26 July 2015

PKR lacurkan ahli akademik dengan politik. UMNO dan BN bila lagi?






UMNO dan BN mereka hormat pada Akta Universiti & Kolej Universiti (AUKU) dan juga pekeliling penjawat awam. mereka tidak mahu dituduh melacurkan dunia akademik.

Malah Menteri KPM tiada masalah melantik Naib Canselor universiti atau Timbalan Naib Canselor yang pro pembangkang. Sambung lagi 2 ke 3 tahun walau terbukti salah. Tiada masalah bagi mereka. Naib Canselor yang melantik orang PAS sebagai pengarah dalam kampus pun tidak apa. Semua kebebasan akademik katanya. Yang penting "‪#‎KabelEmas‬" mesti mahu jaga.

Kalau UMNO/ BN masuk kampus ini dianggap semua agenda menghasut mahasiswa ke arah mengUMNOkan. Tapi kalau pembangkang masuk tidak mengapa ini semua demokrasi.

KPM tak apa lantik sesiapa di Jabatan Pendidikan dan juga Universiti. Beri lagi naik pangkat.

Belajarlah mengguna dan memanfaatkan kuasa. Masa tak ada kuasa marah pun tak ada guna. Kalau pembangkang dan universiti mereka boleh buat BN tak boleh buat ke?

25 July 2015

The Edge wajar saman KDN. Kalau Berani!

The Edge wajar saman KDN

1. Kerajaan menggantung The Edge apabila telah muncul bukti dan kenyataan bahawa pemilik The Edge berkonspirasi dengan Justo, Sarawak Report dan beberapa pihak yang belum didedahkan untuk menjatuhkan Perdana Menteri Mohd Najib melalui serangan ke atas 1MDB.
2. Jika benar The Edge mempunyai bukti mereka sepatutnya menyerahkan kepada PDRM sejak awal beberapa tahun lalu bukan membuat spekulasi pada maklumat yang tidak sahih. Kerajaan sudah bertolak ansur sejak sekian lama. Konspirasi menyerang 1MDB dan Perdana Menteri telah untuk menjejaskan kestabilan politik dan ekonomi negara. Ketika ini dunia sedang berhadapan dengan krisis matawang yang turut membabitkan ringgit.

3. Jika pemilik kumpulan media The Edge, Datuk Tong Kooi Ong merasa The Edge adalah benar mereka boleh menyaman kerajaan dan membuktikan bahawa info mereka dari sumber yang sahih. Langkah kerajaan adalah tepat!

10 July 2015

AKU BUKAN SESUSAH ‪#‎ZAHRA‬ !


