah bakal majikan. Bayangkan memasak, mengasuh bayi, menjaga orang tua dan mengemas rumah dibayar gaji RM 700 seorang. Bermakna kalau anda memerlukan pembantu yang melakukan semua kerja itu maka anda kena membayar RM2,800 (untuk 4 orang). Hebat syarat Negara Indonesia sehingga berjaya membuat tuntutan itu. Nampaknya kita kena cari alternatif lain supaya tidak menggunakan amah Indonesia.

2.  Cukai perkhidmatan prabayar 6% pada Julai ini yang memberi kesan kepada 26 juta pengguna perkhidmatan prabayar di seluruh negara. 85% pengguna Digi,77% pengguna Celcom dan 74% pengguna Maxis. Bermakna syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi dapat meningkatkan keuntungan mereka sekitar 2 hingga 6 peratus. Mari kita kira berapa pengguna dari golongan warga tua, mahasiswa, remaja, isi rumah, golongan profesional, ahli perniagaan, dan lain-lain lagi. Agaknya jika 26juta pengguna ini mengundi apa kesannya?

3.  Bayangkan kalau harga minyak naik sekali lagi sebelum pilihan raya ini? atau harga gula, minyak, tepung beras dan barang-barang keperluan asas naik. apa kesannya?

4.   Harga rumah yang naik mendadak di bandar malah di pinggir bandar juga mencecah 300 ribu ke atas mengundang masalah terutama golongan pembeli muda yang dijanjikan skim rumah pertamaku sekarang. 

5.  Bayangkan jika SBPA tidak mansuh maka  1.4 X 3 orang ahli keluarga dalam satu rumah bermakna  4.2 juta orang bersedih. Dan mungkin akan kehilangan 4.2 juta pengundi (jika mengundi).

Cadangan saya dalam tinta ini, agar dekat-dekat pilihan raya ini janganlah diberitakan hal-hal yang naik ini. Minyak dan harga barangan ini janganlah naik dulu. Pengguna prepaid misalnya yang berjumlah 26 juta itu kalau 50% mengundi apakah kesannya?. Dari segi gerak saraf dan perang saraf umumlah berita-berita yang Kerajaan dekat dengan rakyat. Anda akan melakukan kesilapan jika tidak berhati-hati. Fikir-fikirkan cadangan penulis ini. Jadi media massa yang di kuasai kerajaan sekarang jangan terlalu ghairah 'memberita' kerana kesannya kepada rakyat sangat cepat sekali. 


15 March 2012

Layakkah "State of Israel" diberi jaminan Keselamatan?

Wawancara WSJ, 26 Januari 2011 Anwar Ibrahim menyebut "I support all efforts to protect the security of the state of Israel," said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians.

"State of Israel'  dan jaminan keselamatan Israel itu tentu menarik untuk dikupas dan diperhalusi sebagaimana tulisan Nordin Kardi, Menghalalkan State of Israel Kenapa Anwar begitu bangga menyebut “State of Israel” itu? Apakah beliau mengiktiraf Negara Israel yang tidak wujud?  Apakah jaminan keselamatan Israel yang dibanggakan Anwar itu? Apakah seperti di bawah?





11 March 2012

Lembu Punya Susu, Sapi Dapat Nama?

Anwar Ibrahim tentu kecewa kerana tidak setaraf
Presiden CEUPACS duduk bersama PM. Awnar Layak duduk
bersama Paul Wolfowitz dan 3 Presiden Israel sahaja


Tahniah kepada Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) yang berusahabersungguh-sungguh menyelesaikan isu  dan polemi Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) selepas ia dibatalkan dan penggajian diteruskan mengikut Sistem Saraan Malaysia (SSM). Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman, berkata pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengenai perkara itu melegakan dan menggembirakan lebih 1.4 juta penjawat awam di seluruh negara. 


Kenaikan gaji itu adalah adil dan saksama serta memberi kebaikan kepada semua penjawat awam kerana SBPA membentuk jurang antara kumpulan pengurusan dengan kumpulan utama.

Mana Anwar Ibrahim dan Nurul Izzah?
Pelarasan gaji berdasarkan Jadual Gaji Matriks (JGM) SSM itu menyaksikan Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Pelaksana Gred 1 hingga 54 menikmati pelarasan sebanyak 13 peratus.

