12 August 2010

Larangan BERPOLITIK kepada Mahasiswa Tepat


1.      Langkah kerajaan memutuskan larangan berpolitik kepada mahasiswa adalah tepat. Sebagai bekas Pemimpin Mahasiswa IPTA suatu ketika dulu penulis ada sebab yang tersendiri menyokong tindakan ini. Penulis sudah menulis isu ini sebelum ini.

Hiasan- Apakah ini Mahasiswa yang matang ?
inikah dia mahasiswa
yang mencapai tahap global?
2.     Kerajaan telah membuat pindaan kepada AUKU 1971 (pindaan 2008) untuk memberi peluang dan kebenaran mahasiswa terlibat dengan pertubuhan dalam dan luar negara yang sebelum ini tidak dibenarkan.

3.     "Janganlah dah diberi betis nak peha pula" Bersyukurlah, dulu mahasiswa tidak dibenarkan pun bersekutu dengan mana-mana pertubuhan bukan politik. sekarang dah boleh bekerjasama dengan pertubuhan. Pandangan penulis para pemimpin mahasiswa sekarang perlu membaca HABIS AUKU pindaan 2008 ini.

4.       "Janganlah pula marahkan nyamuk kelambu dibakar". Marahkan seksyen 15 (Larangan berpolitik) maka marahkan AUKU keseluruhannya yang antara lain kandungan menjelaskan mengenai takrif  Naib Canselor, universiti, pelantikan Naib Canselor, pegawai DLL.

5.       Politik yang dituntut adalah bersifat subjektif. Apakah dengan kebenaran menyertai parti UMNO,PAS, PKR, DAP dan lain-lain parti maka barulah mahasiswa universiti di negara ini matang dan jadi pelapis negara? Apakah ini yang dimahu?

Konsisten macam Tun Dr Mahathir

6.      "Tepuk dada tanya selera" mahasiswa itu yang sendiri membentuk dirinya. Seperti kata Tun Dr Mahathir, "belajarlah dulu baru berpolitik". Politik dalam kampus tidak sama dengan politik nasional. Jadilah pemimpin yang konsisten macam Tun Dr Mahathir yang sejak tahun 1971 orang yang bertanggungjawab membentang akta ini di parlimen. Jangan kerana mahu jadi "POPULIS" maka cadangan diketengahkan.

No comments:

Post a Comment