28 November 2011

PRU: Anwar mahu bersihkan PKR dari pengkhianat

Mesej  Anwar.

1)  Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Kongres PKR di Johor memberi amaran kepada "pengkhianat" dalam parti yang perlu dibersihkan menjelang pilihan raya umum akan datang. "Dari awal saya kata kita akan saksikan pengkhianatan. Setiap pilihan raya kecil (ada wakil rakyat PKR) lompat. Dekat pilihan raya umum lagilah, harga kian naik,"

2) "Kalau khianat, terajang awal-awal. Jangan tolak ansur dengan pengkhianat. Kekuatan Umno hanya beli orang sebab dia ada wang. Wang apa? Wang rasuah. Kalau (semangat) kuat tak ada apa yang dapat patahkan kita.



3) Saya beri ingatan, setuju dengan lontaran setiausaha agung, jangan andaikan kerana mahu ke Putrajaya kita sanggup bertolak ansur di kalangan jentera," katanya lagi. Malah, beliau turut memberi amaran untuk tidak memberi peluang lagi kepada "orang yang tak layak" dan yang tidak menjalankan tugas sebagai wakil rakyat.

Kecewa

Setiausaha agung Saifuddin Nasution dalam ucapannya dengan berang menempelak wakil rakyat tertentu parti itu yang tidak dapat menghadirkan diri ke program berkenaan. "Saya kecil hati sebab ada wakil rakyat yang tak dapat datang. Kita tak boleh jadi wakil rakyat, ahli parlimen atau apa sekalipun tanpa platform parti. "Ada 365 hari setahun, bloklah tiga hari untuk kongres. Apa alasan tak dapat datang? Tak ada duit?

Ulasan

1) Anwar kecewa dengan kesilapan lalu. strategi 16 September ke Putrajaya telah gagal. misinya membeli calon BN dan yang lain-lain akhirnya tidak berjaya. Tentulah dalam PRU13 misi dan niat yang sama dipasang. Marilah kita tengok sama ada Anwar mampu melakukannya semula. 222 Kerusi pilihan raya 139 adalah milik BN. Sama ada jumlah ini akan berkurang atau akan bertambah kita tengok sama-sama.

2). Layakkan Anwar berbicara mengenai Rasuah? ......Cakap tak serupa bikin, bikin tak serupa cakap. Tengoklah Anwar sendiri.

3) Bagi Saifuddin, biasalah kalau dah berkuasa dan baru merasa jadi wakil rakyat atau Exco rasa sibuk dan tak sempat datang program parti tetap berlaku. Entah-entah mungkin mereka ada deal business kot. Ia lah apalah sangat dengan parti PKR. Asyik mimpi kan..

24 November 2011

Seksyen 15 AUKU Dipinda

Seksyen 15, Akta Universiti dan Kolej Universiti akan dipinda bagi membolehkan pelajar berusia 21 tahun ke atas menganggotai parti-parti politik.

Pengumuman itu dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat, hari ini.

"Ini bagi membolehkan pelajar mengambil bahagian dalam aktiviti politik dan menjadi ahli,” kata Najib semasa membentangkan usul bagi menarik balik tiga perisytiharan darurat yang berusia lebih 40 tahun, pagi ini.

Namun tegasnya, kebenaran itu hanya terhad kepada mereka yang berumur 21 tahun dan ke atas sahaja.

Pada 31 Oktober lalu, Mahkamah Rayuan memutuskan Seksyen 15(5)(a) AUKU yang melarang pelajar menyatakan sokongan dan simpati atau bangkangan kepada mana-mana parti politik dalam dan luar negara, adalah tidak sah dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Dalam keputusan majoriti 2-1, panel tiga hakim itu memutuskan seksyen tersebut tidak munasabah dan melanggar kebebasan bersuara.

Bagaimanapun pada ucapannya, Najib berkata kerajaan akan membuat rayuan berhubung penghakiman Mahkamah Rayuan itu.

