05 November 2011

Abdul Aziz perlu berhenti pensyarah jika mahu berpolitik - Khaled Nordin

JOHOR BAHRU 5 Nov. - Pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Dr. Abdul Aziz Bari dinasihat meletakkan jawatan sebagai pensyarah jika benar-benar mahu bercakap di atas pentas politik dan tidak perlu menunggu tindakan daripada universiti tersebut.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, universiti adalah institusi yang mengutamakan pencapaian akademik dan perlu berada dalam keadaan neutral demi mencapai matlamat menjayakan bidang pendidikan.

"Saya menasihatkan Abdul Aziz Bari berhenti menjadi pensyarah kalau mahu memilih pentas politik. Jika sudah menyertai ceramah politik yang mengandungi fitnah, tidak perlu menunggu tindakan daripada UIAM lagi.

"Sebaiknya dia terus berhenti dan menyertai parti yang disokong," katanya kepada pemberita selepas pertandingan bola keranjang Persatuan Persaudaraan Kristian Visi Johor Bahru di sini hari ini.

Mohamed Khaled yang juga Ahli Parlimen Pasir Gudang berkata, beliau sedar Abdul Aziz memasuki kawasannya dan menyampaikan ceramah di Taman Saujana dekat sini malam tadi tetapi yakin penduduk tidak akan termakan dengan perkara yang disampaikan.

Tambahnya, antara yang hadir adalah ahli UMNO Pasir Gudang sendiri yang mahu mendengar hujah profesor itu yang kini dalam siasatan UIAM berikutan kenyataannya mempertikaikan titah Sultan Selangor berhubung pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya, baru-baru ini. - Utusan

ULASAN

1) Saya sejak menjadi pemimpin mahasiswa (Presiden MPP tahun 2000) malah pernah menganggotai pun BBMN dah kenal siapa Aziz Bari ni. Cara pemikiran dan stand politiknya dah amat jelas dikaetahui ketika itu.

2) Benarkah ia atas kebebasan akademiknya dia bercakap? itu alasan mengelirukan semua pihak. bacalah semua tulisan Aziz Bari atau kemunculannya di dalam program pembangkang semua amat jelas sekali siapa dirinya.

3) saya dari awal lagi  menyatakan. Kalau dah minat sangat jadi orang politik letak jawatan sahaja lah. Beri tumpuan kepada politik. tak payah berlagak orang akademik macam wakil rakyat. dah bekerja dengan Kerajaan tapi tak cukup-cukup hentam kerajaan. Sama juga mengkritik Sultan Selangor Negeri tempat dia mengajar dan duduk. kalau rasa tidak puas hati janganlah terbuka begitu sekali, sehingga memberi tafsiran pelbagai.

No comments:

Post a Comment