1. Permulaan pada pekerjaan memanglah susah. Tidak mungkin kita senang terus.
2. Zaman muda saya dulu saya pernah juga menjadi kuli di sebuah kilang milik warga China. Selepas itu saya jadi kuli di bengkel jentera berat dengan gaji RM13.00 sehari. Ya sengsara tapi sabar. Rasa menjadi kuli yang didera sehingga sekarang masih terasa.
3. Selepas tu saya melanjutkan pengajian di UMS ( Sosiologi & Antropologi). Datang bawa beg tanpa bayar yuran. berhutang. Hidup di kampus sangat susah. Makan dan tambang bas. Kadang tak makan demi tambang bas ke kuliah. Setahun selepas tu saya bertanding pilihanraya universiti dan dipilih sebagai Presiden MPP mulalah saya berjuang untuk kebajikan kerana kesusahan saya sebelum itu. Dan saya memahami rakan-rakan yang lain. Tugas saya ialah mempercepatkan PTPTN dibayar cepat dan terus dibayar ke akaun pelajar berbanding sebelum ini ke akaun universiti yang menyebabkan wang tertangguh berbulan-bulan. Kerana faham derita rakan-rakan. Ada yang berhenti kerana tak ada wang.
4. Tahun 2002 tamat pengajian ( berumur 23 tahun) saya diterima bertugas di sebuah agensi kerajaan atas bantuan Tan Sri Dato' Dr Nordin Kardi semasa itu sebagai Ketua Pengarah BTN. Tentunya beliau seorang guru yang saya tak mungkin lupakan. mungkin dia nampak bakat-bakat saya semasa dalam kepimpinan mahasiswa dulu. Hendak ke KL punyalah susah kerana duit tak ada. saya meminta tolong dengan seorang pemimpin pemuda YB Datuk Thaufick Titingan ( sekarang Menteri Belia & sukan Sabah). Beli tiket kapal terbang, satu beg pakaian bersaiz sederhana dan bakinya saya beri ibu yang datang ke airport menghantar saya. Allah sahaja yang tahu. Dengan baki di poket RM1.00 saya tawakal moga sampai di airport Subang akan ada yang membantu. Sepanjang dalam penerbangan saya tidak putus berdoa untuk itu.
5. Sampai di Airport Subang. Tidak tahu ke mana arah hendak dituju. Siapa yang perlu dihubungi. Saya hanya sempat berhubung dengan Tan Sri Nordin bahawa saya ke KL pada tarikh sekian-sekian sebelum itu.
6. saya mendail beberapa rakan di "public phone" (ketika itu) kalau-kalau ada yang lapang. Tapi tidak berjaya. 30 minit selepas tu telefon saya berdering dan melihat Tan Sri menghubungi saya. bertanya khabar dah sampai ke belum. Saya kata saya ada di Airport dan Tan Sri berkata dia akan minta Nazrul Fazami Mohamad ( Dulu Presiden MPP Uitm) menjemput saya. Saya menumpang rumah mereka. ( Omar Bin AbdullahYamani Rahman Norzilam Mohamed). Akhirnya tinggal dengan mereka bayar sewa rumah hampir RM 1000 setiap bulan di bandar Serdang. Ya memang saya susah. Malah kami sebagai anak muda pun tidaklah senang. Saya tiada kereta emak/ ayah hendak dipinjam jadi terpaksalah menumpang kawan serumah sama ada kereta atau motosikal atau sesekali naik teksi.
7. Di situlah permulaan kehidupan saya dengan gaji Gred 41 serta elaun wilayah saya mampu menyara keluarga serta membeli rumah sendiri ( Semasa bujang) setelah stabil pada tahun 2004 di Kajang pula. Malah dapat membina rumah keluarga di kampung bertahun siapnya. Hidup kita berubah dari satu peringkat ke peringkat lain.
8. April tahun 2008 Saya bertugas di tempat baru sebagai Setiausaha Sulit Kanan ( SUSK) kepada Timbalan Menteri Pengangkutan. April 2009 saya bertugas sebagai SUSK kepada Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Dua tempat ini mengajar saya banyak erti pengurusan.
9. Ya anak muda mesti melalui jatuh bangun. saya juga melaluinya. Pernah sebagai penjawat awam, terlibat politik dan kini berniaga sendiri tentulah sangat berbeza. Sendiri bos sendiri kuli. Kawan yang ramai ketika kita berjawatan ada yang lari, hanya kawan sejati kekal bersama. Ya itu juga saya rasai.
10. Tapi dalam setiap susah dan derita itu. Tidak pernah lagi saya mengeluh dan menyalahkan Kerajaan. Saya hidup zaman Tun Mahathir, Pak Lah dan juga sekarang PM Najib. Tak ada saya menyalahkan kerajaan dan 3 PM ini kerana tidak menolong saya secara terus. Ya setiap kita ada kisah masing-masing tetapi berhentilah dari sikap menyalahkan orang lain kerana kesusahan kita.
11. Jadi berhenti mengeluh, bina ‪#‎Networking‬ seramai mungkin dan bekerja kuatlah. Kalau kita dulu mahasiswa yang aktif tidak semestinya tamat pengajian orang akan ambil kita bekerja serta merta. Banyak perkara yang akan orang lihat dari kita. Usaha, kerja kuat dan tawakal pasti ada rezeki. Rezeki bukan ditentukan oleh Individu tetapi Allah jua yang maha pemberi. Jika kita tidak dapat sekarang Allah gantikan yang lebih baik untuk kita di kemudian hari.
12. Tentunya tulisan dan kalau ucapan ini bukan khusus untuk ku bacakan buat TPM. Untuk diri ku sahaja. Ya mungkin aku tidak sesusah Zahra yang ucapannya diselangi muzik. mungkin juga ada yang lebih derita dari aku yang tidak pernah mengeluh.
13. Mesejnya semasa belajar tidaklah senang dan permulaan pekerjaan pun tidaklah semanis impian.
Tapi aku tetap bersyukur.

