31 August 2010

Antara Kempen Di masjid dan Dakwah?

Kalau dah berpakaian seperti pramugari siapa tidak menjeling?
1.   22 Ogos 2010, Teo Nie Ching (Ahli Parlimen DAP Serdang) telah masuk untuk berceramah dan menyampaikan sumbangan kepada ahli-ahli PAS di Surau Al-Huda Kajang Sentral. Bukan sekadar masuk ke dalam surau, malah Teo pergi ke barisan saf pertama untuk berceramah kepada orang Islam di dalam surau. Pada waktu tersebut, jam 9.33 malam. Hebatkan semasa terawih. tidak pernah dibuat orang.
2.   Selepas itu pelbagai pihak telah membuat komentar berhubung hukum seorang bukan Islam masuk ke masjid. Dari mufti Perlis Tan Sri Harussani, Dr Asri (bekas mufti), Nik Aziz, ulamak PAS, Fathul Bari Mat Jahya dan lain-lain lagi. Masing-masing memetik nas dari AL Quran dan As Sunah Nabi. Begitulah kalau ada sesuatu isu agama berlaku yang terpaksa memerlukan tafsiran masing-masing apatah lagi ia sudah berbaur antara kempen politik kepartian dan atas nama dakwah.

3.    Bagi penulis hal seorang bukan Islam masuk ke masjid dan perkarangan masjid ia bukanlah sesuatu yang asing bagi rakyat berbilang kaum di Sabah. Terutama jika melibatkan wakil rakyat bukan Islam. Tapi rakyat umat Islam dan ahli jawatankuasa masjid/ surau di Sabah tidak bodoh mereka tahu membezakan antara wakil rakyat lelaki, wanita, jenis berpakaian sesuai masuk masjid, tertib apa yang boleh dan apa yang tidak.

Sepintas lalu mari kita tanyakan?

a) Bodoh sangatkan ahli jawatan kuasa masjid Surau Al-Huda Kajang Sentral ini sehingga tidak nampak tahap pakaian sesuai Teo?
b) kenapa tidak dirujuk terlebih dahulu kepada Majlis Agama Negeri tentang program masuk masjid sehingga membenarkan seorang wanita yang membuka aurat masuk di masjid (diruang saf utama solat).
c) tiada lagi perkarangan masjid yang sesuai atau berdekatan?
d) apa motif sumbangan? JIka DAP tentulah niat untuk kempen berpolitik? apakah Teo memang nak menerima dakwah masuk Islam.? Janganlah atas nama sumbangan kepada masjid maka semua sanggup menggadaikan maruah. Banyak sangatkah yang diberi?

Isu utamanya ialah Teo memasuki masjid (diruang saf utama ) dengan berpakaian yang tidak sesuai. Apakah yang akan berlaku jika para pelancong yang melawat masjid putrajaya memasukki ruang utama dengan berpakaian seperti itu atau seksi? (penulis sendiri melihat ada had tertentu yang telah ditetapkan oleh Majlis Agama di Masjid Putrajaya dan disediakan pakaian yang sesuai.)

Tentulah agak janggal jika ahli masjid mahu mendengar nasihat dan tazkirah dari seorang yang bukan beragama islam yang jelas motifnya untuk berdakwah. seperti kata Fathul Bari Mat Jahya "

i.) Islam tidak melarang kita menyiarkan kebaikan yang dilakukan sekiranya berniat agar dicontohi orang ramai. Tetapi jika niat kita untuk meraih undi dan populariti, maka hukumnya haram. Bagaimanapun, urusan niat adalah milik Allah. Usah sesiapa cuba mengambil alih tugasan Allah. Cuba bayangkan jika suasana bersedekah ini dipraktikkan oleh umat Islam, nescaya kita mampu mencipta perpaduan yang kukuh lagi utuh. Lihatlah, jika kita mengabaikan umat Islam, bukan Islam dipuji manakala Muslim dicaci.

ii.) Jika dulu, bukan Islam masuk ke masjid untuk didakwah, tapi hari ini mereka masuk ke masjid memberi nasihat dan tazkirah. Dua suasana dan pendekatan yang berbeza. Maka sudah tentu hukumnya tidak sama.

iii. ) Tetapi apa yang berlaku hari ini amat berbeza, bukan Islam yang jelas menentang secara terang hukum Allah bahkan secara dasarnya parti mereka tidak akan menerima 'gelaran' negara Islam dan undang-undang Islam di Malaysia, diberi peluang untuk berucap di dalam ruangan solat dan mendapat layanan mesra daripada umat Islam.

atau seperti pandangan Dr Asri,

Bukan muslim boleh masuk ke dalam masjid jika dengan tujuan yang betul seperti untuk mengenali Islam, memahami atau mempelajarinya. Juga untuk urusan dengan orang Muslim, dengan syarat tidak mencemarkan kemuliaan masjid. Ini kerana pada zaman Nabi SAW bukan Muslim masuk ke masjid untuk bertemu Rasulullah SAW.

Kan elok Teo seperti di bawah ini?

Teo dijemput ke surau Al-Muhajirin, Bukit Mahkota. Tidak bolehkah Teo dari awal seperti ini? apa masalahnya diperkarangan surau? ada sesiapa marah ke?


 

30 August 2010

Kalau tidak suka jangan melampau menghina

Kali pertama bila Namewee melakukan kesalahan menghina dalam video klipnya tahun 2007, maka permohonan maafnya telah diterima. Apakah haknya untuk menghina agama, budaya dan adat resam orang lain melalui lagunya? Apakah ada komposer Melayu atau bangsa lain yang mencipta lagu seumpama Namewee?

