08 August 2010

Lawatan Kerja dan Penyelidikan ke Kilang Carlsberg

Jika ada sesiapa yang ingin melakukan Lawatan Kerja atau Lawatan Penyelidikan di kilang Carlsberg akan datang tiadalah masalah lagi nampaknya. Sebabnya ia dilakukan atas niat. Tentulah semua orang yang nak buat lawatan kerja atau penyelidikan berniat baik.

Penulis memuji langkah berani YB Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam dan selaku YDP PAS Shah Alam. Ini barulah wakil rakyat yang benar-benar melakukan lawatan kerja ke sana yang orang lain bimbang melakukannya. Atas niat mahu mengadakan tinjauan tapak Terminal Shah Alam maka lawatan kerja itu dapat dilakukan walaupun sebenarnya pemilik kilang masih boleh dipanggil ke tempat yang sesuai membentangkan perniagaan mereka .Dari lawatan ini tahulah kita bahawa kilang Carlsberg Shah Alam yang telah beroperasi sejak 38 tahun dahulu (sejak tahun 1972) tidak mungkin dapat ditutup atau dipindahkan sebab telah membuat pelaburan yang banyak di sana.


Apapun penulis mengucapkan syabas dan tahniah kerana berani melakukan lawatan di kilang itu. Ia mengingatkan penulis mengenai Lawatan Sambil Belajar (Penyelidikan) yang dibuat oleh sekumpulan mahasiswa Universiti Malaysia Pahang suatu ketika dulu yang banyak dikritik hebat oleh orang politik. Pelbagai lagi pandangan yang tidak sedap didengari. Tanpa mungkin menyelidik niat mereka sebagaimana niat wakil rakyat YB Khalid Samad ke kilang itu.


Tentunya sesuatu yang kita tidak ketahui apabila sebahagian pekerja kilangnya adalah orang Melayu dan beragama Islam bekerja di situ jika lawatan itu tidak dilakukannya. Siapa yang ambil peduli agaknya. Dapatlah kita tahu 50% dari produk keluarannya diekspot kerana pasaran adalah di luar Negara lebih baik berbanding Malaysia yang pasarannya dianggap tepu. Begitulah hasil lawatan yang ditemui dan dipaparkan dalam blog wakil rakyat berkenaan.


Penulis teringat juga sebelum pilihan raya bahawa jika Selangor ditadbir oleh PR kilang-kilang arak ini ditutup dan pusat hiburan dikurangkan (itu yang penulis dengari dari media). Agaknya hasil lawatan ini kilang-kilang minuman keras lain di Shah Alam mungkin tidak akan tutup?

No comments:

Post a Comment