JBJ
9.7.2015

09 July 2015

CHECKMATE PM NAJIB TURUN BELUM BERHASIL!


CheckMate 3.0



Andaian ‪#‎CheckMate‬ 3.0
Nampaknya Keputusan Kabinet ialah tidak "merehatkan" Perdana Menteri.

A 
PM, menteri dan timbalan menteri ( anggota pentadbiran) mereka tertakluk pada Akta Ahli Parlimen ( Saraan) 1980 menetapkan Hak -hak keistimewaan Ahli Parlimen. Jika MP adalah Menteri/ Timbalan ( Anggota Pentadbiran Kerajaan) semasa dilantik mereka menandatangani dan diberi;

i) Surat cara pelantikan sebagai Menteri Persekutuan
ii) Surat Sumpah Jawatan dan Setia
iii) Surat Sumpah Simpan Rahsia
iv) Ketentuan Elaun-elaun dan keistimewaan-keistimewaan bagi Menteri Persekutuan
v) salinan surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2008 bertajuk "Perjawatan di Pejabat Menteri dan Timbalan Menteri"
vi) Peraturan-peraturan Kod Etika Bagi Anggota-anggota Pentadbiran ; dan
vii) Kod Etika bagi Anggota-anggota Pentadbiran
viii) Kod Etika Bagi Ahli Parlimen Kerajaan.


B
PM dan menteri kabinet mereka tidak tertakluk seperti penjawat awam. Dalam kes ini MP BN mesti membawa ke parlimen untuk undi tidak percaya jika mereka mahu PM diturunkan. Malah kabinet juga kekal menyokong PM Najib.


C
Ia hanya satu tuduhan dari WSJ & sarawak report. ia tidak semestinya benar berdasarkan penyata transaksi yang di "blank"serta tarik akaun yang telah dikatakan tutup tetapi ada transaksi. jadi siasatan jawatankuasa khas adalah memadai sehingga dibuktikan akaun yang berkenaan wujudnya transaksi.


D
AG kata akaun dibekukan bukan Akaun Mohd Najib Tun Razak. lalalala - meroyanlah nampaknya mereka


E
Lebih dangkal dan pelik bila sekumpulan MP PR berkumpul di Dataran Kawad Parlimen untuk minta PM najib bercuti. Kembali kepada asas sahajalah ada 89 kerusi MP pembangkang bawa dlm Parlimen pun mereka boleh buat apa. Undi Angkat tangan ke? dan lebih menghairankan PR mahu membuat semakan semula kemenangan PRU lalu oleh BN kerana semata laporan WSJ dan SarawakReport. kasihan dengan asas yang mereka ada.

Lalalala.

CheckMate 2.0

Nampaknya check mate belum berakhir lagi. Makin panjang perjalanan hidup ini. Semalam WSJ memaparkan dokumen bank yang di blank dan tarikh yang ditampal-tampal meragukan. Akaun yang dikatakan tutup boleh ada transaksi.

8 Julai 2015 nampaknya YAB Mohd Najib Tun Abdul Razak ( bukan Mohd Najib Adb Razak atau Najib rajak) masih lagi Perdana Menteri Malaysia.

Walaupun banyak memberi alasan dan komen kepada surat peguam itu ia terpulang ke[ada bahasa peguam itu yang penting tindakan dilakukan.

Semoga jawatankuasa khas itu menemui kebenaran ye! ‪#‎Kipidap‬



CheckMate 1.0



Ye Ke CheckMate?
saya cuma nak tanya je pada semua dokumen yang di blank ni.
Akaun dah closed 30/8/2013, tp transaction 24/12/2014
Mcmmana buat transaction kalau acount dah closed agaknya?

Mengapa Kod SWIFT digunakan dalam dokumen yang dikongsi WSJ adalah berbeza?

Cara terbaik dan paling mudah untuk memeriksa sama ada dokumen SWIFT tulen adalah dengan memeriksa Kod SWIFT bank yang digunakan dalam dokumen itu. Jika ia adalah salah maka keseluruhan perkara ini adalah penipuan juga. Ini juga boleh dilakukan secara dalam talian melalui laman web rasmi yang berkaitan.

