26 December 2010

Menguji Gelombang Rakyat

Pakatan Rakyat perlu 'gelombang rakyat' untuk tumbangkan Barisan Nasional. PKR, PAS dan DAP tidak akan mampu untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) secara bersendirian, kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

“Itulah semangat atau intipati yang ingin kita tiup dan sampaikan dalam Konvensyen Kebangsaan Pakatan yang akan diadakan pada 19 Disember ini dengan Pulau Pinang sebagai tuan rumah selepas Selangor menganjurkannya buat kali pertama tahun lalu”.

Justeru pembangkang menggunakan misi 'Gelombang Rakyat' sebagai strategi utama dalam menawan Kerajaan Persekutuan pada PRU 13. Persoalannya, apakah Gelombang Rakyat yang dimaksudkan itu? Apakah strateginya?

Apakah dengan menghalau penduduk-penduduk Kampung Buah Pala atas nama pembangunan dan kemajuan menggambarkan Gelombang Rakyat itu? Begitu juga menghalang peniaga-peniaga Melayu untuk berniaga di bangunan Komtar?. Di satu negeri lain usaha SYABAS mengadakan Tabung Budi untuk membantu rakyat kurang berkemampuan turut dikecam habis-habisan. Apakah semua ini menggambarkan misi Gelombang Rakyat?

Pakatan Rakyat percaya bahawa tsunami politik seperti tahun 2008 dapat diulangi lagi sekiranya komponen Pakatan Rakyat bersatu. Isu-isu dalaman PR dilihat tidak menggugat kerjasama PR. Namun apakah semudah itu BN boleh ditumbangkan?.

Perubahan strategi BN dan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan YAB Dato’ Sri Mohd Najib sejak mengambil alih tampuk pemerintahan negara dengan gagasan 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan telah berjaya mengukuhkan ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat.

BN telah meniupkan gelombang rakyatnya apabila tiga siri pilihan raya kecil iaitu Parlimen Hulu Selangor, Batu Sapi dan Dun Galas, BN telah memperolehi kemenangan selesa. Apakah Pakatan Rakyat lupa dengan Gelombang Rakyat BN untuk merampas semula negeri-negeri yang pernah dimilikinya? Rakyat tentu menilai dua tahun pemerintahan Pakatan Rakyat masih banyak lagi janji-janji yang belum ditunaikan. Cabaran utama PR ialah mempertahankan kemenangan yang sedia ada. Lantaran itu PR sanggup melakukan segala cara.

Pakatan Rakyat sedang menguji strategi Gelombang Rakyatnya dengan memperalatkan emosi rakyat. Emosi marah, susah hati dan rasa teraniaya dimainkan sebaiknya. Memperalatkan isu air Selangor dan penggantungan 4 wakil rakyat parlimen PR baru –baru ini telah membangkitkan sentimen rakyat. Dalam hal penggantungan Dewan Rakyat, rakyat telah dikelirukan seolah-olah BN bersalah sedangkan memang terdapat peraturan mesyuarat yang telah ditetapkan boleh digunakan.

Penggantungan wakil rakyat sama ada dalam persidangan DUN atau Dewan Rakyat adalah perkara biasa. Malah di negeri-negeri yag dikuasai Pakatan Rakyat ada ahli DUN BN yang digantung. Tidak pula wakil rakyat ini berdendang seluruh negara mengenai penggantungan mereka.

Apakah perlunya berdemontrasi di Parlimen sedangkan parlimen adalah pembuat undang-undang tertinggi? Apa perlunya menyaman speaker? Seperti kata seorang menteri hanya penguam bodoh saja yang akan berbuat demikian!.

Marilah kita sama-sama menunggu ‘Gelombang Rakyat’ mana yang benar-benar berkuasa. Apakah Gelombang Rakyat BN atau Gelombang Rakyat PR. Ujian yang paling dekat ialah kerusi DUN Tenang. Tunggu dan lihat!

09 December 2010

Menyemarakkan Suara Aktivis Mahasiswa

Jabdin bin Juhat

Seperti minggu lepas, minggu ini saya masih memilih menulis mengenai pemimpin muda dalam universiti. Saya berharap dengan cara ini pemimpin muda dapat menyemarakkan suara mereka sebagai aktivis mahasiswa di negara ini.

Penulis mengucapkan tahniah kepada Universiti Sains Malaysia (USM) yang merealiasasikan Parlimen Mahasiswa dalam universiti. Pada 23 Oktober 2010 lalu, Majlis Perwakilan USM telah memulakan persidangan Parlimen Mahasiswa atau Dewan Perundingan Pelajar di Universiti Sains Malaysia (MDPP) dengan membahaskan 19 usul bukan saja baik untuk USM tetapi baik juga untuk mahasiswa di negara ini. Kerana anda sebagai pemimpin mahasiswa, maka 22 November 2010 isu Parlimen Mahasiswa di bahaskan dalam Parlimen Malaysia.

Ini adalah bukti kerajaan sentiasa memberi peluang kepada mahasiswa di negara ini untuk bersuara jika saluran itu digunakan sebaiknya. Selain paltform Majlis Perundingan Pelajar kebangsaan yang ditubuhkan pada 2001, Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) pindaan 2008 turut membenarkan terlibat dalam persatuan bukan politik. Parlimen Mahasiswa tentunya membuka lembaran baru kepada suatu bentuk kerjasama mahasiswa dengan pengurusan universiti di negara ini bahawa AUKU tidak menghalang mereka untuk berpolitik.

Idea asal Parlimen Mahasiswa dikemukakan oleh Naib Canselor USM, Profesor Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak dalam ucap utamanya pada Kongres Mahasiswa 2003. Semasa Kongres Mahasiswa 2003, penulis adalah seorang dari urus setia pelaksana bersama dengan HEP USM. Sebagai Naib Canselor Universiti yang paling lama beliau mengotakan saranannya dan merintis jalan sebelum universiti lain mengadakannya. Kongres Mahasiswa ini juga yang pertama menjemput pemimpin pembangkang PAS bersama dalam kongres.

Semoga akan datang universiti lain juga akan membuka platform ini dalam kampus masing-masing. Bukankah bagus melihat pemimpin muda kita berdebat secara terbuka, bebas dan berhemah dalam satu paltform yang diperakui oleh universiti dan kerajaan tanpa meminta simpati dengan pihak luar?.

Parlimen Mahasiswa atau Dewan Perundingan Pelajar mencerminkan kebijaksanaan pemimpin mahasiswa dalam memperjuangkan suara anak muda di negara ini. Mereka tidak rasa terkongkong tetapi mencari ruang yang sesuai menyampaikan suara mereka kepada pihak pimpinan negara. Tidak perlulah terikut-ikut dengan suara-suara memansuhkan AUKU yang diperjuangkan oleh kumpulan mahasiswa anti-establishment sejak 39 tahun lalu. (sejak AUKU diperkenalkan tahun 1971).

Sebagai pemimpin mahasiswa masa yang ada dalam kampus adalah singkat. Tiga atau empat tahun dalam pengajian dan 1 tahun sahaja menjadi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Dalam tempoh yang singkat itu mana mungkin kita sempat mengubah semuanya. Wakil rakyat memainkan peranannya di kawasan pun memerlukan 5 hingga 10 tahun sebagai wakil rakyat untuk membawa pembangunan kepada kawasannya. Tugas pemimpin mahasiswa sebenar ialah menghabiskan pengajian dan dalam masa yang sama menyalurkan suara mereka kepada pemimpin yang akan membawanya dalam Dewan Rakyat untuk dibahaskan. Dunia sebenar adalah di luar sana selepas tamat pengajian.



Hari ini bekas pemimpin mahasiswa yang kuat mengkritik kerajaan dan menentang AUKU pun ada yang jadi pemimpin kerajaan. Kerana mereka tahu itulah dunia sebenar.




Sinar harian, 9 Disember 2010 (Khamis)
* Penulis merupakan bekas Presiden Majlis Perwakilan Pelajar UMS tahun 2000


04 December 2010

Bersediakah Gerakan Mahasiswa Kampus Di Label?

Jabdin bin Juhat

Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 akhirnya telah berjaya dipinda pada tahun 2008 dengan menggantikan Seksyen 15 seperti berikut;

Seseorang pelajar Universiti boleh menjadi ahli mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang, sama ada atau tidak ia ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis, sama ada ia di dalam atau di luar Universiti, dan sama ada ia di dalam atau di luar Malaysia, selain—

(a) mana-mana parti politik, sama ada di dalam atau

di luar Malaysia;

(b) mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang menyalahi undang-undang, sama ada di dalam atau di luar Malaysia; atau

(c) mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang telah ditetapkan oleh Menteri, selepas berunding dengan Lembaga, secara bertulis kepada Naib Canselor sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau Universiti itu.