Katanya, ini adalah perlu kerana pelbagai implikasi berkaitan undang-undang. Larangan pelajar terbabit dalam politik diperkenalkan oleh Menteri Pelajaran ketika itu, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad pada 1971 berikutan demonstrasi pelajar di Baling, Kedah.


Ulasan:
1)  Perjuangan siapa yang nampaknya berjaya? mungkin ada yang berasa lega dan juga berasa bangga. sebagaimana gembiranya kumpulan tertentu apabila ISA di mansuhkan. mendabik dadalah beberapa NGO bahawa perjuangan mereka telah berhasil. benarkah begitu? dalam kes AUKU apakah juga begitu?

2)  Mahasiswa 21 tahun boleh terlibat dan menggotai parti. ada baiknya juga kerana pertama adalah bertepatan dengan perlembagaan negara supaya 21 tahun mengundi dalam pilihan raya. Kedua   yang berumar 21 tahun segeralah mendaftar mengundi dalam pilihan raya. kadang-kadang yang kurang 21 tahun inilah yang lebih sudu dari kuah. Mengundi pun belum tapi bercerita mengenai politik mengalahkan orang yang berkelayakan mengundi atau menjaid calon pilihan raya. Kadang-kadang yang umur 21 tahun pun dah layak mengundi tapi belum lagi mengundi menunaikan haknya.

3) Bagi rayuan kerajaan mengenai keputusan UKM4 itu adalah betul kerana ia melibatkan implikasi undang-undang mengenainya.

Cuma janganlah ada yang salah faham membuta tuli. semua akta yang diwujudkan di Parlimen ia bukanlah mansuh dengan pengumuman sahaja. Jika ia diwujudkan di Dewan Rakyat maka dari situ juga ia akan digugurkan. Selagi mana ia tidak di gubal lagi bermakna segala akta masih terpakai lagi. Macam ISA lah...

21 November 2011

LGBT harus berubah

elok di baca

Ajaklah LGBT berubah. Jangan disokong seolah-olah hak mereka perlu ditunaikan.

19 November 2011

Bantuan 100 menunjukkan kesannya!

Pembangkang Jangan Marah
Bantuan RM100 untuk pelajar sekolah nampaknya sudah menunjukkan kesannya. Bantuan suri rumah yang belum disalurkan juga dijangka bakal mengundang kririkan yang hebat. Ini sudah dijangka.

Pemimpin pembangkang berpendapat, tindakan itu sekali gus menunjukkan kerajaan tidak jujur menyalurkan bantuan dengan cuba mendapatkan political mileage atau pulangan politik. " ini menunjukkan bahawa duit tersebut bukan sangat bertujuan untuk membantu murid atau keluarga, tetapi lebih kepada kepentingan politik, (tunjukkan) yang beri itu Umno atau BN," kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar."

ULASAN

1.  Kerajaan BN yang memerintah mestilah akan menunjukkan sesuatu yang mereka sampaikan kepada rakyat. selama ini banyak yang Kerajaan BN beri diambil kesempatan oleh wakil rakyat pembangkang. kadang-kadang bantuan JKM di tempat kerajaan Negeri penguasaan Pembangkang selalu saja diambil kesempatan seolah-olah mereka yang beri. Pada hal tugas mereka mengumpul senarai dan diajukan sahaja kepada kerajaan. biladah lulus maka dia kata Kerajaan Pakatan yang beri. Banyak lagi  benda-benda lain seperti projek BN disesuatu tempat yang kadang-kadang di dakwa wakil rakyat pakatan yang minta. Padahal itu projek kerajaan BN.

2.   Kemana bajet PKR hari tu? jika hebat sangat salur sahajalah kepada suri rumah, pelajar sekolah DLL kalau dah banyak duit sangat. Bagi saya apa yang BN sekarang buat adalah betul. anda memberi anda mesti menunjukkan kepada rakyat apa yang anda beri. Jangan pedulilah sangat apa yang Mahfuz atau pemimpin pembangkang kata. sekarang sudah tiba masanya UMNO atau BN salurkan terus kepada rakyat. tunjukkan kepada rakyat bahawa anda yang memerinta dan memberinya.