Kali ini klip video terbarunya itu dipercayai bertujuan mengutuk seorang pengetua sekolah menengah di Kulaijaya yang dilaporkan mengeluarkan perkataan berbaur perkauman semasa perhimpunan sekolahnya pada 12 Ogos lalu.

Jika pun pengetua yang bersalah, maka kita harus menunggu apakah bentuk hukumannya. Namewee tidak boleh sewenangnya mencipta lagu yang berbaur perkauman. Kes di sekolah Kebangsaan Kulaijaya ialah suatu masalah individu "pengetua" bukan melibatkan semua orang apatah lagi semua orang Melayu. sewajarnya ia dilihat kes individu yang perlu kita selesaikan bersama.

Kata Namewee "Saya hanya seorang individu tanpa agenda atau motif politik, yang ingin menyuarakan pendapatnya menentang sikap perkauman di negara ini,"

Memang benar anda sebagai seorang individu tapi janganlah sampai menghina orang lain dalam video klipnya. Apakah video bertajuk "Namewee FxxK Racism Malaysia NAH!!! SxxK Banana" yang menghina Puan Hajah Siti Inshah Mansor (Pengetua SMK Tunku Abdul Rahman). Tapi apakah pula kaitannya dengan puasa  yang diamalkan oleh orang Islam di Negara ini? Kalau tiada kaitan dengan agama janganlah sentuh. itulah Rasis namanya.

Apakah niatnya dengan menerbitkan video klip berkenaan? apakah namewee tidak tahu kesan politiknya? atau saja buat tidak tahu.

Kata Namewee dalam blognya " Saya ingin tahu daripadanya (Rosnah), kenapa dia menyerang mangsa (masyarakat Malaysia), sedangkan pelaku sebenar isu ini belum dihukum,"

Apakah dulu Namewee diambil  tindakan atas penghinaan yang beliau lakukan? ............sendiri mahu tahulah. sepatutya Name wee diambil tindakan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Apalah sangat kan dengan denda itu berbanding 'glamor' dan nilai kerosakan yang dibuatnya.

24 August 2010

Antara Keikhlasan atau mengampu?

Pada 22 Ogos 2010, Zakaria Ahmad (Khatib Masjid Kubang Buaya Bagan) mengakui mendoakan nama Guan Eng dalam khutbah solat Jumaat dalam Sinar Harian. sebelum ini pelbagai pihak mengatakan semua ini fitnah. Baguslah jika ada pengakuan sendiri. Tidaklah lagi bertanda tanya.

Benarkah begitu ikhlas doa tuan khatib ini sehingga YDPA atau TYT tidak perlu disebut dalam doanya? susah sangat ke nak sebut nama pemimpin utama negara? hanya perlu nak sebut nama 'itu'. dah dua tahun nampaknya berdoa untuk nama 'itu'.

Dalam politik nampaknya mengampu pun boleh buat di dalam masjid. Mungkin lepas ni boleh naik pangkat. Kata tuan khatib "Saya doakan Guan Eng diberi hidayah peluk Islam"

Mudah-mudahan. Kan Guan Eng kononnya gunakan pentadbiran Islam dalam pemerintahannya. mungkin selepas ini lebih baik lagi mentadbir berbanding Negeri Kelantan.

21 August 2010

Eloklah di Siasat secara mendalam

Penulis baru saja berbincang mengenai isu seorang pengetua di sebuah sekolah di Kulai Johor dengan seorang ibu bapa yang anaknya bersekolah di sekolah berkenaan. Banyak perkara yang penulis dengar terus daripada ibu bapa berkenaan. Ada juga nampaknya perkara unsur salah faham dan berlebihan yang disampaikan oleh pihak yang tidak berpuas hati dengan perkara berkenaan. Malah ada juga yang tidak tahu perkara sebenar menghukum pengetua berkenaan. Jauh lebih teruk ada pihak dalam sekolah berkenaan mendedahkan masalah dalaman sekolah sendiri kepada pihak luar yang sepatutnya pihak yang tidak puas hati, tidak wajar berbuat demikian tanpa terlebih dahulu menyelesaikan secara dalaman.


Oleh yang demikian penulis amat bersetuju dengan arahan YAB Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan sebuah pasukan petugas ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan pengetua pengetua yang dikatakan 'rasis' berkenaan. Eloklah disiasat perkara ini secara mendalam terlebih dahulu.


Menurut laporan polis yang tersebar, pengetua SMK Tunku Abdul Rahman Siti Inshah Mansor didakwa mengeluarkan kata-kata berkenaan pada 12 Ogos ketika mengulas masalah disiplin pelajar.


Seperti kata YAB TPM, "Ada banyak perbezaan maklumat antara apa yang dikatakan dan apa yang dimaksudkannya.


"Dan kedua-dua pihak buat laporan masing-masing,"



Jadi kita tunggu siasatan polis dan jawatan petugas berkenaan. Bagi penulis. kadang-kadang ada pihak mengulas hal sejarah dan mudah disalah ertikan jika disampaikan secara beremosi. Apatah lagi hal disiplin pelajar di sekolah yang berleluasa yang boleh mengundang masalah emosi bagi pihak yang menyelesaikannya. Tentulah hal pemakaian rantai di sekolah bagi pelajar lelaki (jika rantai biasa) adalah suatu yang menyalahi peraturan berkenaan. (selagi tidak bertentangan dengan hal agama dan kebudayaan).


