09 October 2011

Bajet 2012 – Bajet untuk semua

Ketika Pakatan Rakyat melancarkan Belanjawan Bayangan 2012nya pada 4 Oktober lalu saya tersenyum sinis dengan pengumuman RM220 bilionnya. Sindiran Tun M tentu lebih pedas “Senang bila mahu belanja duit yang kita tidak ada.” Seperti Buku Jingga, tak tahu sumber dari mana tapi cakap besar mengenai cara mana nak menunaikan janjinya.


Inilah taktik populis Anwar dan sekutu PR. Cakap tak serupa bikin. Yang penting Glamor dulu capai belum tentu. PR umum dahulu Belanjawan bayangannya, jadi bila ada yang serupa dia pun cakap “itulah BN dah tiru bajet kita”. Orang-orang PR ini tak ada otak ke ingat buat Bajet sehari dua.


Berbeza dengan Bajet 2012 yang di umumkan kerajaan dengan angka peruntukan Bajet 2012 sebanyak RM232.8 tentulah lebih realitik dengan kemampuan kerajaan. Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak yang juga menteri kewangan telah membentangkan bajet yang "luar biasa" kerana rakyat Malaysia pelbagai lapisan termasuk, yang berada di desa, bandar, murid sekolah dan rakyat pelbagai agama dan warna kulit mendapat manfaat daripada bajet 2012.


Kenaikan gaji 1.2 juta kakitangan awam antara RM80 dan RM320, tambahan bonus setengah bulan gaji, RM500 untuk pesara dan skim baru guru adalah antara hadiah istimewa buat sektor awam. Paling mengesankan ialah ialah sumbangan RM500 untuk isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah, pendidikan sekolah rendah dan menengah percuma serta bantuan RM100 untuk murid tahun satu hingga pelajar tingkatan lima. Begitu juga dengan imbuhan RM3,000 kepada setiap bekas anggota, duda dan balu polis khas serta polis tambahan zaman darurat dan program khas 175,000 bekas tentera yang tidak layak menerima pencen. Berbeza dengan pemimpin pembangkang menghina jasa pasukan keselamatan.


Bajet ini nampaknya memberi kekhuatiran kepada Anwar dan sekutunya apabila mengatakan Belanjawan 2012 ini tidak realistik. Jika rakyat Malaysia pelbagai lapisan termasuk, yang berada di desa, bandar, murid sekolah dan rakyat pelbagai agama dan warna kulit mendapat manfaat daripada bajet 2012 apa lagi yang dimahukan oleh Anwar dan sekutunya?


Jika mengambilkira apa yang dijanjikan oleh manifesto PR dalam pilihanraya lalu dan juga Buku Jingga itu banyak lagi yang tidak dapat ditunaikan oleh PR. Masih ingat...


1.) Bantuan RM100 yang dijanjikan kepada warga emas sebelum ini belum mampu dilaksanakan.


2.) Jika diamati, kerajaan DAP Pulau Pinang pun gagal menunaikan janji untuk memberi pendapatan isi rumah sebanyak RM6,000 sebulan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12.
3.) Bagaimana pula dengan janji Kerajaan DAP Pulau Pinang untuk menghapuskan Tol Sungai Nyior dan Tol Jambatan Pulau Pinang dalam manifesto PRU-12. Setelah mendapat kuasa, janji itu tidak ditunaikan.


Benarlah kata Tun Abdullah, kerja pembangkang ni membangkang saja sepatutnya mereka memberi kerjasama kepada Bajet yang baik untuk rakyat.

No comments:

Post a Comment