(2) Suatu pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Universiti

Sebelum akta ini dipinda tiadalah ruang kebebasan seperti di atas. Nampaknya usaha pelbagai pihak ke arah untuk merealisasikan akta ini dipinda semula ataupun dimansuhkan dikemudian hari mungkin akan tercapai. Bukankah ini harapan pihak yang menyokong itu? Kata mereka dengan cara ini soal hak mahasiswa untuk bersuara dan berorganisasi yang dijamin Perlembagaan selain mematangkan demokrasi akan berjaya dicapai. Terburailah kebekuan dan kejumudan minda mahasiswa selama ini yang telah merantai mahasiswa sejak tahun 1970an lagi.

Tun Dr Mahathir Mohamad (semasa Menteri Pelajaran), mengaku beliaulah yang memperkenalkan AUKU. Alasannya ketika itu walaupun negara sudah merdeka lebih 15 tahun (ketika itu) tetapi bilangan kelulusan daripada universiti tidak ramai, terutamanya di kalangan orang Melayu. Tidaklah sihat bagi Malaysia jika dari rakyat berbilang kaumnya jumlah Melayu dan bumiputera lain yang berkelulusan universiti sangat berkurangan. Samada mereka mendapat ijazah universiti atau tidak bergantung kepada kegigihan mereka menumpu sepenuh masa untuk menguasai ilmu melalui proses-proses pembelajaran ala universiti.

Kata Tun Mahathir lagi “ Kita dapati penuntut Melayu amat berminat dengan kegiatan politik. Mereka suka melibatkan diri dengan demontrasi jalanan dan lain-lain aktiviti politik yang memakan masa mereka di universiti. Dengan ini tidak dapat tidak tumpuan mereka kepada penguasaan ilmu tentu kurang. Amatlah merugikan mereka dan masyarakat Melayu jika mereka gagal. Apakah kerana mereka tidak boleh berdemonstrasi dan lain-lain maka mereka akan kurang berpengetahuan dalam bidang politik; mereka akan jadi robot? Tidak juga. Mereka boleh ada forum perbahasan dalaman atau antara universiti, dan mereka boleh mendapat pakar yang tidak punyai kepentingan”

Apakah tindakan dan pandangan Tun Dr Mahathir ini tidak relevan lagi kini?. Apakah pindaan AUKU sekarang masih belum mencukupi? Benar hak seorang mahasiswa untuk bersuara dan berorganisasi yang dijamin Perlembagaan tetapi jangan lupa perlembagaan juga menetapkan untuk kepentingan, kebaikan dan keselamatan negara keseluruhannya hak-hak tersebut boleh disekat antara lain melalui Akta Universiti dan Kolej 1971. (jika untuk mahasiswa di kampus).

Ada pula seorang bekas Menteri Pelajaran nilainya berubah berdasarkan kepentingannya, semasa mudanya sebagai pemimpin mahasiswa atau sebelum menjadi orang kerajaan begitu kuat menentang AUKU. Tetapi semasa menjadi Menteri atau orang kerajaan tidak pula berusaha meminda atau memansuhkan AUKU 1975. Selepas keluar dari kerajaan beliau kembali menentangnya. Bolehkah anda menyemak kenyataan ini sendiri dalam Utusan Malaysia 28 Ogos 1990? “Saya tidak pernah campurtangan dalam hal urusan universiti, tetapi banyak yang bercakap mengenai kebebasan atau autonomi universiti yang mahu mengenepikan dasar pendidikan negara. Mereka mahu kebebasan sepenuhnya. Ini merbahaya”.

Berbalik kepada kebebasan berpolitik di dalam universiti. Di atas kertas memang terlalu ideal menyatakan mahasiswa harus diberi beri kebebasan sepenuhnya dan tidak akan dipengaruhi oleh anasir luar yang boleh mengancam keselamatan negara. Hari ini pun sudah ada dua kumpulan yang sering bertentangan di kampus dilabelkan sebagai Mahasiswa Pro Kerajaan dan Mahasiswa Pro Pembangkang bersaing menarik sokongan dikalangan mahasiswa.

Ada pihak yang tidak bersetuju dengan ’label’ Pro Kerajaan dan Pro Pembangkang yang kononnya adalah satu petanda yang tidak sihat kepada suasana kampus walaupun semua pihak tahu kumpulan mana yang menyokong kerajaan dan kumpulan mana yang menyokong pembangkang. Apa sekali pun dari gelaran yang digunakan dari Pro Kerajaan kepada Pro Aspirasi atau Pro Pembangkang kepada Mahasiswa Idealis (kini bertukar Pro Mahasiswa) misinya tetap sama iaitu untuk memenangkan kumpulan masing-masing. Jika label ini tidak wujud apakah salah media (media kerajaan dan pembangkang) yang melaporkan dua kumpulan ini menguasai kampus sejak tahun 1999 lagi? Cukup berbangga kumpulan ini menceritakan kemenangan mereka.

Semasa AUKU sekarang tidak dipinda pun label ini sudah digunakan maka di masa akan datang label ini akan berubah dengan lebih jelas lagi berasaskan parti-parti di negara ini apabila hasrat pindaan AUKU, membenarkan mahasiswa dalam politik kepartian dicapai. Pensyarah juga begitu ada dua kumpulan yang masing-masing bersaing. Pengalaman saya semasa belajar di universiti dan menjadi pemimpin mahasiswa semua ini berlaku. Apakah anda boleh menafikannya?

Walaubagaimanapun kerajaan telah menetapkan pendiriannya apabila Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi menyatakan bahawa kabinet membuat keputusan untuk tidak membenarkan mahasiswa terlibat dalam politik kepartian. Katanya, Seksyen 15, Akta Universiti & Kolej Universiti yang dipinda baru-baru ini, sudah memadai dalam konteks membenarkan mahasiswa mengambil bahagian dalam politik kepartian selepas mendapat kebenaran naib canselor.

Beliau menegaskan, keputusan itu tidak sama sekali menghalang mahasiswa daripada mengetahui atau mengikuti perkembangan politik tanah air melalui pelbagai cara.

Kenyataan ini sudah cukup jelas mengenai pendirian kerajaan. Kepada mana-mana pihak yang tidak berpuas hati (khususnya penyokong kerajaan) sebaiknya sebarang kenyataan lain yang dibincangkan perlulah dibawa terus kepada pucuk pimpinan atasan sebelum membuat kenyataan terbuka di media massa yang boleh mengundang tafsiran negatif mengenai pendirian kerajaan.


Artikel ini telah disiarkan dalam Sinar Harian pada 2 Disember 2010.  

28 November 2010

Mempertahankan Hak Secara Bijaksana

Jabdin bin Juhat
Jabdin79@yahoo.com


Malaysia adalah sebuah negara demokrasi yang memberikan kebebasan hak asasi kepada seluruh warganegaranya tidak mengira bangsa dan juga agama, sebagaimana yang dijamin di dalam Perlembagaan Persekutuan.


Jika kita percaya dan menghormatinya (Perlembagaan Persekutuan), tentulah kita juga harus menghormati semua kandungannya termasuklah keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja - Raja Melayu, melindungi Agama Islam, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di negara ini.

Tidak wajar adanya tindakan dari pihak-pihak tertentu yang mempertikai dan mempersoalkan perkara-perkara ‘tersebut’ yang menjadi asas utama pembentukan negara Malaysia dan ia termasuk di dalam Perlembagaan Persekutuan namun, kenapa ia boleh menimbulkan kegusaran dan keresahan di kalangan segelintir rakyat ?

Semua yakin dan ingin memaklumkan bahawa kedudukan orang Melayu serta Bumiputera dan kepentingan kaum-kaum lain dari segi politik telah termaktub jelas dalam Perlembagaan Persekutuan dan ianya tidak pernah diubah sejak ianya digubal oleh pemimpin terdahulu.

Sebagaimana yang ditegaskan dalam ucapan YAB. Perdana Menteri selaku Presiden UMNO dalam Mesyuarat Agong UMNO baru –baru ini. “Ia terkunci kemas dalam artikel-artikel Bahagian 3 mengenai kewarganegaraan, Perkara 38 berkait Majlis Raja-Raja, Perkara 152 tentang Bahasa Kebangsaan dan Perkara 153 mencakupi antara lain perizaban kuota perkhidmatan dan permit untuk orang Melayu.”