Cumanya hal sebegini janganlah didedah kepada media terlalu berlebihan. Ia mengundang isu lain yang lebih sensitif kemudian hari. Lagipun guru tu dah minta maaf.

14 August 2010

30 peratus ekuiti bumiputera minta dikurangkan lagi.

1.    Perlembagaan Negara, Perkara 153 Hak Istimewa Melayu/ Bumiputera Sabah dan Sarawak jelas memelihara kedudukan Melayu /Bumiputera dalam sektor perkhidmatan awam, bidang ekonomi, pelajaran dan Tanah Rezab Melayu.

2.    Pencapaian ekuiti bumiputera sebanyak 30 peratus dalam DEB pun belum lagi tercapai tapi sudah ada desakan dari Kongres Ekonomi hari ini menuntut ekuiti bumiputera sebanyak 30 peratus dalam semua sektor ekonomi dikurangkan secara berperingkat.

3.    Nampaknya kek yang kita bahagi-bahagikan sebelum ini yang bahagian Melayu dan bumiputera belum habis makanpun nak diminta semula dan dibahagikan lagi.

4.    Bagi orang Melayu yang telah berjaya hasil dalam DEB janganlah sombong sangat sehingga menyalahkan DEB. Persoalannya apakah salah mengekalkan 30 peratus jika Perlembagaan Negara, Perkara 153 jelas mempertahankan kedudukan Melayu/bumiputera?. Bagi Melayu yang kaya memanglah tiada masalah untuk anda berkata meminta persaingan secara terbuka namun yang miskin tentulah amat sukar mereka bersaing.Janganlah kerana anda merasa hebat, kaya dan berjawatan besar maka anda lupa ia tiada kaitan dengan DEB. Bagi mereka yang memang telah ditakdirkan kaya warisan dari keluarga janganlah lupa bahawa ada orang miskin Melayu di sebelah kita.

Kerangka 'psyops' musuh merosakkan negara ini

Penulis telah meringkaskan intipati utama tulisan Tan Sri Dr Nordin Kardi dalam Utusan Malaysia yang sebenarnya baik untuk tatapan pembaca. Penulis kira perkara ini sudah berlaku di negara ini. Eloklah rakyat Malaysia menilai ditahap mana sekarang.

Pertama - Penjajahan melalui perang psikologi dengan mempengaruhi pemikiran penduduk sesebuah negara bahawa kehidupan mereka sedang diganggu bibit kecelaruan, ketidakteraturan dan keganasan di dalam negara. Matlamat supaya rakyat rasa tidak selamat.

Kedua - melemahkan keupayaan kuasa mengawal pemerintah yang dipilih dan diberi mandat oleh rakyatnya untuk memerintah. Pemerintah diberi persepsi buruk walau sedaya upaya melakukan kebaikan untuk rakyatnya.

Ketiga- Mencabar Perlembagaan dan undang-undang bertulis negara termasuk pihak yang menjadi penjaga institusi itu seperti badan kehakiman, pasukan penjaga keamanan, jentera pentadbiran dan institusi pembuat Perlembagaan dan perundangan seperti dalam konteks Malaysia adalah Dewan Negara, Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri. Matlamatnya hancurkan kredibiliti.

Keempat - Semaikan rasa takut bertindak kepada setiap anggota pasukan keamanan. Polis akan takut bertindak terhadap penjenayah, menangkap mereka yang melakukan kesalahan. Pasukan keselamatan merasa serba salah.

Kelima- Provokasi terhadap pemerintah supaya pemerintah bertindak balas dengan keras. Apabila tindakan keras diambil, pasukan keselamatan enggan mempertahankannya, institusi yang lemah dan jentera institusi yang tidak lagi memihak pemerintah menjurus kepada satu keadaan anarki. Ketika itulah propaganda besar-besaran akan dilancarkan supaya kuasa alternatif dicari dan diberi kuasa.

Demikianlah yang telah terjadi sejak zaman berzaman dalam sejarah pengambilalihan sesebuah negara, masyarakat dan institusi iaitu melalui operasi perang psikologi. Ia sebenarnya telah berulang kali berlaku di mana-mana. Oleh kerana ia berlaku dengan sangat beransur-ansur dan secara tidak dirasai oleh rakyat, maka banyak kuasa dan kerajaan jatuh kerananya.

Siapa Letak Kamera? atau Kamera siapa itu?

1.)     Baru-baru ini heboh mengenai penemuan kamera di belakang tabir bilik seorang Menteri Besar. Siapa agaknya yang meletakkan kamera itu? Kemarahan Menteri Besar itu menuduh ada pihak lain dari pihak parti lawannya yang kononnya bertangungjawab.

Ada sesiapa perisik bodoh mengaku
tertinggal kamera ini?
2.)      Mari kita buat ulasan secara mudah. Siapa agaknya punya kamera yang tidak canggih itu? Nampak sangat yang meletakkan kamera jenis ini adalah perisik paling "bodoh didunia". Kenapalah tidak guna CCTV tersembunyi yang lebih canggih yang macam orang selalu gunakan untuk mengintip seseorang. Sepertimana yang pernah berlaku dimana-mana rakaman hotel.

3.)     Bila kamera itu diletakkan? dua hari, dua jam, sejam? kerana tentulah bateri kamera itu tidaklah sehingga mampu bertahan 3 hari mengintip pergerakan Menteri Besar itu. Katalah 3 hari bateri itu mampu bertahan siapakah tetamu yang boleh disiasat berhubung perkara ini?

