30 August 2010

Kalau tidak suka jangan melampau menghina

Kali pertama bila Namewee melakukan kesalahan menghina dalam video klipnya tahun 2007, maka permohonan maafnya telah diterima. Apakah haknya untuk menghina agama, budaya dan adat resam orang lain melalui lagunya? Apakah ada komposer Melayu atau bangsa lain yang mencipta lagu seumpama Namewee?

Kali ini klip video terbarunya itu dipercayai bertujuan mengutuk seorang pengetua sekolah menengah di Kulaijaya yang dilaporkan mengeluarkan perkataan berbaur perkauman semasa perhimpunan sekolahnya pada 12 Ogos lalu.

Jika pun pengetua yang bersalah, maka kita harus menunggu apakah bentuk hukumannya. Namewee tidak boleh sewenangnya mencipta lagu yang berbaur perkauman. Kes di sekolah Kebangsaan Kulaijaya ialah suatu masalah individu "pengetua" bukan melibatkan semua orang apatah lagi semua orang Melayu. sewajarnya ia dilihat kes individu yang perlu kita selesaikan bersama.

Kata Namewee "Saya hanya seorang individu tanpa agenda atau motif politik, yang ingin menyuarakan pendapatnya menentang sikap perkauman di negara ini,"

Memang benar anda sebagai seorang individu tapi janganlah sampai menghina orang lain dalam video klipnya. Apakah video bertajuk "Namewee FxxK Racism Malaysia NAH!!! SxxK Banana" yang menghina Puan Hajah Siti Inshah Mansor (Pengetua SMK Tunku Abdul Rahman). Tapi apakah pula kaitannya dengan puasa  yang diamalkan oleh orang Islam di Negara ini? Kalau tiada kaitan dengan agama janganlah sentuh. itulah Rasis namanya.

Apakah niatnya dengan menerbitkan video klip berkenaan? apakah namewee tidak tahu kesan politiknya? atau saja buat tidak tahu.

Kata Namewee dalam blognya " Saya ingin tahu daripadanya (Rosnah), kenapa dia menyerang mangsa (masyarakat Malaysia), sedangkan pelaku sebenar isu ini belum dihukum,"

Apakah dulu Namewee diambil  tindakan atas penghinaan yang beliau lakukan? ............sendiri mahu tahulah. sepatutya Name wee diambil tindakan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Apalah sangat kan dengan denda itu berbanding 'glamor' dan nilai kerosakan yang dibuatnya.

2 comments:

  1. F**k Namewee May You Rot In Hell!

    ReplyDelete
  2. orang-orang yang melakukan perkara-perkara yang tidak baik ini contohnya menghina ini tidak layak duduk di bumi Allah ini apatah lagi kalau dia ingkar pada perintah Allah, carilah tempat lain selain di bumi Allah ini untuk mengeluarkan penghinaan...

    ReplyDelete