Kata YAB. Perdana Menteri lagi, “Perlembagaan Negara yang ada sekarang adalah asas teras kepada kontrak yang telah dimuafakat bersama oleh bapa-bapa pengasas yang mewakili kaum masing-masing ketika di ambang kemerdekaan. Ia kemudiannya telah dimaktubkan sebagai kontrak sosial nasional, tertinta dalam perkara dan fasal Perlembagaan Persekutuan, yang menjadi undang-undang tertinggi negara. Mahu tidak mahu, kita sebagai rakyat Malaysia sewajibnya menghormati persepakatan mulia yang telah dilakukan terdahulu kerana itulah ‘kunci’ kepada kelangsungan dan survival kebangsaan.”

Lantaran itu sebarang isu yang boleh menjejaskan perpaduan kaum, tidak perlulah dibincangkan secara terbuka atau diperdebatkan dimedia – media massa. Janganlah ada pihak yang mengambil kesempatan dengan ‘menangguk di air keruh’ yang boleh mengancam keselamatan dan keharmonian negara yang selama ini kita kecapi. Semua pihak dan kaum harus mengambil ‘langkah baik’ seperti yang diputuskan oleh kepimpinan tertinggi BN agar hal-hal atau isu sensitif perlulah di bawa ke dalam perbincangan tertutup, tanpa perlu memainkannya di media massa.

Tidak salah untuk sesuatu kaum untuk mempertahankan hak masing-masing selagi ianya tidak melanggar Perlembagaan Persekutuan. Namun, cara terbaik mempertahankan sesuatu 'hak' adalah dengan mengambil sikap tenang dan menerangkan secara bijaksana mengenai hak semua pihak. Dalam konteks negara Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum, kita haruslah kembali merujuk kepada "Perlembagaan Negara" jika ada wujudnya ketidakpuashaian kerana isi kandungannya sudah termaktub dan sudah jelas dipaparkan mengenai hak bumiputera dan kaum-kaum lain.

Hak yang tertulis (di Perlembagaan Persekutuan) perlulah dijelaskan dengan tenang dan berfakta. Janganlah terlalu beremosi sehingga boleh menyinggung perasaan kaum - kaum lain. Sememangnya generasi dahulu (sebelum Merdeka) dengan generasi sekarang (sesudah Merdeka) tentulah berbeza tahap pemahaman mereka. Memang benar semua hak Melayu, bumiputera Sabah/Sarawak dan Bukan Bumiputera telah tertulis di Perlembagaan Persekutuan tetapi tidak semua generasi muda sekarang yang mungkin memahaminya dengan baik. Oleh yang demikian marilah kita selaku warga yang memahami dan juga generasi lama yang memahami maksud tersirat dan tersurat di dalam Perlembagaan Persekutuan, menjelaskan kepada semua pihak dengan penuh tenang dan sabar.

Percayalah, tiada siapa yang dapat lari dari Perlembagaan Negara. Semuanya sudah jelas terkandung di dalam Perlembagaan Negara mengenai kedudukan Raja, agama, bahasa, kewarganegaraan, hak kebebasan, Hak Istimewa Melayu/ Bumiputera. Tiada siapa rakyat Malaysia yang dibelakangkan.

Malah dalam perkara 153 (perkhidmatan awam : Perkara 153 (2,3 dan 4), bidang ekonomi : Perkara 153 (6), bidang pelajaran: Perkara 153 (2,3 dan 4) dan Perkara 89 dan 90 (Tanah Rezab Melayu), kaum lain tetap mendapat manfaatnya. Tiada siapa di negara ini yang tidak dibenarkan menjadi pegawai kerajaan, belajar di institusi pengajian tinggi, dan boleh terlibat dalam perniagaan. "Dimana ada kemahuan disitu ada jalan".

Lantaran itu, Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diwujudkan oleh Y.A.Bhg. Tun Abdul Razak (bekas Perdana Menteri Malaysia yang ke-2) telah menetapkan hak 30 peratus ekuiti untuk kaum bumiputera namun ianya tetap telah menguntungkan kaum lain. Seperti kata Tun Dr Mahathir Mohamad “Berkenaan dengan Dasar Ekonomi Baru pula, agihan kepada Bumiputera hanyalah daripada bahagian ekonomi yang tumbuh dan tidak dengan merampas apa yang telah dimiliki bukan Bumiputera untuk diberi kepada Bumiputera.” Tidaklah adil mempertikaikan Dasar Ekonomi Baru secara membuta tuli, apatah lagi jika orang itu adalah orang Melayu yang telah berjaya dibawah dasar itu.

Cabaran utama kita ialah untuk menjelaskan semua isi kandungan Perlembagaan Persekutuan ini kepada generasi muda kini dan ianya haruslah dijalankan secara bijaksana tanpa perlu menyinggung perasaan mereka. Apatah lagi kita perlu berhadapan dengan golongan 'ultra kiasu' yang sengaja tidak mahu memahami perkara yang telah tersurat dalam Perlembagaan Negara.

Langkah kerajaan memperkenalkan lulus wajib subjek sejarah dalam peperiksaan adalah ‘langkah awal yang tepat pada waktunya’ terutama apabila perpaduan masyarakat Malaysia kerapkali tercabar hasil dari perpecahan fahaman politik sempit dan tuntutan atau tindakan melampau dari sesetengah pihak yang sudah mula mempersoalkan keluhuran perlembagaan Malaysia. Seperti kata George Santayana ahli falsafah sepanyol yang terkenal, "Mereka yang lupa sejarah akan dihukum dengan mengulangi kesalahan mereka berulang kali”.

Terima kasih kepada Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao yang baru-baru ini menggesa semua rakyat agar bersatu dan mendukung Perlembagaan Persekutuan, yang mengandungi kontrak sosial bagi mewujudkan keadilan sosial serta perpaduan di negara ini.

Sinar Harian. 25 November 2010

20 November 2010

Dimana suara orang muda kampus?

Jabdin bin Juhat

1.       Semasa penulis menjadi pemimpin mahasiswa di kampus suatu ketika dulu terdapat desakan kuat dari pemimpin mahasiswa agar Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 dipinda ataupun dimansuhkan atas sebab kononnya telah melesukan mahasiswa dalam suara politik. Ironisnya mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS) yang tidak terpakai akta ini pun jauh lebih lantang menyuarakan rasa bantahan.

2.      Kini Akta Universti dan Kolej Universiti telah dipinda (2008) dan undang-undang ini telah membenarkan pelajar bersekutu dengan atau menjadi ahli sesuatu pertubuhan, persatuan atau organisasi sama ada dalam atau luar negara kecuali badan politik. Ini pun masih lagi ditentang yang kononnya masih menyekat kebebasan mahasiswa.

3.    Apa yang dimahukan ialah kebebasan untuk berpolitik dan berparti. Kononnya jika ini diberi oleh kerajaan maka hilanglah kebekuan minda yang selama ini dikongkong. Mari kita imbas pula pada tahun 2001 apabila kerajaan bersedia untuk berkongsi idea dengan pemimpin mahasiswa apabila bersedia untuk menubuhkan Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) sebagai platform mahasiswa menyuarakan pandangan kepada kerajaan.

4.     Tun Abdullah Badawi yang ketika itu sebagai Timbalan Perdana Menteri telah bersedia menerima tuntutan mahasiswa dalam menubuhkan MPPK dengan beberapa pindaan seperti berikut:

a) Majlis akan ditubuhkan sebagai satu jawatankuasa khas di bawah naungan Jemaah Menteri.

b) Keputusan dan aktiviti-aktiviti majlis akan diliputi buletin khas dan laman web.

c) Mesyuarat Pre-Council akan diadakan dua minggu sebelum Mesyuarat Majlis untuk menentukan agenda mesyuarat Majlis. Mesyuarat Pre-Council akan melibatkan pihak urusetia dan Presiden-presiden MPP IPT terlibat

d.) Ahli MPPK yang dilantik oleh TNC HEP akan dipilih selepas rundingan bersama Presiden MPP

e.) Bilangan ahli daripada kolej-kolej swasta dikurangkan daripada 10 menjadi lima ahli.

f.) Mesyuarat Majlis akan disusuli dengan persidangan akhbar yang akan dipengerusi oleh YAB Pengerusi Majlis.

g.) Tempoh lantikan bagi semua ahli Majlis ialah satu tahun.

h) Ahli Majlis diberi kekebalan atau ‘immunity’ daripada Akta Universiti dan Kolej Universiti dalam menjalankan tugas.