3.    Percayalah Kerajaan Pakatan jauh lebih teruk kalau mereka berkuasa. Baru sahaja berkuasa semua hal rakyat, nak projek atau sebagainya mesti mendapat sokongan wakil rakyat mereka dahulu. sehinggakan rakyat yang nak memiliki rumah PPR di kawasan mereka pun, mereka minta pemohon mendapat sokongan wakil rakyat mereka dahulu. banyaklah perkara-perkara yang penulis terima daripada rakyat.

09 November 2011

Human Rights Watch New York Bidas Malaysia!


Kumpulan Human Rights Watch yang berpangkalan di New York dalam sepucuk surat kepada Datuk Seri Najib Abdul Razak mahu Perdana Menteri Malaysia mengambil langkah-langkah melindungi semua rakyat daripada sebarang bentuk diskriminasi

Boris Dittrich - Tengok mukanya...memang ada gaya macam stail seseorang...macam kawan Elton John juga.
Kata Pengarah Advokasi lesbian, gay, biseksual, dan transgender (LGBT) di Human Rights Watch, Boris Dittrich, pengharaman Seksualiti Merdeka terang-terangan bercanggah dengan konsep 1Malaysia Najib untuk menggalakkan perpaduan dalam kepelbagaian kaum di Malaysia.Dalam suratnya itu, Dittrich berkata diskriminasi dan agenda homophobic berterusan dalam kerajaan.

Komen:

1) Apa kaitan pula Human Rights Watch ni dengan konsep 1Malaysia yang Perdana Menteri laungkan? dah tersilap kefahaman ni....Berbilang bangsa dan kaum bukan bermaksud penerimaan golongan LGBT ni di negara ini. Alangkah jijiknya mengiktiraf golongan yang kecelaruan akal dan nafsu ini.

2.) Siapa pula Advokasi lesbian, gay, biseksual, dan transgender (LGBT) di Malysia? tak kan yang mengaku ke depan atau orang yang menamakan "orang macam kita".

Anwar: Hudud tak ada tempat dalam dasar Pakatan !!


1.) Apa kata PAS...Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan kepada masyarakat Cina bahawa undang-undang kontroversi itu tidak ada tempat sama ada dalam konsensus atau dasar Pakatan Rakyat. Semasa berdialog dengan lebih 200 pemimpin masyarakat daripada kira-kira 65 persatuan dan dewan perniagaan Cina di Subang Jaya malam tadi, ketua pembangkang itu berjanji untuk menyampaikan kebimbangan masyarakat berkenaan mengenai perkara itu kepada parti PAS.

2) Katanya, apabila orang bertanya tentang pendiriannya mengenai undang-undang hudud, beliau memberitahu mereka bahawa pendirian PKR dan Pakatan Rakyat adalah untuk menyokong perlembagaan.


3) "Tetapi apabila orang bertanya pendirian peribadi saya sebagai seorang Muslim, ini adalah satu soalan 'tricky'. Jika anda menjawab 'tidak', maka anda mati. Tetapi jika anda menjawab 'ya', maka tajuk berita New Straits Times esok akan menjadi 'Anwar sokong undang-undang hudud'," katanya.

4.) Sebagai seorang Muslim, ahli parlimen Permatang Pauh itu berkata, beliau mesti menerima Al-Quran yang memperuntukkan undang-undang hudud. Tetapi pelaksanaan dan konsensus Pakatan mengenainya adalah isu yang berasingan.

Ulasan:

1)  Anwar ni memang pandai bertukar kulit. Bercakap mengikut keadaan.Tengok Audien Melayu, Cina, India atau kaum lain. Inilah pemimpin yang sebenarnya pandai putar belit untuk merai sokongan.Apa yang hairan sangat dengan Anwar nak cakap "YA" atau " TIDAK" dah biasapun dia lakukankan.
2.) Lepas ni masa jumpa Audien Melayu pula..."mungkin dia akan cakap Hudud akan terus dilaksanakan. Islam. Apap nak buat

ORANG MACAM KITA

KOD ORANG MACAM KITA?

