15 October 2011

Akar Umbi dan wakil rakyat semula jadi!

1.    PRU-13 semakin hampir. semakin sibuk parti politik mengatur strategi menawan rakyat. Pengundi yang dinamakan "akar umbi' nampak semakin penting. Ramailah juga wakil-wakil rakyat mula bekerja dan sedar. Rakyat Didahulukan, Pencapaian di Utamakan. Apa perkara yang didahulukan kepada rakyat dan yang dicapai tentulah wakil rakyat masing-masing tahu kerja mereka.

2.    Yang melobi menjadi calon, nak kekal jadi calon, atau apa-apalah yang disebut sebagai 'winnable candidate' bolehlah merangka usaha berbakti kepada rakyat. Banyakkan 'walk about' atau datang dari rumah ke rumah. Paling kurang ialah menyediakan profail diri sebagai calon kepada agensi pencadang calon seperti Polis SB, MIO, Kemas, BTN, JASA atau 'think tank ' pihak-pihak tertentu. 

3.     Jadi tidaklah salah bagi penulis memberikan tips kepada pihak-pihak yang menyertai pilihan raya ini. 

i.)   Tumpu kawasan yang dah sedia menang  bagi elak dari kalah.
ii)    Tawan semula kawasan yang dulu pernah menang dan rasa boleh menang semula dalam PRU13
iii)   mencuba menawan kawasan yang tidak pernah menang tetapi boleh dirasakan menang
iv). tidak payah mimpi nak tawan kawasan yang 'HITAM" dan memang tidak boleh menang. Jangan buang masa dan wang ringgit.

4.     Amalan turun padang melawat kawasan ini amat baik. tidak kiralah nak jalan kaki ke, naik bas ke, teksi ke, helicopter ke, berbasikal ke...atau apa yang disebut 'merasai denyut nadi rakyat' seperti menoreh getah, turun sawah, menangkap ikan di laut dan lain-lain lagi. Hal-hal begini tiadalah menghairankan bagi wakil rakyat yang dilahirkan sebagai pemimpin SEMULA JADI. mereka tahu apa nak buat. 

5.     Bagi wakil rakyat semulajadi mereka tahu sasaran mereka. Biarlah sedikit yang datang mendengar kata-katanya asalnya sasaran yang datang adalah memang 'akar umbi' yang memang berada di kawasan yang dilawatinya. Daripada berduyun-duyun dengan mengangkat orang luar meramaikan majlis (kadang-kadang terpaksa angkat mahasiswa universiti atau pelajar sekolah) tentulah lebih baik bertemu dengan 5 orang penduduk lokal dalam sesuatu kawasan. Berjumpa dengan sasaran yang tepat tentu boleh mencipta sesuatu.



6.     Wakil rakyat semula jadi ini sifatnya mereka sangat kuat di AKAR UMBI. ada parti atau tiada parti wakil rakyat seperti ini tetap kuat dan kukuh. mereka tidak berlakon sebagai wakil rakyat tetapi sifat semula jadi sebagai pemimpin yang sentiasa membantu rakyatnya menjadikan rakyat sentiasa memujanya. Ramai ke wakil rakyat seperti ini lagi? 

7.      Wakil rakyat semula jadi adalah wakil rakyat pencetus!...mereka tidak perlu terikat dengan sesiapa yang membebani mereka. Nak OK, Tak NAK pun OK, mereka yang menentukan hala tuju. bergerak saja mereka ke kiri atau ke kanan ia memberi kesan kepada sesebuah parti. itulah hebatnya penangan wakil rakyat semulajadi.




No comments:

Post a Comment