5.   lapan tuntutan yang diterima oleh pemimpin kerajaan sudah mencerminkan betapa pemimpin mahasiswa mempunyai peranan yang besar kepada negara jika ia dilaksanakan dengan cara yang betul. Dalam Mesyuarat MPPK pertama pada 8 Mei 2001 bersama YAB Timbalan Perdana Menteri ketika itu telah membincangkan isu PTPTN, kemiskinan, masyarakat Felda, pendidikan, gerakan mahasiswa, peristiwa Kampung Medan dan lain-lain lagi ketika itu.

6.  Begitulah ketika mahasiswa menyuarakan pandangan mereka pada platform yang diwujudkan kerajaan. Kemanakah MPPK sekarang? Apakah halatujunya? Mengapa tiada suara pemimpin muda kampus mengenai isu kemiskinan bandar, banjir yang menimpa Kelantan, Perlis dan Kedah? Apakah usaha membantu?

7.   Penulis lebih tersenyum apabila gerakan mahasiswa yang menamakan dirinya Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (GAMIS) akan membawa 2000 orang mahasiswa ke DUN Galas untuk berkempen bagi menerangkan demokrasi kepada rakyat. Seperti “Ibu ketam yang mengajar anaknya berjalan”. Tiada pula kedengaran usaha membawa 2000 orang mahasiswa ke Kelantan, Perlis dan Kedah untuk membantu mangsa banjir?

Fikirkanlah cara perjuangan anak muda kita.

artikel ini telah disiarkan dalam ruangan Selayang Pandang, Sinar Harian. (Ruangan penulis setiap hari khamis)

Mesej Janji Pembangunan BN Masih Relevan

Jabdin bin Juhat
jabdin79@yahoo.com

1.    Strategi BN menggunakan mesej pembangunan dalam kempen pilihan raya kecil baru – baru ini dan jentera BN terus turun ke akar umbi menemui pengundi ternyata memberi impak yang baik dan seterus memberikan kemenangan kepada BN. Segala aduan kesusahan dan permohonan pembangunan rakyat dapat diselesaikan segera.

2.     Bagi kawasan yang telah dimenangi oleh wakil rakyat pembangkang, tentunya rakyat dapat membuat penilaian secara jelas ataupun terperinci iaitu sejak hampir 2 tahun kemenangan wakil rakyat pembangkang tersebut, apakah sumbangan dan pembangunan yang telah wakil rakyat ini laksanakan ? Apakah janji-janji pilihan raya sebelum ini telah ditunaikan secara terus menerus atau sekadar perlancaran sahaja ?.

3.     Semua janji – janji BN telah diterjemahkan oleh pengundi pada 4hb November 2010 yang lalu, apabila Barisan Nasional (BN) telah berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Batu Sapi dengan majoriti yang lebih besar iaitu 6,359 undi walaupun terpaksa berdepan dengan dua calon dari parti lawan iaitu Parti Maju Sabah (SAPP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Calon BN, YB. Datin Linda Tsen Thau Lin telah memperoleh 9,773 undi mengalahkan calon SAPP, Datuk Yong Teck Lee dan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ansaari Abdullah.

4.    Dengan keputusan ini, bermakna rakyat di Batu Sapi masih setia bersama BN dengan menterjemahkan dengan memberikan jumlah majoriti yang lebih besar kerana percayakan janji – janji Kerajaan BN. Kemenangan ini juga membuktikan rakyat Sabah masih berdiri teguh di belakang kerajaan BN. Tentulah kejayaan ini diharap dapat diteruskan dalam PRU ke13 akan datang.

5.   Begitu juga di Pilihanraya Kecil DUN Galas, Barisan Nasional juga mendapat kemenangan bergaya dan telah berjaya merampas kembali kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas dengan majoriti 1,190 undi. Peratusan keluar mengundi yang meningkat iaitu 83 peratus (kenaikan 1.1 peratus pada 2008) membuktikan betapa rakyat di Galas mahukan perubahan segera.

6.  Ramai yang berpendapat, selepas sahaja BN kehilangan majoriti dua pertiganya di Parlimen tahun 2008, arus politik pembangunan yang digunakan oleh BN selama ini sudah hilang taringnya dan hampir tidak relevan lagi. Kata mereka, rakyat telah maju dan mahukan perubahan dengan wakil rakyat yang boleh menyelesaikan ‘masalah rakyat’ dengan serta merta. Tidak kurang juga pengundi yang berniat memberi pengajaran kepada pemimpin terdahulu mengenai ‘kuasa rakyat’.

7.   Apa yang pasti kemenangan BN di Parlimen Batu Sapi dan Dun Galas diharap tidak melekakan pemimpin BN. Usaha berterusan membantu menangani masalah rakyat, mendalami kemahuan rakyat, mendekati keperluan rakyat dan menjiwai hasrat rakyat amat perlu diteruskan jika ingin menawan hati rakyat untuk mengundi BN.

8.    Rakyat sudah boleh menerima gaya kepimpinan YAB. Dato’ Sri Mohd Najib, sejak beliau mengambil alih tampuk pemerintahan negara pada tahun 2008. dengan membawa mesej ‘Gagasan 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’, telah memandu negara ke satu landasan yang betul dan dikemaskan dengan pelbagai dasar-dasar pembangunan yang baru dibawa oleh beliau.

9.    Namun, tugas – tugas Kerajaan BN sekarang haruslah menunaikan segala janji BN dalam pilihan raya kecil yang dimenangi oleh BN sebelum ini serta di pilihanraya Umum yang lepas (2008) iaitu membangunkan ekonomi dan meningkatkan taraf kehidupan rakyat. Dua pilihanraya kecil terdahulu iaitu di Bagan Pinang, dan Hulu Selangor, rakyat telah memerhatikan BN berkeupayaan menunaikan janjinya. Projek keperluan rakyat seperti jalan dan perumahan rakyat telah menjadi bukti yang sangat jelas.

10.  Di Galas, Projek Perumahan Rakyat Gua Musang, 1500 unit dalam anggaran RM180 juta tentu dinantikan oleh rakyat. Begitu juga di Batu Sapi, Projek Perumahan Rakyat Lupak Meluas, Sandakan, 500 unit yang diumumkan oleh YAB. Timbalan Perdana Menteri akan menjadi harapan kepada golongan miskin setinggan dan tidak berumah di Sandakan untuk mempunyai rumah yang lengkap dengan api dan air. Projek sekolah, jalan, air, bekalan elektrik dan lain-lain lagi semuanya adalah keperluan rakyat yang harus juga ditangani dengan baik oleh Kerajaan BN jika inginkan rakyat terus menyanyangi BN.

11.   Sehingga kini, ada segelintir rakyat masih menguji dan memerhatikan apakah janji-janji dalam pilihan raya (PRU12) ini akan ditunaikan oleh BN yang memerintah ? Berdasarkan rekod sebelum ini, ternyata BN mampu melakukannya dan masih terus melaksanakan janji – janji pilihanraya secara berperingkat tetapi berterusan. Peluang ini (melaksanakan janji – janji semasa PRU12) perlu diambil tindakan segera oleh pemimpin BN sebelum PRU ke 13 nanti.

12.    Semua ini memberi pengajaran kepada kita betapa sikap pengundi atau yang dikenali sebagai rakyat itu sering berubah memilih kerajaan yang mereka sukai. Pengundi kadangkala menilai calon pilihan raya, wakil rakyat, mahukan pembangunan dan lain-lain lagi. Pilihan umum ke 12, pembangkang mendabik dada dan mengatakan bahawa mereka telah berjaya merobek sokongan terhadap BN sehingga beberapa negeri jatuh ke tangan mereka. Mereka namakan sebagai Tsunami Politik. Hal seumpama ini sering kali berlaku dimana-mana kerajaan di dunia.

13.    Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama menerima tamparan hebat apabila Parti Demokrat kalah dalam pemilihan Dewan Perwakilan kepada Parti Republikan menyifatkan kekalahannya teruk dalam pilihan raya separuh penggal yang berlangsung pada 5 November lalu. Disebabkan pengundi kecewa terhadap pemulihan ekonomi AS yang perlahan maka Barack Obama dan Parti Demokrat menjadi korban.

