02 August 2010

Memansuhkan UPSR dan PMR

Tok Guru saya (bekas seorang Naib Canselor) suatu ketika semasa aktifnya dalam lapangan penyelidikan menyarankan kerajaan jika mahu rakyat Malaysia khususnya bumiputera masuk ke universiti maka kerajaan perlu menambah lagi bilangan universiti (sama ada Awam atau Swasta). Ketika itu umum mengetahui betapa UM merupakan universiti terkenal. siapa anak kampung yang berjaya melanjutkan pelajaran di UM begitu disanjung sekali sekalipun kalau seseorang itu mendapat gred kelas bawah atau sijil am sahaja. Begitulah pukulan UM ketika itu ( yang tidak lulus cemerlang pun dalam bidang sasterapun  boleh jadi pakar ekonomi, menteri kewangan dan penasihat bank dunia).

Hari ini ternyata idea membanyakkan IPT itu tidaklah segila yang disangka apabila lebih banyak IPT diwujudkan.pelajar boleh memilih bidang yang dia mahu. Jika tercicir di IPTA mereka masih ada IPTS dan institusi latihan lain. Malah pelajar lelaki pun boleh menjadi Jururawat jika mereka mahu.

Sekali lagi tok guru saya mempunyai cadangan yang orang jarang fikirkan apabila beliau mengesyorkan kepada kerajaan sebaiknya institusi pendidikan di negara ini (yang dulunya Kementerian Pendidikan Malaysia) perlu dipisahkan kepada dua iaitu yang menjaga sekolah dan universiti. Dalam duduk dimeja kedai kopipun saya sudah mendengar idea ini. Ternyata idea ini ada asasnya supaya setiap sasaran pendidikan itu dapat dicapai sama ada peringkat sekolah atau IPT. Maka hari ini wujudlah kementerian pelajaran dan kementerian pengajian tinggi.

sekali lagi ketika saya minum-minum petang bersama Tok Guru saya ini maka katanya dasar pendidikan negara ini sepatutnya tidaklah berorientasikan kepada peperiksaan semata-sama. Semua pelajar sudah ke arah sasaran mahu lulus peperiksaan sahaja. masing-masing sekolah bersaing untuk mendapat peratus pencapaian yang membanggakan. katanya ketika dia berada di luar negara bermacam-macam sistem pendidikan ditemuinya. Di Jerman pendidikan adalah percuma. malah katanya ada pelajar di luar negara lain jika mereka tidak dapat menghadiri peperiksaan atau tidak lulus peperiksaan mereka diberi peluang lain sama ada melaksanakan tugasan luar ataupun mungkin ada ujian dengan cara lain. Pendek kata bukan hanya peperiksaan semata-mata. Jauh lebih sinis katanya" Bolehkah guru lain (dalam Lembaga Peperiksaan/Majlis Peperiksaan ) sekarang menilai kemampuan pelajar lain selain dari pelajarnya di sekolah berkaitan. tentulah sekolah itu yang tahu prestasi pelajarnya sendiri.

Hari ini teringatlah lagi idea tok guru saya seperti di atas apabila ada usaha membincangkan mengenai saranan pemansuhan UPSR dan PMR. Bermacam-macam reaksi sekarang. Tun M menyarankan agar jgn dimansuhkan dan baiki yang sedia ada. asasnya tetap ada kerana ia mungkin menyebabkan rakyat sedikit terkeliru.  

No comments:

Post a Comment