31 July 2010

Mesej Hari Ini

Sterling Seagrave : Lords of the Ring – pg 30.



"Umpanlah mereka dengan prospek keuntungan, jadikan mereka kebingungan. Gunakan kemarahan untuk mengganggu mereka, bersikap rendah diri untuk menjadikan mereka angkuh. Letihkan mereka dengan ‘melarikan diri’, dan cetuskan perbalahan antara mereka. Serang mereka ketika mereka tidak menduga, apabila mereka tidak bersedia. Licik sehingga anda tidak kelihatan. Bertindak penuh misteri sehingga anda sukar difahami. Kemudian anda akan kuasa takdir lawan anda”. Sterling Seagrave : Lords of the Ring – pg 30.



Teknik perang Sun Tzu betapa kemenangan dalam peperangan tanpa pertumpahan darah itu lebih penting dan utama. “ Dalil perang mirip dengan kudrat air. Seperti air selalu menghindari tempat yang tinggi letaknya dan mengalir ke tempat yang rendah letaknya, demikianlah tentera selalu menghindari bahagian yang padat dan memukul bahagian yang kosong. Seperti air mengatur alirannya sesuai dengan bentuk tanah yang dilaluinya, demikianlah tentera mengatur siasat untuk mencapai kemenangan sesuai dengan keadaan musuh yang dihadapinya”