14.    Tentunya masih dalam ingatan kita apabila Negara Jepun yang dipimpin oleh Parti Demokratik Liberal (LDP) yang memerintah Jepun sejak tahun 1955 tumbang kepada Parti Demokratik Jepun (sebuah parti yang cenderung kepada haluan sederhana-kiri). LDP bukan sebuah parti yang tidak berjasa kepada rakyatnya sehingga berjaya membawa negara matahari terbit itu menjadi kuasa besar ekonomi dunia. Namun LDP telah mengalami kekalahan paling teruk yang dialami oleh parti pemerintah dalam sejarah moden Jepun.

15.   Begitu juga dengan Negara Sweden, antara negara maju di dunia. Taraf hidup dan jangka hayat penduduknya adalah nombor satu dalam dunia iaitu 79 tahun untuk lelaki dan 83 untuk perempuan. Pendapatan perkapitanya AS$50,940 (Bank Dunia, 2008). Rakyatnya boleh memilih antara Parti Alliance of Sweden (menggabungkan empat parti iaitu Parti Morderat, Parti Christian Democrat, Parti Liberal dan Parti Centre) atau Parti Social Democrat. Namun di Sweden pengundi tetap tidak memberi undi majoriti dua pertiga kepada parti yang membentuk kerajaan.

16.   Apakah sebenarnya yang rakyat mahu? Sama ada negara itu maju atau mundur, rakyat tetap membuat pilihan mereka. Apakah DUN Galas yang berjaya dirampas kembali dan Parlimen Batu Sapi Sandakan Sabah yang berjaya dipertahankan menunjukkan BN telah berjaya menunjukkan apa yang rakyat mahu sekarang? Apakah dua kawasan yang bermajoriti pengundi cina - Pulai (83.86%) dan Kampung Baru (52.6%) di DUN Galas menunjukkan peningkatan jumlah undi kepada BN bermaksud pengundi cina di Malaysia sudah kembali kepada BN?

Bagaimana dengan pilihan raya umum ke 13?. Sama-samalah menyelami jiwa rakyat.


* artikel ini telah disiarkan dalam ruangan Selayang Pandang, Sinar Harian. (Ruangan penulis setiap hari khamis)

09 November 2010

Orang muda yang menjiwai rakyat

Jabdin bin Juhat

1.        24 Oktober yang lalu sepasang suami isteri yang hidup merempat di bawah jambatan di susur Lebuh Raya Metramac ke Lebuh Raya Maju Expressway di Sungai Besi telah berjaya dibantu. Bukan sahaja Hazmain Abdul Jalil, 28, dan isterinya, Siti Faiza Abu Bakar, 27, bersama anak sulung mereka berusia setahun mendapat rumah malah turut bertemu dengan keluarga setelah enam tahun berpisah.

2.       Sangat menyayat hati. Tindakan Biro Aduan Komuniti UMNO dan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seputeh tentunya menggambarkan betapa menjiwai rakyat itu perlu didahulukan oleh golongan pemimpin muda.

3.      Tidak kira siapapun golongan muda itu sama ada dari NGO atau parti, Jika beginilah sikap pemimpin muda maka rakyat tentu memberi penilaian yang baik. Apakah ini yang diistilah ’merakyatkan pemuda’itu?. Tentulah banyak caranya bergantung apa yang golongan pemimpin muda itu lakukan. Seperti kata pepatah ‘dimana ada kemahuan disitu ada jalan’

4.       Bertindak ‘real’ adalah satu jawapan kepada bagaimana rakyat menerima pemimpin muda. Mereka tidak perlu bertindak sebagai wakil rakyat untuk melaksanakan tanggungjawabnya. Kerana pemimpin muda secara tidak langsung adalah ‘wakil’ kepada wakil rakyat di kawasannya. Sebagai ‘wakil’ kepada wakil rakyat tentulah mereka memainkan peranan yang sama.

5.      Dengan ini wakil rakyat tidaklah merasa terancam dan tergugat. Bukankah rakyat menilai dengan baik siapakah layak meneruskan legasi kepimpinan kawasan?

6.      Demikianlah pula wakil rakyat akan dapat menumpukan tugasnya di DUN atau Parlimen sebagai ‘pembuat undang-undang’ memastikan undang-undang atau dasar negara yang mereka buat dilaksanakan memberi keutamaan kepada rakyat. Tidaklah perlu mereka ponteng dewan sehingga merugikan rakyat. ‘Wakil’ kepada wakil rakyat dan wakil rakyat perlu saling bekerjasama atas matlamat mengukuhkan organisasi. Jika ada isu yang perlu disampaikan kepada wakil rakyat maka disinilah orang muda memaklumkan kepada wakil rakyat mengenai isu yang mahu dibawa.

7.     Apa yang pemimpin muda perlu lakukan ialah memperhalusi ‘marketing’ organisasi. Program sampai di golongan sasaran dan media massa dapat menujukkan semua program dengan cukup berkesan. Apakah anda tahu kesan mengenai berita sepasang suami isteri yang hidup merempat di bawah jambatan seperti di awal artikel ini? Ia memberi persepsi yang amat baik sekali. Mengapa tidak selalu diperbanyakkan lagi cara seperti itu? Keluarga yang miskin tidak berumah di luar bandar, gelandangan yang merempat di kaki lima, dan lain-lain lagi.

8.       Bagi anak muda yang giat di kampus mereka harus membuka minda dari hanya terikat dengan isu Akta Universiti dan Kolej Universiti yang dikatakan mengongkong kegiatan politik ini. Janganlah kerana melalui tingkap pandangan ‘Seksyen 15' yang melarang penglibatan politik maka pemimpin mahasiswa menghukum diri sendiri dari melaksanakan program yang baik untuk masyarakat. Apakah kebebasan politik yang dimahukan adalah atas tafsiran “politik kepartian”? Apakah mahasiswa di negara ini mahu diukur dari segi penglibatan dalam parti UMNO, PAS, PKR, DAP dan lain-lain lagi? Jika itu tafsirannya bukankah ia telah dan sedang berlaku dalam kampus?.

9.       Masih banyak program bakti siswa dan khidmat masyarakat yang perlu dlakukan oleh pemimpin mahasiswa di luar bandar sana. Jika pemimpin muda dalam parti atau NGO tidak berminat memasuki kampung atau bandar melaksanakan program bakti siswa maka mereka harus melakukannya. Siapa tahu jika mereka menjadi pemimpin sikap ‘menjiwai rakyat’ ini akan membantu mereka memahami kehendak rakyat.

10.      Adalah lebih baik jika pemimpin muda mempromosikan semangat 1Malaysia dengan semangat membuat kebaikan. Jangan sekali-kali menyakiti orang lain walaupun tujuannya untuk membuat kebaikan (diistilahkan ‘nonmaleficence’). Apabila berlaku dilemma moral yang berkonflik antara memberi autonomi, membuat kebaikan berterusan, larangan menyakiti yang datang serentak, maka utamakanlah dahulu moral menjauhi perbuatan menyakiti.
11.     Jika ini boleh difahami apapun isu bersifat sensitif berbentuk perkauman akan dapat ditangani dengan baik tanpa memikirkan kepentingan yang boleh menjejaskan perpaduan kaum. Jika generasi lama tidak boleh menjadi contoh apakah pemimpin muda tidak boleh menjadi pemandunya?.

12.    Golongan muda mesti menjadikan budaya ‘turun padang’ dan semangat membantu sebagai budaya organisasinya jika mahu rakyat membuat penilaian mengenai generasi mudanya. Memanfaatkan media dalam menyampaikan mesej membuat kebaikan tentu akan membawa manfaat kepada semua pihak. Jika rakyat mengucapkan terima kasih tentulah rakyat akan sentiasa bersama .

 
* artikel ini telah disiarkan dalam ruangan cetusan Sinar Harian pada 4  November 2010.




















24 October 2010

Mempertahankan Hak Tanpa Menyinggung Sesiapa

1.     Penulis amat bersetuju agar perbincangan mengenai hal-hal sensitif di bawa dalam perbincangan tertutup tanpa perlu memainkan di media massa utama. Amatlah bagus parti-parti komponen BN membuat keputusan sedemikian.

2.      Cara terbaik mempertahankan sesuatu 'hak' adalah dengan mengambil sikap tenang dan menerangkan secara bijaksana mengenai hak semua pihak. Dalam konteks negara Malaysia pelbagai kaum kita kembali merujuk kepada "Perlembagaan Negara" yang jelas semua dipaparkan mengenai hak bumiputera dan kaum-kaum lain.