Gred Utama dan Gred Khas C, B dan A akan menikmati pelarasan sembilan peratus, Turus III dan II (lapan peratus) dan Turus I serta Ketua Setiausaha Negara (tujuh peratus).

Selain itu, kadar COLA bagi kawasan B (di antara bandar dan pedalaman) dinaikkan daripada RM200 kepada RM250 sebulan, manakala untuk kawasan C (pedalaman) daripada RM100 kepada RM150.  Pelarasan gaji itu berkuat kuasa 1 Januari lalu yang mana penjawat awam akan menerima gaji tertunggak. Difahamkan, gaji baru akan dibayar sama ada akhir bulan ini atau bulan depan
.

Bersusah payah Datuk Omar Osman dan 'teamnya'mendesak pimpinan kerajaan agar kemelut SBPA di selesaikan, tiba-tiba manusia yang bernama Anwar tampil kedepan selepas pengumuman PM "merekalah yang menyebabkan SBPA dimansuhkan". Apakah Anwar anak beranak terlibat dalam sesi perjumpaan dengan PM bersama Ceupacs? setakat bercakap tumpang kritik semua pihak pun berbuat demikian tanda rasa tidak setuju. ini dinamakan "Lembu Punya Susu, Sapi Dapat Nama". 


Nota: Dekat-dekat PRU13 ni kena tengok semua perkara. 1.4 juta penjawat awam dicampur dengan seorang suami/isteri dan dua anak dalam satu keluarga berapa agaknya undi yang ada? 1.4X3 =4.2 orang. mungkin sebab itu dibatalkan dahulu.


14 January 2012

Saiful Vs Anwar!

Memahami Keadilan Untuk Saiful

TAN SRI DR. NORDIN KARDI menulis mengenai kes Saiful vs Anwar Ibrahim. Memahami Keadilan untuk Saiful

1.) MOHD. Saiful Bukhari Azlan telah pun mengetahui keputusan aduan beliau kepada pemerintah mengenai pertuduhan jenayah yang beliau anggap telah diperlakukan terhadapnya oleh pihak tertuduh. Tertuduh telah didapati tidak bersalah daripada pertuduhan. Mahkamah telah memberi keadilan kepada beliau dan dengan itu beliau bersih.

2) Berbalik kepada Saiful, di manakah dia sepatutnya menuntut keadilan? Saya katakan bukan di mahkamah jenayah kerana jika tertuduh didapati bersalah, Saiful tidak akan mendapat apa-apa selain daripada rasa puas hati. Oleh itu tempat Saiful mendapat keadilan seharusnya di mahkamah sivil. Di mahkamah sivil, Saiful bukan hanya berperanan sebagai saksi atas arahan negara tetapi akan berperanan sebagai pihak yang menuntut.

3) di mahkamah sivil beban pembuktian tidak memerlukan syarat melampaui keraguan munasabah sebaliknya bergantung kepada kemampuan dan kecekapan peguam Saiful (bukan Peguam Negara) menunjukkan kepada hakim bahawa Saiful lebih benar.

4.) mengambil contoh kes O.J. Simpson , Sebagai perbandingan, keluarga mangsa bunuh O.J. Simpson telah berusaha mendapat keadilan di mahkamah sivil. Semasa perbicaraan, bahan-bahan bukti yang digunakan di mahkamah jenayah digunakan semula di dalam perbicaraan sivil itu. Perbicaraan sivil (civil trial) telah memihak keluarga mangsa yang masih hidup. Mahkamah sivil telah membuat keputusan bahawa Simpson bertanggung jawab menyebabkan kematian Goldman dan Brown secara salah (istilah digunakan ialah wrongful death). Mahkamah pula membuat keputusan keluarga mangsa mendapat AS33.5 juta sebagai ganti rugi dan hukuman menyebabkan kesakitan (compensatory and punitive damage).

5). Jika saya diminta oleh Saiful untuk menasihatinya apa yang patut dibuatnya selepas ini bagi memastikan dia mendapat keadilan, jawapan saya ialah Saiful mesti segera mula memfail tuntutannya di mahkamah sivil.

Nota:

Saya rasa kes ini Saiful vs Anwar lebih mencabar. 36 kali Anwar merayu di tangguh. Saiful baru sekali untuk membuat rayuan. jadi eloklah hak masing-masing ditunaikan.