4.)     Siapa yang paling akses atau mudah masuk pejabat MB itu? Apakah begitu mudah seseorang yang tidak berkenaan masuk bilik MB? Tentulah orang dalam di pejabat MB. Analoginya boleh disamakan  jika ada orang yang menconteng dinding depan meja anda dengan perkataan "Bullshit" tetapi anda sedar tiada siapa yang boleh masuk pejabat anda dan mampu berbuat demikian jika tiada orang dalam yang boleh akses pejabat anda.

5.)      Kenapa baru sekarang baru disedari betapa sistem lama dipejabatnya belum di ubah lagi mengikut sistem lama sedia ada? Tidakkah itu ironis sifatnya. Dah tahu sebagai kerajaan baru ubah sajalah. Salah sendirilah tidak peka kepada keselamatan. Tak kanlah para pegawai khas ini begitu dangkal dan tidak tahu menasihati ketuanya mengenai tahap keselamatan atau perkara-perkara yang perlu sejak bertugas sebagai pemimpin.

6.)   Kesimpulannya, bagi penulis perisik itu yang meletakkan kamera jelas terbukti memang paling bodoh dan paling tidak cekap. Kalau tidak cukup beli duit beli kamera yang lebih canggih jangan berlagak nak jadi 'spy'. Nanti orang gelak. Ada sesiapa nak mengaku kamera itu yang tertinggal di bilik MB? Jika ada ambillah buat malu sahaja. Terlalu amatur sangat.

12 August 2010

Larangan BERPOLITIK kepada Mahasiswa Tepat


1.      Langkah kerajaan memutuskan larangan berpolitik kepada mahasiswa adalah tepat. Sebagai bekas Pemimpin Mahasiswa IPTA suatu ketika dulu penulis ada sebab yang tersendiri menyokong tindakan ini. Penulis sudah menulis isu ini sebelum ini.

Hiasan- Apakah ini Mahasiswa yang matang ?
inikah dia mahasiswa
yang mencapai tahap global?
2.     Kerajaan telah membuat pindaan kepada AUKU 1971 (pindaan 2008) untuk memberi peluang dan kebenaran mahasiswa terlibat dengan pertubuhan dalam dan luar negara yang sebelum ini tidak dibenarkan.

3.     "Janganlah dah diberi betis nak peha pula" Bersyukurlah, dulu mahasiswa tidak dibenarkan pun bersekutu dengan mana-mana pertubuhan bukan politik. sekarang dah boleh bekerjasama dengan pertubuhan. Pandangan penulis para pemimpin mahasiswa sekarang perlu membaca HABIS AUKU pindaan 2008 ini.

4.       "Janganlah pula marahkan nyamuk kelambu dibakar". Marahkan seksyen 15 (Larangan berpolitik) maka marahkan AUKU keseluruhannya yang antara lain kandungan menjelaskan mengenai takrif  Naib Canselor, universiti, pelantikan Naib Canselor, pegawai DLL.

5.       Politik yang dituntut adalah bersifat subjektif. Apakah dengan kebenaran menyertai parti UMNO,PAS, PKR, DAP dan lain-lain parti maka barulah mahasiswa universiti di negara ini matang dan jadi pelapis negara? Apakah ini yang dimahu?

Konsisten macam Tun Dr Mahathir

6.      "Tepuk dada tanya selera" mahasiswa itu yang sendiri membentuk dirinya. Seperti kata Tun Dr Mahathir, "belajarlah dulu baru berpolitik". Politik dalam kampus tidak sama dengan politik nasional. Jadilah pemimpin yang konsisten macam Tun Dr Mahathir yang sejak tahun 1971 orang yang bertanggungjawab membentang akta ini di parlimen. Jangan kerana mahu jadi "POPULIS" maka cadangan diketengahkan.

11 August 2010

Janganlah dibuang! siapa prihatin?

Apalah dosa anak kecil ini.
1. Cerita mengenai seekor itik betina dan lapan ekor anaknya di Kiel, Jerman yang disiarkan di halaman luar negara Utusan Malaysia semalam menceritakan kasih sayang makhluk tuhan kepada anaknya sehingga menyebabkan gangguan 2 jam operasi pengangkutan awam di Jerman. Kesungguhan itik betina itu menyelamatkan salah seekor anaknya yang tersangkut pada landasan komuter merupakan satu mesej betapa binatang yang tidak berakal pun sangat sayangkan anaknya

2. Itu adalah cerita binatang, bagaimana pula mengenai cerita manusia mempunyai akal yang membuang anaknya?. Menyayat hati apabila dilaporkan semalam tiga lagi kes pembuangan bayi di Segamat (masih hidup) dan dua lagi melibatkan mayat masing-masing di Tanjung Rambutan dan Georgetown.

3. Apakah yang menyebabkan perkara ini berlaku? Dari sudut agama kita menyaksikan betapa rapuhnya pegangan agama si pelaku yang menyebabkan berlakunya perkara ini.

4. Begitu juga dari sudut budaya betapa rapuhnya sistem nilai dan norma masyarakat kita sekarang. Sudah tiba masanya masyarakat turut sama-sama menyelesaikan masalah ini. Selama ini masyarakat kita sering terikat dengan tafsiran nilai sebagai suatu idea atau prinsip yang dikongsi masyarakat (meliputi tanggapan baik atau buruk dalam sesebuah kebudayaan) lantaran itu kita melihat sesuatu dengan cara orang yang melakukan perbuatan baik atau buruk.