3.        Hak yang tertulis perlulah dijelaskan dengan tenang. Janganlah beremosi sehingga menyinggung kaum lain. Memang benar semua hak Melayu/ bumiputera telah tertulis tapi tidak semua yang memahaminya dengan baik. Oleh yang demikian marilah kita menjelaskan sama dengan penuh tenang dan sabar.Anggaplah bahawa golongan itu baru belajar atau sedang cuba memahami Perlembagaan Negara yang dibina oleh nenek moyang kita suatu ketika dulu.

4.)      Percayalah tiada siapa yang dapat lari dari Perlembagaan Negara. Semua jelas terkandung dalam Perlembagaan Negara mengenai kedudukan Raja, agama, bahasa, kewarganegaraan, hak kebebasan, Hak Istimewa Melayu/ Bumiputera. Tiada siapa yang dibelakangkan.

5.)      Malah dalam perkara 153 (perkhidmatan awam : Perkara 153 (2,3 dan 4), bidang ekonomi : Perkara 153 (6), bidang pelajaran: Perkara 153 (2,3 dan 4) dan Perkara 89 dan 90 (Tanah Rezab Melayu), kaum lain tetap mendapat manfaatnya. Tiada siapa di negara ini yang tidak dibenarkan menjadi pegawai kerajaan, belajar di institusi pengajian tinggi, dan boleh menjadi kaya dalam perniagaan. Tiada sesiapa di Malaysia ini yang tidak boleh menjadi kaya.  "Dimana ada kemahuan disitu ada jalan".

6.)       Lantaran itu Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang menetapkan 30 peratus ekuiti bumiputera pun tetap menguntungkan kaum lain. Tiada siapa boleh menafikan rangkaian perniagaan antara Melayu dan bukan melayu telah menguntungkan semua pihak. Sebuah syarikat yang mendapat kontrak pembinaan misalnya bekalan diperolehi daripada 'hardware' bukan Melayu ataupun dilaksanakan secara JV. Oleh yang demikian apakah salah bagi bumiputera menuntut terus dikekalkan 30 peratus dalam Dasar Ekonomi Baru yang belum dicapai?.

7.)          Cabaran utama kita ialah menjelaskan semua ini kepada generasi bukan Melayu secara bijaksana tanpa perlu menyinggung perasaan mereka. Apatah lagi kita perlu berhadapan dengan 'ultra kiasu' yang sengaja tidak mahu memahami perkara yang telah tersurat dalam Perlembagaan Negara.

16 October 2010

Dahulukan Rakyat dan Makmurkan Rakyat jika mahu menang pilihan raya.

1.) Pembentangan Bajet 2011 oleh YAB Perdana Menteri semalam meneruskan tradisi keprihatinan kepada rakyat di negara ini. Inilah apa yang Kerajaan Barisan Nasional perlu lakukan. Bertindak ’real’ adalah satu jawapan yang sangat tepat. Apapun pun tanggapan oleh pihak pembangkang yang mengatakan ini bajet’pilihanraya’ tidaklah perlu dilayan dan dikisahkan. Memang citarasa pembangkang ialah ’membangkang’ walaupun mereka tahu sesuatu itu sangat bagus untuk rakyat. Apa yang kita perlu tahu ialah mana-mana kerajaan di dunia pun secara realiti perlu menawan hati rakyat.

2.) Jika sesuatu parti itu mahu kekal menang dan memerintah anda perlu melakukan sesuatu yang sangat bagus untuk menawan hati rakyat. Tentulah rakyat akan memilih parti yang boleh membawa negara ini maju dan rakyatnya dapat hidup selesa. Tentulah kita pernah mendengar apabila parti pembangkang yang melakukan tsunami pilihanraya 2008 menabur janji kepada rakyat seperti ”Air percuma kepada rakyat”, ”tiada kenaikan tarif air”, ”kalau menang tutup premis kilang arak”, ”kalau menang tutup premis rumah urut dan pusat hiburan”, ”tiada perobohan rumah atau kedai jika memerintah” dan banyak lagi yang sekarang setelah pembangkang menjadi pemerintah mereka tidak mampu melakukannya. Sekarang mereka tahu bagaimana rasanya menjadi pemerintah dan betapa terdesaknya mempertahankan kerajaan mereka.

3.) Berbalik kepada Bajet 2011, penulis mendapati yang ’real’, menepati sasaran dan menarik dalam intipati Bajet 2011 ialah:

i.) Bantuan khas RM500 kepada penjawat awam gred 54 ke bawah termasuk pegawai kontrak, pesara kerajaan yang akan dibayar pada disember ini- sasaran kepada penjawat awam di negara. Walaupun rendah berbanding sebelum ini tetapi dikira sudah cukup baik untuk menarik 1.2 juta penjawat awam menyokong kerajaan.

ii.) Cuti bersalin bergaji penuh sehingga 90 hari kepada penjawat awam. – Sasaran tepat untuk wanita

iii.) Elaun Pengerusi JKKK, JKKP, Tok Batin, Pengerusi JKKK Orang Asli dan Pengerusi Kampung Baru dinaikkan RM800 sebulan berbanding RM450 sekarang – sasaran tepat pemimpin tempatan yang bekerja kuat di peringkat akar umbi. Pemimpin akar umbi akan bekerja kuat untuk pemerintah

iv.) Elaun imam dinaikkan daripada RM450 kepada RM750 sebulan dan elaun guru KAFA naik daripada RM500 kepada RM800- sasaran tepat kepada guru KAFA yang sebelum ini dikatakan bergaji rendah. Tentu ini memberi peluang kepada guru KAFA baik di negeri BN atau tidak.

v.) Gaji pokok pengawal keselamatan naik RM500 hingga RM700 sebulan mulai januari 2011- Memberi ruang kepada pekerja tempatan untuk bekerja dalam sektor ini yang sebelum ini gaji pengawal keselamatan bergaji rendah

vi.) Menubuhkan Majlis Konsultasi Gaji Negara sebagai platform penetapan gaji dan pengenal gaji minimum mulai januari 2011. Sasaran tepat untuk pekerja di negara ini. MTUC harus bekerjasama merealisasikannya.

vii.) Pengecualian cukai jualan ke atas semua jenis telefon bimbit- peralatan komunikasi yang balik banyak digunakan di negara ini dari peringkat remaja sehingga golongan tua.

viii.) Pemansuhan duti import 300 barangan kegemaran pelancong dan rakyat tempatan sehingga 30 peratus- sasaran tepat kepada golonan wanita di negara ini.

ix.) Pinjaman 100 peratus tanpa deposit kepada pembeli rumah pertama yang berpendapatan RM3,000- sasaran tepat kepada golongan muda di negara ini. Semoga ia memberi kesan kepada keterbukaan golongan muda yang sebelum ini beralih arah dalam 2008 kepada kerajaan BN semula.

x.) Tiada kenaikan tol di empat lebuhraya PLUS selama lima tahun- sasaran tepat kepada berjuta pemilik kenderaan di negara ini.
xi.) Membina dan menaiktaraf jalan luar bandar di Sabah dan Sarawak dengan peruntukan 2.1 bilion. Begitu juga elektrik 1.5 Sabah dan 1.2 Sarawak. Program baiki rumah (PBR) 300 juta (12 ribu unit) – Sasaran tepat kepada Rakyat Sabah dan Sarawak. Ini akan mengekalkan Sabah dan Sarawak dalam BN.
xii.) Bagi Kontraktor Kelas F yang terlibat dalam projek PIA/PIAS 500 JUTA diperuntukkan. – Sasaran tepat kepada kontraktor kelas F (berfungsi menyokong kerajaan)

xiii.) 79 ribu Pogram Perumahan Rakyat (PPR) – Sasaran tepat untuk golongan miskin dan setinggan.













02 October 2010

Apabila penyamar menyusup masuk di Majlis tertutup organisasi lain

Dapatkan maklumat sanggup lakukan apa sahaja.
1. ) 27 September 2010, James Bond atau Evelyn SALT Malaysian Insider, Boo Su Lyn (wartawan Malaysian Insider) telah menceroboh masuk ke dalam satu majlis tertutup anjuran Puteri UMNO di PWTC. Dahlah masuk tanpa diundang malah menyamar dan menyiarkan sesuatu yang tidak sepatutnya menjadi isu dalam suatu Majlis Tertutup. Jelas sekali Boo Su Lyn ini melanggar Etika kewartawanan. Jauh lebih HINA apabila wartawan ini Menyamar dengan memakai selendang. Dimaklumkan Boo Su Lyn telah memutar belit ucapan seorang penceramah dengan memusingkan kenyataan penceramah berkenaan.

