21 August 2010

Eloklah di Siasat secara mendalam

Penulis baru saja berbincang mengenai isu seorang pengetua di sebuah sekolah di Kulai Johor dengan seorang ibu bapa yang anaknya bersekolah di sekolah berkenaan. Banyak perkara yang penulis dengar terus daripada ibu bapa berkenaan. Ada juga nampaknya perkara unsur salah faham dan berlebihan yang disampaikan oleh pihak yang tidak berpuas hati dengan perkara berkenaan. Malah ada juga yang tidak tahu perkara sebenar menghukum pengetua berkenaan. Jauh lebih teruk ada pihak dalam sekolah berkenaan mendedahkan masalah dalaman sekolah sendiri kepada pihak luar yang sepatutnya pihak yang tidak puas hati, tidak wajar berbuat demikian tanpa terlebih dahulu menyelesaikan secara dalaman.


Oleh yang demikian penulis amat bersetuju dengan arahan YAB Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan sebuah pasukan petugas ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan pengetua pengetua yang dikatakan 'rasis' berkenaan. Eloklah disiasat perkara ini secara mendalam terlebih dahulu.


Menurut laporan polis yang tersebar, pengetua SMK Tunku Abdul Rahman Siti Inshah Mansor didakwa mengeluarkan kata-kata berkenaan pada 12 Ogos ketika mengulas masalah disiplin pelajar.


Seperti kata YAB TPM, "Ada banyak perbezaan maklumat antara apa yang dikatakan dan apa yang dimaksudkannya.


"Dan kedua-dua pihak buat laporan masing-masing,"



Jadi kita tunggu siasatan polis dan jawatan petugas berkenaan. Bagi penulis. kadang-kadang ada pihak mengulas hal sejarah dan mudah disalah ertikan jika disampaikan secara beremosi. Apatah lagi hal disiplin pelajar di sekolah yang berleluasa yang boleh mengundang masalah emosi bagi pihak yang menyelesaikannya. Tentulah hal pemakaian rantai di sekolah bagi pelajar lelaki (jika rantai biasa) adalah suatu yang menyalahi peraturan berkenaan. (selagi tidak bertentangan dengan hal agama dan kebudayaan).


Cumanya hal sebegini janganlah didedah kepada media terlalu berlebihan. Ia mengundang isu lain yang lebih sensitif kemudian hari. Lagipun guru tu dah minta maaf.

No comments:

Post a Comment