14 August 2010

30 peratus ekuiti bumiputera minta dikurangkan lagi.

1.    Perlembagaan Negara, Perkara 153 Hak Istimewa Melayu/ Bumiputera Sabah dan Sarawak jelas memelihara kedudukan Melayu /Bumiputera dalam sektor perkhidmatan awam, bidang ekonomi, pelajaran dan Tanah Rezab Melayu.

2.    Pencapaian ekuiti bumiputera sebanyak 30 peratus dalam DEB pun belum lagi tercapai tapi sudah ada desakan dari Kongres Ekonomi hari ini menuntut ekuiti bumiputera sebanyak 30 peratus dalam semua sektor ekonomi dikurangkan secara berperingkat.

3.    Nampaknya kek yang kita bahagi-bahagikan sebelum ini yang bahagian Melayu dan bumiputera belum habis makanpun nak diminta semula dan dibahagikan lagi.

4.    Bagi orang Melayu yang telah berjaya hasil dalam DEB janganlah sombong sangat sehingga menyalahkan DEB. Persoalannya apakah salah mengekalkan 30 peratus jika Perlembagaan Negara, Perkara 153 jelas mempertahankan kedudukan Melayu/bumiputera?. Bagi Melayu yang kaya memanglah tiada masalah untuk anda berkata meminta persaingan secara terbuka namun yang miskin tentulah amat sukar mereka bersaing.Janganlah kerana anda merasa hebat, kaya dan berjawatan besar maka anda lupa ia tiada kaitan dengan DEB. Bagi mereka yang memang telah ditakdirkan kaya warisan dari keluarga janganlah lupa bahawa ada orang miskin Melayu di sebelah kita.

1 comment:

  1. kini hanya kita tinggal kuasa yang akan menentukan bangsa

    ReplyDelete