2.)   Tengok gambar di atas dan bandingkan dengan Angelina Jolie...Tentulah niat Angelina Jolie lebih baik kerana datang ke Pakistan menghormati penduduk di sana. Rasanya bukan menjadi agen atau jadi SPY.

3.) Kalau macam ni wartawan yang ada rosak negara kita kerana sesuatu hal yang tertutup tidak sepatutnya disiarkan. Jika adalah manusia seumpama ini menyusup masuk dalam Mesyuarat Tertutup UMNO, DAP, PKR, MIC dan MCA atau mana-mana parti berasaskan kaum maka rosaklah negara ini. Apakah misi SPY  Malaysia Insider ini dalam perhimpunan ini? melapor? atau mengumpul maklumat? dan menjadi tukang dedah untuk menghangatkan suasana. Apakah anda boleh tahu apakah yang telah dibincangkan oleh DAP, MCA, MIC atau UMNO dalam suatu mesyuarat atau program tertutup? bukankah tujuan majlis itu bukan tujuan untuk didedahkan?

3.) Sepatutnya sipenama atau penceramah  berkenaan perlu menyaman  wartawan penyamar ini kerana menceroboh program tertutup sebuah parti yang bukan niatnya untuk didedahkan hasil programnya.

4.)  Sebaiknya pemimpin dan pelbagai pihak di luar janganlah beri ulasan membabi buta atas nama populariti dan juara sebelum membuat penelitian dan mendapat maklumat sebenar. Periksa dahulu dan dapatkan maklumat sebenar.

nota:
i.) kepada wartawan penyamar belajar ketuk pintu minta kebenaran masuk dalam program orang lain. Jangan nak cari isu sahaja. Jadilah wartawan bertanggungjawab.

ii.) Teringat Penulis dengan filem SEPET....rupanya filem ini RASIS selama ini, tapi tiada perisik Malaysia Insider yang mengupasnya!..... jangan pula ada yang marah kalau ada yang sebut MUALAF......begitu juga ada nama-nama tempat yang sensitif di Malaysia ini.Berhati-hati sebut dan kalau boleh tukar nama. Nanti RASIS! pula.

iii.)  Selepas ini kepada mana-mana wartawan penyamar eloklah masuk semua majlis atau menyuarat tertutup semua parti di negara ini. Kita boleh dapat tahulah juga macam-macam maklumat dalam pelbagai bahasa.

Perihal Derma Basmi Kemiskinan Tegar Di Pulau Pinang


1.   ) Baru-baru ini heboh berita mengenai sumbangan hasil wang judi yang diberikan kepada rakyat Pulau Pinang. Pelbagai reaksi termasuklah bekas mufti Perlis yang juga mohon pelbagai pihak jangan menakut-nakutkan rakyat Pulau Pinang.

2.)  Dipihak kerajaan Negeri pula, Ketua Menterinya menafikan sekerasnya begitu juga Exco agamanya yang lantang mempertahankan ketuanya.

3.)  Hari seterusnya isu ini bertambah lagi apabila sekumpulan warga tua yang diberikan bantuan tersebut memulangkan wang RM100 yang diberikan kepada mereka. Sekali lagi Exco Agama Kerajaan Negeri mengatakan semua ini lakonan sahaja.

4.)  Pendedahan surat dari pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang melalui Setiausaha Sulitnya tentu mengejutkan pelbagai pihak. Eloklah dibaca dengan teliti dan berilah komen anda. Anda tentu menilainya.

Nota: Agaknya berapa lagi surat seumpama itu yang ada?

26 September 2010

Perihal menjadi penderma paling pemurah sehingga 4 Bilion!

1.   Kecoh perihal sebuah syarikat pembinaan yang baru ditubuhkan pada 2007 dengan modal berbayar sebanyak RM 1 juta, I’DA World Group Sdn Bhd, mengumumkan pemberian sumbangan sebanyak RM 4 billion ringgit kepada sebuah parti di negara ini. Begitu dermawan syarikat ini.

2.    Perkara-perkara menarik selepas derma 4 bilion ini:

i. )    Replika cek yang jelas tertera nama Parti Islam Se Malaysia itu diterima oleh adik kepada Menteri Besar Kelantan, Nik Din Nik Mat. Nik Din yang menggelarkan dirinya Ayah Din sebelum kemudiannya menafikan mewakili PAS mahupun kerajaan negeri ke majlis itu sebaliknya datang atas kapasiti peribadi kerana mendapat jemputan – seperti sebuah cerita " suara seperti saya, wajah seperti saya, tapi itu bukan saya"

ii.)  Selepas kerajaan negeri menafikan. Syarikat I’Da World Group Sdn Bhd memutuskan untuk membatalkan niatnya melaksanakan cadangan projek pembangunan bernilai RM313 bilion di negeri Kelantan. “Jadi projek yang kita hendak buat di negeri Kelantan itu telah dibatalkanlah. Kita hendak tutup cerita ini. Saya pun dah malas dah. Kalau dia kata kita disenarai hitamkan, kita hendak tegakkan apa lagi?” kata pengerusi eksekutifnya, Abdul Rahim Abdul Wahab.

iii.)  Abdul Rahim berkata syarikatnya juga belum mempunyai wang RM4 bilion yang hendak didermakan kepada PAS Kelantan. Sementara itu, Abdul Rahim menjelaskan bahawa sumbangan RM4 bilion itu merupakan satu bentuk bayaran pendahuluan daripada jumlah keuntungan daripada projek yang hendak dilaksanakan itu. Ia ada kaitan Projek Super Mega Seri Tujuh (S7) yang membabitkan kawasan seluas 144,000 ekar atau 576 hektar.

Kata Abdul Rahim lagi,

iv.) “Tiap-tiap negeri, bila buat projek usahasama, 20 peratus akan diperolehi kerajaan negeri, 80 peratus kepada (rakan niaga). Jadi bila bercakap tentang RM300 bilion, 20 peratus itu lebih kurang RM60 bilion.


v.)  “Jadi dalam RM4 bilion tadi, sebenarnya (replika cek) itu tidak ada haribulan. Duit ini kita hendak beri bila kita dapat buat kerja (jalankan projek), dasar daripada 20 peratus tadi,” tambahnya.

JJ- Teringat satu ketika dahulu Majlis Kanser Malaysia juga pernah ditipu oleh seorang yang mengaku diri sendiri sebagai hartawan daripada Lubnan yang kononnya ingin menderma sebanyak RM 1 billion ringgit.

17 September 2010

Cakap Tidak Serupa Bikin!

47 tahun Merdeka: Benarkah Sabah dan Sarawak Tidak dipeduli?

1.)  Apabila seorang pemimpin Negeri di Utara Tanahair mengatakan 47 tahun Merdeka:  Sabah dan Sarawak Tidak dipeduli. Benarkah? Bagi sabah selepas saja BN mengambil alih sejak tahun 1990 sabah kini jauh lebih baik. Penulis masih ingat selepas beberapa bulan BN mengambil alih, infrastrukur jalan raya, air dan elektrik dilaksanakan di kawasan penulis. berpuluh tahun menderita menggunakan lampu gas dan melalui jalan raya berhabuk selepas BN memerintah ia berubah dengan pantas sekali. Tentulah Ketua Menteri itu terkejut besar jika menyemak semula penumpang yang melalui Lapangan terbang Kota Kinabalu kini adalah yang kedua selepas KLIA mengalahkan Lapangan terbang Pulau Pinang yang suatu ketika dulu adalah yang kedua di negara ini. Apakah faktornya? ia adalah kerana pelancongan di negeri ini yang jauh lebih pesat berbanding di Negeri Pulau Pinang.

2)   Di Sarawak di bawah kepimpinan Ketua Menterinya, Negeri Sarawak jauh lebih maju berbanding di negeri-negeri lain di semenanjung. Memanglah banyak lagi infrastruktur yang perlu dibina tapi ia perlu rancang dengan teliti akibat faktor bentuk muka bumi negeri yang memerlukan kos lebih besar. 