5. Selepas itu masyarakat akan menjatuhkan hukuman sekiranya sesuatu perbuatan atau perkara menyalahi nilai dan norma masyarakat itu. Pelaku akan dihukum dan dipandang serong sehingga memalukan si pelaku atau individu berkenaan. Apabila sesuatu kesalahan itu persepsinya sangat buruk maka mereka sanggup melakukan suatu kesalahan yang besar termasuk membuang anak kerana tidak dapat menanggung malu jika anak luar nikah dilahirkan.

6. Sipelaku mencerminkan faktor agama tidak penting sehingga Sipelaku lupa betapa Allah menyaksikan perbuatannya. Sipelaku berkenaan lebih rela tidak dihukum oleh masyarakat akibat perbuatannya berbanding hukuman Allah di akhirat nanti. Padanya “malu” dan “dipandang serong” oleh masyarakat itu jauh lebih besar salahnya berbanding salahnya kepada Allah Tuhan yang Menciptanya.

10 August 2010

Mansuhkan Diskaun Bumiputera?

1)            Semalam penulis ada membaca surat khabar dan terdapat ulasan berkaitan cadangan pemansuhan diskaun 7 peratus kepada bumiputera yang kononnya telah diputarbelitkan. Diskaun yang dimaksudkan ialah orang kaya tidak perlu diberikan diskaun. Rumah yang harga 500 ribu dan 1 juta bagi yang kaya tidak perlulah diberi diskaun. Ia untuk memberi ruang kepada golongan miskin boleh memberi rumah. Dengan cara ini orang miskin boleh beli rumah harga 500 ribu? miskin ke RM500 ribu?

2)           Nasib baik bukan cadangan memansuhkan 30 peratus Lot Bumiputera dalam sektor hartanah. Dalam satu pameran hartanah Bumiputera julai lalu (BPEX 2010) di Mid Valley penulis bertanya penganjur dalam pameran hartanah ini mengenai lot bumiputera yang belum terjual. Penganjur pameran mengatakan lebih 1 bilion lagi belum terjual. Usaha dan pameran ini adalah satu cara katanya. Memandangkan lot bumiputera ini tiada "time frame" maka kalau ada lot yang belum terjual maka pemaju boleh mengemukakan permohonan membuka kepada pihak yang lain atas alasan telah lama tidak terjual. Dengan adanya diskaun 7 peratus ini maka ia memudahkan lagi lot bumiputera dapat dijual. Kalau dah dimansuhkan diskaun lagilah lot bumiputera yang sedia ada tidak akan terjual.

08 August 2010

Menghormati Perlembagaan Negara


1.) Jika ada golongan “Ultra Kiasu” (penulis mengambil istilah Dr Redhuan Teh Abdullah) yang mempersoalkan mengenai hak keistimewaan Melayu/Bumiputera yang termaktub dalam Perkara 153, Perlembagaan Negara janganlah dilayan sangat sehingga diletakkan dalam muka depan surat khabar. Golongan “ultra kiasu” ini bukanlah golongan yang tidak membaca Kandungan Perlembagaan Negara. Malah mereka amat tahu asas Perlembagaan Negara sepertimana dalam jadual. Percayalah tindakan golongan “ultra kiasu” hanyalah suatu tindakan berbentuk “POPULIS” untuk menarik perhatian bahawa “wujudnya mereka di situ”.

2.) Hadapilah dengan tenang dan menjawablah dengan bijaksana tanpa mengeruhkan keadaan sehingga melahirkan bahasa-bahasa yang mungkin menyinggung perasaan antara kaum. Anggaplah bahawa golongan itu baru belajar atau sedang cuba memahami Perlembagaan Negara yang dibina oleh nenek moyang kita suatu ketika dulu. Mungkin di Sekolah dulu kandungan Perlembagaan Negara tidak di sampaikan dengan cara kefahaman yang benar jadi tugas kita ialah menyampaikan semula secara bijaksana. Paling penting anda menyampaikan mesej yang senang kepada golongan generasi baru untuk mereka memahaminya.

3.) Tiada siapa yang dapat lari dari Perlembagaan Negara. Semua jelas terkandung dalam Perlembagaan Negara mengenai kedudukan Raja, agama, bahasa, kewarganegaraan, hak kebebasan, Hak Istimewa Melayu/ Bumiputera. Tiada siapa yang dibelakangkan. Malah dalam perkara 153 (perkhidmatan awam : Perkara 153 (2,3 dan 4), bidang ekonomi : Perkara 153 (6), bidang pelajaran: Perkara 153 (2,3 dan 4) dan Perkara 89 dan 90 (Tanah Rezab Melayu), kaum lain tetap mendapat manfaatnya. Tiada siapa di negara ini yang tidak dibenarkan menjadi pegawai kerajaan, belajar di institusi pengajian tinggi, dan boleh menjadi kaya dalam perniagaan. "Dimana ada kemahuan disitu ada jalan". Dasar Ekonomi Baru (DEB) misalnya tetap menguntungkan semua kaum di negara ini.

4.) Jalan terbaik ialah kita menghormati Perlembagaan Negara kita. Marilah kita hayati semangat Satu Malaysia dan saling bertolak ansur diantara pelbagai kaum.

