2). Apapun rakyat telah membuat pilihan mereka. Rakyat telah memilih wakil rakyat dan parti yang mereka mahu. Jadi tidak perlulah menyalahkan rakyat.
3) Penulis cuma memberi tip seperti berikut:
3.1) Ukurlah kemampuan diri selepas menang atau kalah. Janganlah menyalahkan orang lain selagi parti sendiri tidak bagus pencapaiannya. Dah kalah buat cara kalah. Parti orang lain dah menang besar. itu maksudnya wakil rakyat dan parti mereka buat kerja. "Rezeki Secupak tidak akan jadi segantang" jika itulah setakat usaha yang mereka buat.
3.2) Memahami apa itu 'perkongsian'. Jika berkongsi bermakna harus menghormati rakan-rakan dalam perjuangan.Jangan hentam kawan dalam media wal hal perkara boleh dibawa dalam perbincangan parti.Tidakkah kita terfikir disesuatu tempat itu terdapat kaum lebih majoriti tetapi selepas adanya perkongsian kuasa maka diberikan kerusi itu kepada rakan seperjuangan.
3.3) memahami strategi- Kukuhkan kedudukan di kawasan menang, merampas semula yang kalah, dan
berusaha setakat yang boleh di kawasan tegar lawan. Jangan buang masa.