3) Jadi ada baiknya pemimpin berkenaan jangan cakap besar kerana beliau tidak tahu perkara sebenarnya mengenai rakyat di Negeri Sabah dan Sarawak. sebaiknya jangan jaga tepi kain orang. jagalah negeri sendiri dulu. Jangan cakap tidak serupa bikin. Baru memerintah beberapa tahun sudah mendabik dada. Lebih tepat kalau tidak tahu jangan cakap!

Sabah Tuan rumah Hari M'sia negeri paling mundur?

4.)  Kata seorang bekas pemimpin BN yang paling banyak melompat parti sehingga semua parti tidak lagi sanggup menerimanya (yang kini telah jadi pemimpin PKR)." Sabah Tuan rumah Hari Malaysia negeri paling mundur". Penulis kira orang ini perlu muhasabah diri sendiri. apakah semasa beliau menjadi pemimpin kerajaan negeri Sabah, Sabah jauh lebih maju?. Begitu juga setelah beliau dalam  BN apakah beliau sangat berjaya? Berebut menjadi Presiden Parti adalah. 47 tahun merdeka pada ketika itu dan kini apakah sumbangan terbesar beliau? Semua orang Sabah tahu. Mereka malas nak ulas mengenai orang ini. Jadi sekali lagi jangan cakap tidak serupa bikin. Malulah...diri sendiri terumbang ambing mencari 'lubang untuk hidup' nak mengatakan orang.

Selamat Hari Malaysia. 1Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian DiUtamakan.

Artikel Berkaitan:

1. Lim: 47 tahun Sabah, S'wak tak dipeduli

2. Jeffery: Tuan rumah Hari M'sia negeri paling mundur

16 September 2010

Pembunuhan Sosilawati dan 3 yang lain: Hukuman Setimpal kepada yang melakukannya!

1) Pembunuhan kejam dan ngeri jutawan kosmetik Datuk Sosilawati, 47, dan pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, serta pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32 telah menggemparkan negara.

2.) Mereka bukan sahaja dibunuh malah ,mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sebuah sungai dekat Ladang Gadong, di Tanjung Sepat, Banting.Memang sangat kejam. Dalam dunia yang penuh dengan undang-undang ini masih ada manusia yang sanggup bertindak kejam apatah lagi suspek kes ini dikaitkan dengan seorang peguam bergelar Datuk. Peguam berkenaan pernah mewakili hindraf dan menjadi ahli politik seumur hidup kepada sebuah parti politik di negara ini.

3). Bagaimana seorang yang dalam profesion guaman sanggup bertindak demikian? jika peguam yang bergelar Datuk ini adalah salah anggota Bar Council maka pihak Bar Council harus mengambil tindakan sewajarnya.Walaubagaimanapun  biarlah polis melaksanakan siasatannya. Semoga yang bersalah dihukum setimpal. 

4.) Takziah kepada keluarga Datuk Sosilawati dan 3 yang lain.Mari kita berdoa semoga roh mereka dicucuri rahmat.

09 September 2010

Hormat Islam

1.  Angelina Jolie berpakaian tertib hormati Islam ketika melawat Pakistan. siapa agaknya yang menasihatinya?

2.   Tentulah tujuan Angelina ke Pakistan bukanlah bertujuan meraih undi sebagaimana yang dilakukan oleh sebahagian orang yang tidak faham dalam negara ini.

3.    Nampaknya pemimpin politik di negara ini perlu belajar dengan Angelina Jolie. Tidaklah Angelina Jolie ini sangat ghairah nak melawat masjid.

31 August 2010

Antara Kempen Di masjid dan Dakwah?

Kalau dah berpakaian seperti pramugari siapa tidak menjeling?
1.   22 Ogos 2010, Teo Nie Ching (Ahli Parlimen DAP Serdang) telah masuk untuk berceramah dan menyampaikan sumbangan kepada ahli-ahli PAS di Surau Al-Huda Kajang Sentral. Bukan sekadar masuk ke dalam surau, malah Teo pergi ke barisan saf pertama untuk berceramah kepada orang Islam di dalam surau. Pada waktu tersebut, jam 9.33 malam. Hebatkan semasa terawih. tidak pernah dibuat orang.
2.   Selepas itu pelbagai pihak telah membuat komentar berhubung hukum seorang bukan Islam masuk ke masjid. Dari mufti Perlis Tan Sri Harussani, Dr Asri (bekas mufti), Nik Aziz, ulamak PAS, Fathul Bari Mat Jahya dan lain-lain lagi. Masing-masing memetik nas dari AL Quran dan As Sunah Nabi. Begitulah kalau ada sesuatu isu agama berlaku yang terpaksa memerlukan tafsiran masing-masing apatah lagi ia sudah berbaur antara kempen politik kepartian dan atas nama dakwah.

3.    Bagi penulis hal seorang bukan Islam masuk ke masjid dan perkarangan masjid ia bukanlah sesuatu yang asing bagi rakyat berbilang kaum di Sabah. Terutama jika melibatkan wakil rakyat bukan Islam. Tapi rakyat umat Islam dan ahli jawatankuasa masjid/ surau di Sabah tidak bodoh mereka tahu membezakan antara wakil rakyat lelaki, wanita, jenis berpakaian sesuai masuk masjid, tertib apa yang boleh dan apa yang tidak.

Sepintas lalu mari kita tanyakan?

a) Bodoh sangatkan ahli jawatan kuasa masjid Surau Al-Huda Kajang Sentral ini sehingga tidak nampak tahap pakaian sesuai Teo?
b) kenapa tidak dirujuk terlebih dahulu kepada Majlis Agama Negeri tentang program masuk masjid sehingga membenarkan seorang wanita yang membuka aurat masuk di masjid (diruang saf utama solat).
c) tiada lagi perkarangan masjid yang sesuai atau berdekatan?
d) apa motif sumbangan? JIka DAP tentulah niat untuk kempen berpolitik? apakah Teo memang nak menerima dakwah masuk Islam.? Janganlah atas nama sumbangan kepada masjid maka semua sanggup menggadaikan maruah. Banyak sangatkah yang diberi?

Isu utamanya ialah Teo memasuki masjid (diruang saf utama ) dengan berpakaian yang tidak sesuai. Apakah yang akan berlaku jika para pelancong yang melawat masjid putrajaya memasukki ruang utama dengan berpakaian seperti itu atau seksi? (penulis sendiri melihat ada had tertentu yang telah ditetapkan oleh Majlis Agama di Masjid Putrajaya dan disediakan pakaian yang sesuai.)

Tentulah agak janggal jika ahli masjid mahu mendengar nasihat dan tazkirah dari seorang yang bukan beragama islam yang jelas motifnya untuk berdakwah. seperti kata Fathul Bari Mat Jahya "

i.) Islam tidak melarang kita menyiarkan kebaikan yang dilakukan sekiranya berniat agar dicontohi orang ramai. Tetapi jika niat kita untuk meraih undi dan populariti, maka hukumnya haram. Bagaimanapun, urusan niat adalah milik Allah. Usah sesiapa cuba mengambil alih tugasan Allah. Cuba bayangkan jika suasana bersedekah ini dipraktikkan oleh umat Islam, nescaya kita mampu mencipta perpaduan yang kukuh lagi utuh. Lihatlah, jika kita mengabaikan umat Islam, bukan Islam dipuji manakala Muslim dicaci.

ii.) Jika dulu, bukan Islam masuk ke masjid untuk didakwah, tapi hari ini mereka masuk ke masjid memberi nasihat dan tazkirah. Dua suasana dan pendekatan yang berbeza. Maka sudah tentu hukumnya tidak sama.

iii. ) Tetapi apa yang berlaku hari ini amat berbeza, bukan Islam yang jelas menentang secara terang hukum Allah bahkan secara dasarnya parti mereka tidak akan menerima 'gelaran' negara Islam dan undang-undang Islam di Malaysia, diberi peluang untuk berucap di dalam ruangan solat dan mendapat layanan mesra daripada umat Islam.

atau seperti pandangan Dr Asri,

Bukan muslim boleh masuk ke dalam masjid jika dengan tujuan yang betul seperti untuk mengenali Islam, memahami atau mempelajarinya. Juga untuk urusan dengan orang Muslim, dengan syarat tidak mencemarkan kemuliaan masjid. Ini kerana pada zaman Nabi SAW bukan Muslim masuk ke masjid untuk bertemu Rasulullah SAW.

Kan elok Teo seperti di bawah ini?

Teo dijemput ke surau Al-Muhajirin, Bukit Mahkota. Tidak bolehkah Teo dari awal seperti ini? apa masalahnya diperkarangan surau? ada sesiapa marah ke?