04 February 2011

Gelombang Tenang

Barisan Nasional menang lagi di Tenang. Nampak Gelombang Biru DUN Galas (Kelantan), Parlimen Batu Sapi (Sabah), Parlimen Hulu Selangor (Selangor) dan DUN Bagan Pinang (Negeri Sembilan) dan DUN Batang Air (Sarawak) berterusan di Tenang. Pertambahan 1,215 undi majoriti (daripada majoriti 2492 undi pada 2008 ) yang diperoleh Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang jelas membuktikan penolakan rakyat terhadap pakatan pembangkang, khususnya Pas.

Di enam kawasan yang jumlah pengundinya antara 80 dan 99 peratus orang Melayu, iaitu Felda Tenang (98.5 peratus), Felda Chemplak (99 peratus), Felda Chemplak Barat (95 peratus), Kampung Redong (99 peratus), Sawah Baru (99 peratus) dan Pekan Ayer Panas (81 peratus), jumlah undi untuk BN meningkat ketara.

Apakah ini cerita gelombang ini akan berterusan di Merlimau Melaka? marilah kita saksikan. Sebab tidak kurang juga angkuh dan sombong pihak pembangkang berkata mereka mampu menang dan merampas kerusi dalam pilihanraya. Jika kerusi DUN Klang akan ada pilihan raya. maka kita akan dapat ukuran sebenar di Selangor. Nantikan saja. Kerana kita hanya sebagai pemerhati.