24 November 2011

Seksyen 15 AUKU Dipinda

Seksyen 15, Akta Universiti dan Kolej Universiti akan dipinda bagi membolehkan pelajar berusia 21 tahun ke atas menganggotai parti-parti politik.

Pengumuman itu dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat, hari ini.

"Ini bagi membolehkan pelajar mengambil bahagian dalam aktiviti politik dan menjadi ahli,” kata Najib semasa membentangkan usul bagi menarik balik tiga perisytiharan darurat yang berusia lebih 40 tahun, pagi ini.

Namun tegasnya, kebenaran itu hanya terhad kepada mereka yang berumur 21 tahun dan ke atas sahaja.

Pada 31 Oktober lalu, Mahkamah Rayuan memutuskan Seksyen 15(5)(a) AUKU yang melarang pelajar menyatakan sokongan dan simpati atau bangkangan kepada mana-mana parti politik dalam dan luar negara, adalah tidak sah dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Dalam keputusan majoriti 2-1, panel tiga hakim itu memutuskan seksyen tersebut tidak munasabah dan melanggar kebebasan bersuara.

Bagaimanapun pada ucapannya, Najib berkata kerajaan akan membuat rayuan berhubung penghakiman Mahkamah Rayuan itu.

Katanya, ini adalah perlu kerana pelbagai implikasi berkaitan undang-undang. Larangan pelajar terbabit dalam politik diperkenalkan oleh Menteri Pelajaran ketika itu, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad pada 1971 berikutan demonstrasi pelajar di Baling, Kedah.


Ulasan:
1)  Perjuangan siapa yang nampaknya berjaya? mungkin ada yang berasa lega dan juga berasa bangga. sebagaimana gembiranya kumpulan tertentu apabila ISA di mansuhkan. mendabik dadalah beberapa NGO bahawa perjuangan mereka telah berhasil. benarkah begitu? dalam kes AUKU apakah juga begitu?

2)  Mahasiswa 21 tahun boleh terlibat dan menggotai parti. ada baiknya juga kerana pertama adalah bertepatan dengan perlembagaan negara supaya 21 tahun mengundi dalam pilihan raya. Kedua   yang berumar 21 tahun segeralah mendaftar mengundi dalam pilihan raya. kadang-kadang yang kurang 21 tahun inilah yang lebih sudu dari kuah. Mengundi pun belum tapi bercerita mengenai politik mengalahkan orang yang berkelayakan mengundi atau menjaid calon pilihan raya. Kadang-kadang yang umur 21 tahun pun dah layak mengundi tapi belum lagi mengundi menunaikan haknya.

3) Bagi rayuan kerajaan mengenai keputusan UKM4 itu adalah betul kerana ia melibatkan implikasi undang-undang mengenainya.

Cuma janganlah ada yang salah faham membuta tuli. semua akta yang diwujudkan di Parlimen ia bukanlah mansuh dengan pengumuman sahaja. Jika ia diwujudkan di Dewan Rakyat maka dari situ juga ia akan digugurkan. Selagi mana ia tidak di gubal lagi bermakna segala akta masih terpakai lagi. Macam ISA lah...

1 comment:

  1. arrayah.info - Tanggungjawab Berdakwah, Pelajar Perlu Masuk Parti Politik Islam

    ReplyDelete