25 April 2011

Ukur Baju di Badan Sendiri

1.) Selepas saja pilihan raya DUN Sarawak pelbagai pihak mengulas lanjur mengenai pencapaian parti masing-masing. Ada yang kata pencapaian bagus, ada yang kata kurang bagus dan tidak kurang juga kalah dengan teruknya.

2). Apapun rakyat telah membuat pilihan mereka. Rakyat telah memilih wakil rakyat dan parti yang mereka mahu. Jadi tidak perlulah menyalahkan rakyat.

3) Penulis cuma memberi tip seperti berikut:

3.1) Ukurlah kemampuan diri selepas menang atau kalah. Janganlah menyalahkan orang lain selagi parti sendiri tidak bagus pencapaiannya. Dah kalah buat cara kalah. Parti orang lain dah menang besar. itu maksudnya wakil rakyat dan parti mereka buat kerja. "Rezeki Secupak tidak akan jadi segantang" jika itulah setakat usaha yang mereka buat.

3.2) Memahami apa itu 'perkongsian'. Jika berkongsi bermakna harus menghormati rakan-rakan dalam perjuangan.Jangan hentam kawan dalam media wal hal perkara boleh dibawa dalam perbincangan parti.Tidakkah kita terfikir disesuatu tempat itu terdapat kaum lebih majoriti tetapi selepas adanya  perkongsian kuasa maka diberikan kerusi itu kepada rakan seperjuangan.

 3.3) memahami strategi- Kukuhkan kedudukan di kawasan menang, merampas semula yang kalah, dan
 berusaha setakat yang boleh di kawasan tegar lawan. Jangan buang masa.

1 comment:

  1. Assalamualaikum, salam 1Malaysia

    saya mewakili pihak mykmu.net ingin menarik perhatian pihak tuan
    bahawasanya...laman web mykmu.net akan mengadakan Majlis Himpunan penulis
    penulis maya (blog Politik shj) pada 14, 15 Oktober 2011, Insya'Allah ..Perdana
    Menteri Malaysia akan turut menghadiri majlis tersebut…

    Buat masa ini apa yang boleh saya beritahu penginapan akan disediakan dan voucer minyak pecuma….

    Mohon pada pihak tuan agar memyebarkan berita ini kepada rakan rakan tentang perkara ini....

    Tuan boleh menghubungi saya di email cranell@mykmu.net merangkap
    setiausaha kerja mykmu.net bagi sebarang pertanyaan dan pengesahan.

    jika berminat sila berikan nama, namablog dan no fon di email tertera diatas untuk pendaftaran dan segala detail mengenai majlis tersebutkan akan disms kepada pihak tuan..

    segala kerjasama pihak tuan amatlah dihargai....

    ReplyDelete