30 October 2011

Dimana Kedudukan Musuh sekarang?

Dimanakah kedudukan operasi musuh negara sekarang? mungkin anda bijak menilainya.

Pertama - Penjajahan melalui perang psikologi dengan mempengaruhi pemikiran penduduk sesebuah negara bahawa kehidupan mereka sedang diganggu bibit kecelaruan, ketidakteraturan dan keganasan di dalam negara. Matlamat supaya rakyat rasa tidak selamat.

Kedua - melemahkan keupayaan kuasa mengawal pemerintah yang dipilih dan diberi mandat oleh rakyatnya untuk memerintah. Pemerintah diberi persepsi buruk walau sedaya upaya melakukan kebaikan untuk rakyatnya.

Ketiga- Mencabar Perlembagaan dan undang-undang bertulis negara termasuk pihak yang menjadi penjaga institusi itu seperti badan kehakiman, pasukan penjaga keamanan, jentera pentadbiran dan institusi pembuat Perlembagaan dan perundangan seperti dalam konteks Malaysia adalah Dewan Negara, Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri. Matlamatnya hancurkan kredibiliti.

Keempat - Semaikan rasa takut bertindak kepada setiap anggota pasukan keamanan. Polis akan takut bertindak terhadap penjenayah, menangkap mereka yang melakukan kesalahan. Pasukan keselamatan merasa serba salah.

Kelima- Provokasi terhadap pemerintah supaya pemerintah bertindak balas dengan keras. Apabila tindakan keras diambil, pasukan keselamatan enggan mempertahankannya, institusi yang lemah dan jentera institusi yang tidak lagi memihak pemerintah menjurus kepada satu keadaan anarki. Ketika itulah propaganda besar-besaran akan dilancarkan supaya kuasa alternatif dicari dan diberi kuasa.

No comments:

Post a Comment