Menarik membaca pendedahan AIDC dan blog Unspinners

Pendedahan AIDCclub [klik di sini] yang mendedahkan nama-nama wakil LGBT Malaysia hadir ke Festival Filem Q (Festivel Filem Gay) di Jakarta, Amir Muhammad penerbit syarikat Matahari dan pengarah filem independent di Malaysia telah menghantar twitter kepada Anwar pada 1 Oktober 2010.
Komen:

1) Anda ..Kenal Orang Macam Kita? (OMK)?....atau LGBT?  Siapa Siapa Siapa? Lagi dan Lagi

2.) Apakah gerakan liberal yang  memilih memberi pengiktirafan kepada golongan ini sebagai jalan penyelesaian, sedangkan sebagai sebuah negara Islam dan dihuni majoriti orang Islam, penyelesaian yang dipilih itu tidak boleh diterima sama sekali. Demokrasi?


3.) Sebagai perbandingan, ada banyak kes zina, dadah dan sebagainya berlaku di dalam masyarakat kita sekarang, adakah jalan penyelesaian terbaik ialah memilih untuk memberi pengiktirafan kepada golongan ini?

08 November 2011

Anwar sokong hak penganjuran Seksualiti Merdeka 2011

Akhirnya.....Diperjelaskan!!


http://www.sinarharian.com.my/politik/anwar-sokong-hak-penganjuran-seksualiti-merdeka-2011-1.4488

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan hak penganjur dan penyokong festival Seksualiti Merdeka 2011 kerana menyifatkannya sebagai medan perbincangan dan pertemuan bagi golongan lesbian, gay, biseksual, dan transeksual (LGBT).

Ulasan.

1.) Disyorkan tampillah ke depan para LGBT ini di media atau ke Parlimen menyokong Anwar Ibrahim dengan kenyataannya. Para pembaca pun nak tengok juga wajah-wajah para LGBT.Barulah kita kenal siapa mereka. mungkin satu darinya yang mereka mahu ialah hak muka dikenali sebagai Lesbian, gay, biseksual, dan transeksual. Selepas ini boleh minta siaran langsung TV3 atau Astro untuk rancangan live bicara tokoh LGBT.

07 November 2011

Protes halang PRU-13 jika reformasi tak dilaksana?

Malaysiakini menyiarkan.

"Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berikrar mengambil pelbagai langkah sewajarnya untuk menghalang pilihan raya umum ke-13 daripada diadakan sebelum proses pembaharuan sistem pilihan raya di negara ini dilaksanakan.

“Maka tidak menolak kemungkinan kali ini rakyat turun bukan sahaja untuk melakukan protes tapi benar-benar untuk menukar regim yang sekian lama gagal menjamin hak rakyat untuk mendapatkan proses demokrasi pilihan raya yang bersih dan adil.

“Kita tidak boleh menolak kemungkinan rakyat akan bangkit untuk memastikan regim turun agar proses pilihan raya yang adil dan bersih boleh mengambil tempat dan negara ini boleh diselamatkan,” kata pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin (kiri) dalam satu kenyatan media.


Menurutnya, yang lebih dikenali sebagai Chegubard, pilihan raya di negara ini hanya boleh diadakan selepas proses penambah-baikan dijalankan sekiranya kerajaan BN tidak mahu berdepan dengan kuasa rakyat.

Komen:
 
1) Saya telah lama mengetahui apa yang dinamakan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) sejak dulu kerja mereka ni adalah bersama dengan pembangkang. Kalau demontrasi menyokong Aziz Bari, pilihanraya, Bersih, AUKU atau apa sahajalah yang berkaitan dengan pembangkang pasti mereka dakan ada bersama. Mereka bercakap mengenai Neutral dan juga cengkaman parti tetapi mereka sendiri sebenarnya sudah dicengkam dan diperalatkan. Tengoklah semasa demo menentang Seksualiti Merdeka anjuran kumpulan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) tiadalah pula kemunculan nama mamat SMM ni.
 