SWIFT Kod Wells Fargo Bank NA (New York Cawangan Antarabangsa) yang terletak di 375 Park Avenue, NY 4080, New York, NY, Amerika Syarikat yang digambarkan pada dokumen SWIFT yang dikongsi adalah PNBPUS3NANYC. Walau bagaimanapun, SWIFT Kod sebenar Kod Wells Fargo Bank NA (New York Cawangan Antarabangsa) yang terletak di 375 PARK AVENUE, TINGKAT 10, NEW YORK, NY 10152 sebenarnya PNBPUS3NNYC. Lihat http://www.swift-code.com/.../swift-code-pnbpus3nnyc.html

SWIFT Kod PNBPUS3NANYC milik Alfa-Bank Moscow. Ini bukan sahaja tanda kisah memberitahu bahawa dokumen itu adalah satu penipuan mutlak tetapi pengesahan yang amat tegas bahawa dokumen itu adalah satu penipuan atau pembohongan. Bagaimana SWJ [WSJ] boleh terlepas kesalahan berfakta ini?

14 June 2015

Sekuel Tok Mat Maslan Memasak Nasi Goreng timun tersusun dan cabai bertangkai jadi Trending

Dari gaduh-gaduh sesama sendiri baik kita tanya resipe Tok Mat Maslan.

Nasi goreng timun tersusun dan cabai bertangkai tanpa api  pasti popular



05 June 2015

NGO SUKAGUAM YANG SALAH PM NAJIB PULA DIKATA "TAK ADA TELOR"?



Salah siapa?






1. Hari ini 5 Jun 2015 peristiwa yang memalukan PM telah berlaku di PWTC. Kerana program NGO SukaGuam dan agensi kerajaan JASA maka PM mendapat persepsi sebagai "PM tiada telor". Begitulah yang diviralkan bahawa Pahlawan Bugis penakut! "Nothing To Hide" sudah bertukar "Something To Hide"

Happy je penganjur.


2. Salah siapa dan siapa sabotaj PM? tentu banyak fikiran dalam kepala. Diawal program sudah berlaku kekecohan memaksa polis dan pengawal keselamatan terpaksa bertindak. Nampaknya para penyokong sesuatu yang sukar dikawal bila adanya program seperti ini. Dan kalau sudah dijangka sedemikian rupa mengapa tidak dinasihatkan PM sejak semalam lagi? Kenapa nak batalkan sebelah pagi?

3. atas keselamatan maka IGP telah mengarahkan agar program dibatal dan PM tidak perlu hadir. Tetapi kerosakan paling besar ialah program Nothing To Hide sudah bertukar tangan apabila Tun M pula berucap di dalam dewan.

Provokasi jemput

4. Apakah kesilapan penganjur? Mereka gagal mengurus majlis dengan  baik. Malah elemen keselamatan gagal dilakukan sehingga berlaku kekecohan itu. Termasuk membuat provokasi kepada Tun M menjemput dia hadir. 


5. Program anjuran NGO SukaGuam. Kalau PM tidak hadir sebab keselamatan maka Najib salah dan pondan?

Apabila penganjur diambil alih. 


Elok PM tak hadir lagilah program begini. Fokus kerja. Hendak puaskan hati semua orang tak mampu. Jadi persepsi buruk begini. Nanti di kata Tak ade telor kali kedua.

03 June 2015

TEAM ULAMAK MENANG KETUA SYARIAH MAYBANK ISLAMIC TUMBANG!


Sudah terang lagi bersuluh. Nampaknya keputusan Muktamar Dewan Pemuda PAS 2015 telah memilih team pro Ulamak memenangi Dewan. Artikel penulis sebelum ini adalah berkaitan. 

Tewas AJK Pemuda

Nampaknya Ramadhan Fitri, Ketua Syariah Maybank Islamic gagal dalam pilihan AJK Dewan Pemuda PAS 2015-2017. 

Apapun Tahniah kepada Muhtar Suhaili Mantan Presiden MPP UIAM yang seangkatan dengan Ramadhan Fitri Elias yang menang sebagai AJK. Mungkin disebabkan penyertaan beliau dalam Team Ulamak Nik Abduh. 