Apabila Tulisan Syed Akbar Ali (Malaysia and the club of Doom) menjadi rujukan


Tentulah Syed Akbar Ali yang menerbitkan bukunya " Malaysia And The Club of...DOOM* The Collapse of The Islamic Countries" merasa beruntung dan bertuah apabila tulisannya dirujuk oleh Presiden MCA dalam Ucapannya pada Konvesyen Tahunan MCA ke 33 di Alor Star Kedah pada 6 Ogos.

Larislah buku ini nanti kerana mendapat promosi percuma apabila mendapat reaksi yang hebat dari PKR, PAS dan DAP. Elok dibaca tulisan Syed Akbar Ali ini. Tidak salah membuat rujukan kan?....

Lawatan Kerja dan Penyelidikan ke Kilang Carlsberg

Jika ada sesiapa yang ingin melakukan Lawatan Kerja atau Lawatan Penyelidikan di kilang Carlsberg akan datang tiadalah masalah lagi nampaknya. Sebabnya ia dilakukan atas niat. Tentulah semua orang yang nak buat lawatan kerja atau penyelidikan berniat baik.

Penulis memuji langkah berani YB Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam dan selaku YDP PAS Shah Alam. Ini barulah wakil rakyat yang benar-benar melakukan lawatan kerja ke sana yang orang lain bimbang melakukannya. Atas niat mahu mengadakan tinjauan tapak Terminal Shah Alam maka lawatan kerja itu dapat dilakukan walaupun sebenarnya pemilik kilang masih boleh dipanggil ke tempat yang sesuai membentangkan perniagaan mereka .Dari lawatan ini tahulah kita bahawa kilang Carlsberg Shah Alam yang telah beroperasi sejak 38 tahun dahulu (sejak tahun 1972) tidak mungkin dapat ditutup atau dipindahkan sebab telah membuat pelaburan yang banyak di sana.


Apapun penulis mengucapkan syabas dan tahniah kerana berani melakukan lawatan di kilang itu. Ia mengingatkan penulis mengenai Lawatan Sambil Belajar (Penyelidikan) yang dibuat oleh sekumpulan mahasiswa Universiti Malaysia Pahang suatu ketika dulu yang banyak dikritik hebat oleh orang politik. Pelbagai lagi pandangan yang tidak sedap didengari. Tanpa mungkin menyelidik niat mereka sebagaimana niat wakil rakyat YB Khalid Samad ke kilang itu.


Tentunya sesuatu yang kita tidak ketahui apabila sebahagian pekerja kilangnya adalah orang Melayu dan beragama Islam bekerja di situ jika lawatan itu tidak dilakukannya. Siapa yang ambil peduli agaknya. Dapatlah kita tahu 50% dari produk keluarannya diekspot kerana pasaran adalah di luar Negara lebih baik berbanding Malaysia yang pasarannya dianggap tepu. Begitulah hasil lawatan yang ditemui dan dipaparkan dalam blog wakil rakyat berkenaan.


Penulis teringat juga sebelum pilihan raya bahawa jika Selangor ditadbir oleh PR kilang-kilang arak ini ditutup dan pusat hiburan dikurangkan (itu yang penulis dengari dari media). Agaknya hasil lawatan ini kilang-kilang minuman keras lain di Shah Alam mungkin tidak akan tutup?

07 August 2010

AUKU kita harus realiti jangan terlalu idealis

Apabila ada cadangan membenarkan mahasiswa berpolitik di universiti anggapan penulis ialah bermakna invidu berkenaan mahu akta universiti dimansuhkan. Apakah sebenarnya tafsiran kebenaran mahasiswa berpolitik itu yang sering dilaungkan? Apakah maksudnya adanya mahasiswa ahli UMNO, PAS,DAP dan PKR berlegar-legar dalam kampus melaksanakan pelbagai program dan kegiatan adalah kebenaran berpolitik yang dimaksudkan?.


Bukankah sebenarnya mahasiswa di kampus memang sejak hari dulu hingga sekarang pun memang terlibat dengan politik walaupun secara bertulis tidak dibenarkan? Agaknya berapa yang benar-benar dihukum dengan kesalahan ini semasa AUKU belum atau selepas dipinda?

Kita harus lebih realiti, janganlah lebih terlalu idealis!. Jauh sekali mahu lebih populis. Apakah kerana kita mahu menarik golongan muda ‘sebelah sana’ maka kita sudah tidak boleh bertolak ansur lagi sehingga memberi cadangan seumpama itu. Apabila lagi yang dimahukan sedangkan suatu ketika dulu bersekutu dengan pertubuhan pun tidak boleh tapi sekarang;-  AUKU Pindaan 2008

seksyen 15 (pindaan 2008)
15. (1) Seseorang pelajar Universiti boleh menjadi ahli mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang, sama ada atau tidak ia ditubuhkan di bawah manamana undang-undang bertulis, sama ada ia di dalam atau di luar Universiti, dan sama ada ia di dalam atau di luar Malaysia, selain—

(4) Naib Canselor boleh, atas permohonan seseorang pelajar Universiti, mengecualikan pelajar itu daripada peruntukan perenggan (1)(a), tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut.
Berdasarkan perkara di atas, cubalah manalah tahu Menteri Pengajian Tinggi membenarkan anda berpolitik – disarankan elok terus memohon menjadi ahli parti. Barulah kita tahu parti mana. Sebab tak semua mahasiswa yang minat berpolitik dengan parti di luar. Jadi buka siapa yang berminat sahaja. Oleh kerana yang berminat sahaja tak payahlah mansuh atau panda tidakbegitu?