2) Siapa NGO ini? hebat sangat sehingga nak mengugut Kerajaan? SMM nak menghalang pilihan raya? entah-entah mengundi pun belum. Apa nak susah-susah kalau nak pilihan raya datang saja mengundi. pilih kerajaan yang mana disukai. rasa nak tukar maka tukarlah...buat apa nak ugut orang. itu hanya menunjukkan kebodohan diri dan menggambarkan keadaaan terdesak saja. Tentulah keputusan PR tidak bodoh apabila bertanding dihampir semua kerusi pilihan raya 222 kerusi. Bukan hanya cakap saja nak tukar kerajaan tetapi bertanding tak pernah cukup sejak sekian lam. Lawan dahulu baru tahu. Sekarang ni bertanding atas padang yang sama jadi apalah nak takut.
 
3) Bagi SMM yang masih ahlinya sedang melanjutkan pelajaran di IPTA/S. sudah-sudahlah tu. Taatkan pengajian. Selepas tamat buat keputusan nak bertanding pilihan raya maka buatlah..mana tahu parti yang disokong sebelum ini bagi kerusi pilihan raya. Kan rezeki namanya jadi calon wakil rakyat.

05 November 2011

Abdul Aziz perlu berhenti pensyarah jika mahu berpolitik - Khaled Nordin

JOHOR BAHRU 5 Nov. - Pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Dr. Abdul Aziz Bari dinasihat meletakkan jawatan sebagai pensyarah jika benar-benar mahu bercakap di atas pentas politik dan tidak perlu menunggu tindakan daripada universiti tersebut.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, universiti adalah institusi yang mengutamakan pencapaian akademik dan perlu berada dalam keadaan neutral demi mencapai matlamat menjayakan bidang pendidikan.

"Saya menasihatkan Abdul Aziz Bari berhenti menjadi pensyarah kalau mahu memilih pentas politik. Jika sudah menyertai ceramah politik yang mengandungi fitnah, tidak perlu menunggu tindakan daripada UIAM lagi.

"Sebaiknya dia terus berhenti dan menyertai parti yang disokong," katanya kepada pemberita selepas pertandingan bola keranjang Persatuan Persaudaraan Kristian Visi Johor Bahru di sini hari ini.

Mohamed Khaled yang juga Ahli Parlimen Pasir Gudang berkata, beliau sedar Abdul Aziz memasuki kawasannya dan menyampaikan ceramah di Taman Saujana dekat sini malam tadi tetapi yakin penduduk tidak akan termakan dengan perkara yang disampaikan.

Tambahnya, antara yang hadir adalah ahli UMNO Pasir Gudang sendiri yang mahu mendengar hujah profesor itu yang kini dalam siasatan UIAM berikutan kenyataannya mempertikaikan titah Sultan Selangor berhubung pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya, baru-baru ini. - Utusan

ULASAN

1) Saya sejak menjadi pemimpin mahasiswa (Presiden MPP tahun 2000) malah pernah menganggotai pun BBMN dah kenal siapa Aziz Bari ni. Cara pemikiran dan stand politiknya dah amat jelas dikaetahui ketika itu.

2) Benarkah ia atas kebebasan akademiknya dia bercakap? itu alasan mengelirukan semua pihak. bacalah semua tulisan Aziz Bari atau kemunculannya di dalam program pembangkang semua amat jelas sekali siapa dirinya.

3) saya dari awal lagi  menyatakan. Kalau dah minat sangat jadi orang politik letak jawatan sahaja lah. Beri tumpuan kepada politik. tak payah berlagak orang akademik macam wakil rakyat. dah bekerja dengan Kerajaan tapi tak cukup-cukup hentam kerajaan. Sama juga mengkritik Sultan Selangor Negeri tempat dia mengajar dan duduk. kalau rasa tidak puas hati janganlah terbuka begitu sekali, sehingga memberi tafsiran pelbagai.