Sapu bersih Team Ulamak.

Muhtar Suhaili.
Profesional Muda ini menyerlah


Keputusan Muktamar Pemuda Tahun 2015

Pengerusi Tetap :
Ustaz Kamal Ashaari (491)

Timbalan Pengerusi Tetap :
Dr Riduan Mohd Noor (486)

Ketua Pemuda :
YB Ustaz Nik Mohd Abduh ( 429 )
Timbalan Ketua Pemuda :
Ustaz Khalil Abdul Hadi ( 435)

Naib Ketua Pemuda :
Ir Haji Khairil Nizam Khirudin (458)

AJK
1. Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamudden ( 430)
2. Ustaz Ahmad Fadhli Shaari ( 447 )
3. YB Hishamudin Abdul Karim ( 432 )
4. Izwan Abdul Halim (355)
5. YB Mohd Azam Abd Samat ( 430)
6. Ustaz Mohd Hafez Sabri (386 )
7. YB Mohd Zawawi Abu Hassan ( 402)
8. Ir Haji Muhtar Suhaili (362 )
9. Nurul Islam Mohamed Yusoff (377 )
10. Syahir Che Sulaiman ( 409)
11. Ustaz Syarhan Humaizi Abdul Halim ( 406)
12. Ustaz Syed Abdul Kadir Al Joofree (399 )


Apakah ini memberi mesej Team Ulamak bakal mempertahankan Hadi Awang berbanding team Liberal yang disokong DAP? Sama-sama melihat perubahan drastik oleh PAS.

01 June 2015

Mampukah Ketua Jabatan Syariah Maybank Islamic menang sebagai AJK DewanPemuda PAS Pusat 2015-2017?


SIAPA MENANG?


1. Desas -desus dan poster telah tersebar. Tentu ini persaingan menarik. 

2. Saya secara peribadi mengenali anak muda Ustaz Ramadhan Fitri Elias bekas Presiden MPP UM tahun 2003/2004 ini. Juga Presiden PMIUM 2004. Beliau merupakan seorang anak muda yang berani. Dari segi sejarah gerakan kampus, tindakan beliau memboikot Pililihan raya kampus UM tahun 2004 telah membuka ruang kepada pengambil alihan UM kepada mahasiswa aspirasi bermula 2004 hingga 2009. Sejarah kampus 2004 adalah bukti PMIUM kalah di bawah Ramadhan Fitri. 

3. Sekarang beliau adalah Ketua Jabatan Syariah Maybank Islamic Berhad.


Seperti kata beliau semasa menjadi Presiden. Politik luar itu anggapan sahaja. Yang sekarang adalah real politik.

4. Pernah dilantik sebagai AJK Dewan Pemuda PAS pusat pada tahun 2009-2011 mungkin tidak menyukarkan untuk Ramadhan Fitri memenangi AJK Dewan Pemuda PAS 2015-2017. Cuma mungkin cabaran terbesar ialah dari segi pasukan iaitu Ramadhan Fitri menyertai Team Suhaizan Kaiat untuk menentang Team YB Ustaz Nik Abduh. Kali ini tentu persaingan yang sengit antara team ulamak dan profesional. Dengan isu-isu sokongan Hadi Awang serta penentangan kumpulan PASMA tentu ini menarik dan sengit. 

Presiden PMUM

PMIUM: Ada yang berkhidmat di JAKIM dan juga menyertai PKR

5. Maybank Berhad tentu berbangga dengan pencapaian Saudara Ramadhan Fitri ini selaku Ketua Jabatan Syariah Maybank Islamic ini. Ia pencapaian terbaik pegawainya sebagai satu dari sumbangan luar beliau kepada komuniti luar dan masyarakat.Posisi ini sudah tentu akan membantu dalam kempen beliau. Sama-sama kita saksikan nanti.

6. Jika Ramadhan Fitri menang adalah wajar Datuk Abdul Farid Group President & Chief Executive Officer Maybank mengucapkan tahniah kepada beliau. Begitu juga Menteri Kewangan Malaysia wajar mengucapkan tahniah. 


Note: Anggap sahaja artikel ini adalah promosi percuma dari seorang sahabat.

Lain berkaitan; 

Anginperubahan.blogspot.com

25 May 2015

SABOTAJ PM? KETUA SETIAUSAHA PERBENDAHARAAN PERLU LETAK JAWATAN!