05 August 2010

Apabila Algore dan Wolfowitz menulis dalam The Wall Street Journal



Apabila Al Gore dan Wolfowitz menulis dalam The Wall Street Journal. meminta kerajaan US campurtangan ada sesiapa yang belum faham maksudnya?

04 August 2010

Bagusnya guru dibenarkan berpolitik

Kerajaan telah mengumumkan bermula 1 Ogos ini, pegawai pendidikan perkhidmatan siswazah Gred DG41 hingga DG48 akan dibenarkan melibatkan diri dalam politik.sejak sekian lama menunggu akhirnya hasrat para guru yang memang terlibat dengan politik ditunaikan. Jangan pula bila dibenarkan tugas guru diabaikan. Hari ini tersenyumlah guru yang terlibat politik sama ada dari parti UMNO, PAS, DAP, PKR dan lain-lain lagi.

Pelbagai pandangan diterima ada yang bersetuju ada yang tidak. Tapi tidak mengapalah keputusan telah dibuat tentu ada manfaatnya. Kalau dulu semua guru senyap-senyap memberi sokongan terlibat dengan program parti. Sekarang sudah boleh dibuat secara terbuka tanpa ada sekatan. Namun apa yang diharapkan guru yang terlibat politik tidak menyalahgunakan kedudukan mereka.

Dari satu segi baguslah jika terang-terangan, jelas dan nampak siapa guru yang memang aktif politik tu.Tiadalah lagi kita tertanya-tanya dan mendengar desas desus. Tahulah siapa cikgu UMNO, PAS, DAP, PKR dan parti mana-mana. Tahulah mahu buat macam manakan.

Cuma kalau nak beri semua pegawai kerajaan terlibat politik perlu dikaji secara mendalam kesannya. Jangan terburu-buru.

Meminda AUKU untuk melahirkan pemimpin pelapis Negara?

Ketika penulis bersama hampir 1000 orang Pemimpin Mahasiswa Apirasi Malaysia (Bekas MPP seluruh Negara) berkumpul di Port Dickson suatu ketika dulu dalam kepimpinan Tok Pa, kami sebulat suara mempertahankan agar AUKU tidak dipinda sewenangnya apatah lagi memansuhkannya. Jika dipindapun maka perlulah sesuatu yang boleh mempertahankan mahasiswa daripada ancaman dan anasir luar.

Bermula dari situ pelbagai usaha dilakukan sehinggalah penulis masih teringat dengan seorang rakan penulis seorang peguam yang mencadangkan pindaan AUKU seumpama ini;- Katanya;

Seksyen 15 AUKU yang ada hari ini masih kabur dan lemah dari segi melaksanakannya. Seksyen 15 AUKU yang menjadi punca penentangan mahasiswa sepatutnya dipinda seperti ini;


“ Tiada mana-mana pelajar atau pertubuhan pelajar, tanpa izin bertulis daripada Naib Canselor dan dibenarkan oleh Perlembagaan Universiti boleh menjadi ahli atau menyertai

(a) Mana-mana parti yang berasaskan politik;
(b) Mana-mana pertubuhan bukan kerajaan;
(c) Mana-mana persatuan samada yang berdaftar di bawah
Pendaftar Persatuan atau tidak;
(d) Mana-mana kesatuan sekerja; atau
(e) Mana-mana organisasi tetap atau sementara di luar kampus Universiti;

Jika AUKU dipinda seperti diatas maka pelajar yang terlibat dengan kegiatan luar adalah lebih jelas.

Namun hari ini parlimen telah meminda AUKU pindaan 2008 seperti berikut;-

Penggantian seksyen 15

8. Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 15 dengan seksyen yang berikut:

Pelajar atau pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar bersekutu dengan persatuan, dsb.


15. (1) Seseorang pelajar Universiti boleh menjadi ahli mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang, sama ada atau tidak ia ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis, sama ada ia di dalam atau di luar Universiti, dan sama ada ia di dalam atau di luar Malaysia, selain—


(a) mana-mana parti politik, sama ada di dalam atau
di luar Malaysia;
(b) mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang menyalahi undang-undang, sama ada di dalam
 atau di luar Malaysia; atau
(c) mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang telah ditetapkan oleh Menteri, selepas berunding dengan Lembaga, secara bertulis kepada Naib Canselor sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau Universiti itu.
(2) Suatu pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Universiti

Ternyata kerajaan mengambil jalan tengah untuk membenarkan terlibat dengan pelbagai pertubuhan dalam dan luar Negara tetapi tetap tidak membenarkan mahasiswa terlibat dengan organisasi politik. Boleh bersekutu tetapi dengan syarat-syarat yang lebih jelas dinyatakan.

Walaupun berbeza dengan cadangan sahabat peguam, penulis tetapi matlamat dan mesejnya sama iaitu tetap tida membenarkan terlibat dengan pertubuhan politik.

Pinda AUKU untuk benarkan mahasiswa berpolitik

Hari ini ada cadangan dari pemimpin pemuda bahawa AUKU perlu dipinda atas pendapat bahawa ingin melahirkan pelapis masa depan Negara. Penulis cuba memahami tafsiran ini apakah benar dengan membenarkan mahasiswa terlibat dengan politik maka terlahirlah pemimpin pelapis masa depan?

Penulis sangat percaya hari ini pun memang ramai mahasiswa terlibat dengan politik, jadi ahli parti itu dan parti ini tetapi berapa dan siapa yang sanggup menghukum mereka?. Berapa universiti sanggup mengambil tindakan tegas atas

Seksyen 15a (pindaan) “(2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen
(1) boleh dikenakan tindakan tatatertib.”;

Malah sebelum dipindapun pelaksanaan hukuman AUKU masih gagal dilakukan apatah lagi kesalahan penyertaan dalam politik. Kalau adapun masih boleh dihitung jumlahnya.

