17 April 2011

BN Kekalkan Majoriri 2/3 Sarawak

Keputusan keseluruhannya, BN memenangi 55 kerusi, DAP (12), PKR (3) dan Bebas (1). Keputusan itu menunjukkan BN kehilangan lapan kerusi, berbanding 63 kerusi yang dimenanginya pada 2006.

DAP menambah enam kerusi kepada 12 kerusi, manakala PKR juga menambah satu kerusi menjadi tiga. DAP dan PKR juga menyapu bersih semua lima kerusi di Kuching. Jumlah pemilih keluar mengundi ialah 70 peratus.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), BN mendapat undi terbanyak dengan 372,379 undi, diikuti DAP (134,847), Snap (15,663), PKR (117,100), PAS (9,719), PCM (2,895) dan Bebas (20,064). Manakala seramai 71 calon telah hilang wang deposit.

Penulis sudah mengagak sesuatu akan berlaku di kawasan bandar. ia sudah diterjemahkan dalam peti undi sehingga BN tewas termasuk Presiden SUPP Tan Sri George Chan. Komponen BN yang mempunyai majoriti di kawasan masing-masing seharusnya bekerja kuat untuk meraih sokongan semula.

Bagi BN pula tumpukan kepada semua kerusi yang menang dahulu. Yang kalah berikan pengajaran. pengundi di sana sudah membuat pilihan mereka. Jangan terperangkap dengan permainan tarik undi dengan pelbagai pihak.

1 comment:

  1. Kaum Cina di Malaysia dgn nyata telah menunjukkan mereka sangat rasis.
    Najib patut hentikan pemberian wang dan peruntukan kpd kaum Cina. Ini ibarat mencurah air di daun keladi.
    Di PRU 13 nanti biarkan MCA dan Gerakan meletakkan calun2 mereka di kawasan2 majoriti Cina sahaja. Dgn ini kita akan dapat gambaran yg jelas kaum Cina sokong MCA dan Gerakan atau pun DAP.
    Jika kaum Cina mengundi DAP, mereka akan kehilangan jawatan menteri atau timbalan menteri di peringkat kabinet. Dgn cara ini kaum Cina tidak akan ada suara di dalam Kerajaan secara langsung. UMNO haruslah pandai menekan kaum Cina utk menyokong Kerajaan dgn cara ini. Cara pujuk rayu dan rasuah sudah tidak berkesan lagi.
    Kaum Cina dgn cara ini akan berfikir banyak kali utk menjaga kepentingan mereka kalau menyokong DAP.
    Sekarang ini, ramai calun2 MCA dan Gerakan diletakkan di kawasan majoriti Melayu yg pasti akan menyokong BN. Dgn itu kaum Cina tak risau tak ada wakil menteri atau timbalan menteri dlm Kerajaan BN.
    Cubalah UMNO berfikir positif dan proaktif pulak.
    Dgn cara ini, insyallah, BN akan dapat menang dgn majoriti 2/3.
    Letaklah calun2 Melayu sahaja di kawasan2 majoriti Melayu.

    ReplyDelete