Yang penulis nampak sejak akta ini ditubuhkan 1971, Anwar Ibrahim yang lantang menentang AUKU pernah jadi Menteri Pelajaran dan Timbalan Perdana Menteri (tidak memansuhkannya), Dato’ Ibrahim Ali yang lantang mengkritik AUKU semasa di UiTM pun sekarang jadi Ahli Parlimen Pasir Mas, Dato’ Seri Khir Toyo pernah menjadi Menteri Besar Negeri Selangor, malah penulis boleh sebut rakan-rakan penulis dulu dalam era tahun 2000 yang jelas menentang kerajaan melalui demontrasi, atau mengkritik kerajaan secara terbuka dalam media kini begitu selesa bergoyang kaki menjadi PTD Gred 41, Gred 48 atau mungkin dah menjadi Gred 52. Jika dulu merekalah bersuara kerajaan ini kerajaan haramlah, tidak islamiklah tetapi kini merekalah yang makan gaji dengan kerajaan. Cuba bayangkan kalau mereka ini menjadi ketua jabatan dan pembuat keputusan?

Penulis cuma berpendapat apa yang kita ada dikekalkan. Yang adapun masih belum dapat dikawal sepenuhnya. Jangan nanti “terhantuk baru tengadah”.

Mari kita memahami keadaan. Bukankah ada perbezaan antara mahasiswa yang belajar di luar Negara dan IPT dalam Negara? Dalam Negara situasi penglibatan politik secara terus amat berbahaya jika tiadanya undang-undang yang diperuntukkan dalam AUKU. Tidaklah bermaksud mahasiswa dalam Negara itu ‘bodoh’ dan ‘dungu’ atau ‘kelas kedua’ tetapi mereka mempertahankan apa yang ada untuk Negara, ternyata mereka jauh lebih memahami dan lebih “Patriotik’ kepada negaranya. - JJ

02 August 2010

Memansuhkan UPSR dan PMR

Tok Guru saya (bekas seorang Naib Canselor) suatu ketika semasa aktifnya dalam lapangan penyelidikan menyarankan kerajaan jika mahu rakyat Malaysia khususnya bumiputera masuk ke universiti maka kerajaan perlu menambah lagi bilangan universiti (sama ada Awam atau Swasta). Ketika itu umum mengetahui betapa UM merupakan universiti terkenal. siapa anak kampung yang berjaya melanjutkan pelajaran di UM begitu disanjung sekali sekalipun kalau seseorang itu mendapat gred kelas bawah atau sijil am sahaja. Begitulah pukulan UM ketika itu ( yang tidak lulus cemerlang pun dalam bidang sasterapun  boleh jadi pakar ekonomi, menteri kewangan dan penasihat bank dunia).

Hari ini ternyata idea membanyakkan IPT itu tidaklah segila yang disangka apabila lebih banyak IPT diwujudkan.pelajar boleh memilih bidang yang dia mahu. Jika tercicir di IPTA mereka masih ada IPTS dan institusi latihan lain. Malah pelajar lelaki pun boleh menjadi Jururawat jika mereka mahu.

Sekali lagi tok guru saya mempunyai cadangan yang orang jarang fikirkan apabila beliau mengesyorkan kepada kerajaan sebaiknya institusi pendidikan di negara ini (yang dulunya Kementerian Pendidikan Malaysia) perlu dipisahkan kepada dua iaitu yang menjaga sekolah dan universiti. Dalam duduk dimeja kedai kopipun saya sudah mendengar idea ini. Ternyata idea ini ada asasnya supaya setiap sasaran pendidikan itu dapat dicapai sama ada peringkat sekolah atau IPT. Maka hari ini wujudlah kementerian pelajaran dan kementerian pengajian tinggi.

sekali lagi ketika saya minum-minum petang bersama Tok Guru saya ini maka katanya dasar pendidikan negara ini sepatutnya tidaklah berorientasikan kepada peperiksaan semata-sama. Semua pelajar sudah ke arah sasaran mahu lulus peperiksaan sahaja. masing-masing sekolah bersaing untuk mendapat peratus pencapaian yang membanggakan. katanya ketika dia berada di luar negara bermacam-macam sistem pendidikan ditemuinya. Di Jerman pendidikan adalah percuma. malah katanya ada pelajar di luar negara lain jika mereka tidak dapat menghadiri peperiksaan atau tidak lulus peperiksaan mereka diberi peluang lain sama ada melaksanakan tugasan luar ataupun mungkin ada ujian dengan cara lain. Pendek kata bukan hanya peperiksaan semata-mata. Jauh lebih sinis katanya" Bolehkah guru lain (dalam Lembaga Peperiksaan/Majlis Peperiksaan ) sekarang menilai kemampuan pelajar lain selain dari pelajarnya di sekolah berkaitan. tentulah sekolah itu yang tahu prestasi pelajarnya sendiri.

Hari ini teringatlah lagi idea tok guru saya seperti di atas apabila ada usaha membincangkan mengenai saranan pemansuhan UPSR dan PMR. Bermacam-macam reaksi sekarang. Tun M menyarankan agar jgn dimansuhkan dan baiki yang sedia ada. asasnya tetap ada kerana ia mungkin menyebabkan rakyat sedikit terkeliru.