SABOTAJ PM? 

KENYATAAN AKHBAR
Kementerian Kewangan ingin menjelaskan bahawa jawapan bertulis Dewan Rakyat yang dibuat oleh YAB Perdana Menteri Dato Sri Mohd Najib Tun AbdulRazak mengenai kedudukan kewangan 1MDB di bank BSI Singapura telah ditulis dan disemak oleh pegawai kementerian berdasarkan maklumat dari IMDB .
Kementerian Kewangan telah meminda jawapan asal yang telah dibuat pada 10 Mac 2015 agar tidak timbul kekeliruan mengenai kedudukan kewangan 1MDB di BSI Singapura dan selaras dengan tuntutan urusan Parlimen. Tindakan Kementerian Kewangan meminda jawapan asal adalah bukti ia tidak berniat sama sekali hendak berbohong mengenai perkara tersebut
Lantas, dakwaan Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa YAB Dato Sri Mohd Najib yang juga Menteri Kewangan telah berbohong adalah tidak wajar.
Ini ialah kerana lazimnya jawapan bertulis di Dewan Rakyat dibuat atas nama beliau berdasarkan maklumat yang diberikan oleh agensi berkenaan yang kemudiannya disemak dan diedarkan oleh para pegawai.
Kementerian Kewangan telahpun mengambil tindakan sewajarnya agar perkara ini tidak berulang.
Kementerian Kewangan
24 Mei 2015


Ulasan 1:

1. Tugas pegawai urusan parlimen bagi setiap Kementerian ialah Setiap jawapan akan diteliti dan dibaca kali pertama bersama TKSU dan sebelum satu-satu soalan naik. Adalah menjadi amalan YB Timbalan Menteri akan teliti semula dan berbincang dgn pegawai urusan parlimen sebelum menjawab di parlimen. Nampaknya kes MOF ini adalah satu perkara memalukan meletakkan kesalahan kepada PM.

2. KSP wajar menjawab dan melihat semula sama ada pegawai urusan parlimen ini syok sendiri menjawab atau pengurusan atasan MOF memang tidak mengambil ambil kisah draf input jawapan parlimen terutama jawapan secara bertulis. KSP sebagai ketua kementerian ambil responsibiliti.  Pegawai yang berkenaan perlu diambil tindakan kerana mengambil mudah. Tidak menghairankan YB Datuk Ahmad Maslan memberi jawapan agak janggal dan sedikit merapu sebab YAB PM pun baca teks yang disediakan pegawai urusan parlimen yang sama bagi Kementerian Kewangan.

Ada yang menjawab:

4. Di bawah prinsip pemisahan kuasa eksekutif, legislatif dan judicial setiap yang mewakili cabang masing masing bertanggungjawab terhadap apa apa keputusan yang dibuat. dalam hal menteri menjawab di dewan legislatif (parlimen) dia bertindak selaju anggota legislatif yang juga mewakili cabang eksekutif. pegawai kerajaan bukan anggota legislatif yang dengan itu tidak bertanggungjawab di dewan tersebut. pegawai kerajaan hanya "membantu" menteri (eksekutif cum legislator) yang dengan itu tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa jawapan di parlimen/dewan legislatif. maka tanggungjawab itu betul atau salah adalah tanggungjawab menteri.  pegawai kerajaan yang bukan anggota kabinet walaupun memberi jawapan bohong/palsu tidak boleh di caj di parlimen. Yang boleh di caj ialah menteri kerana beliau anggota parlimen/legislatif.


5. KSU bukan anggota legislatif. dia tidak bertanggungjawab kepada parlimen. kerana demikian seorang menteri yang tidak dipilih pengundi di senatorkan dahulu supaya dia bertindak atas eksekutif dan ahli legislator.


Ulasan tambahan:

6. Benar! Sebab tu dibawah kuasa seorang menteri dalam sebuah kementerian menteri mempunyai kuasa kepada memilih pegawai yang dia rasa perlu untuk membantunya sejajar dengan cara menteri bekerja. Apabila sikap dan budaya terbiasa iaitu Menteri tukang jawab dan yakin dengan draf jawapan kadang-kadang hal-hal seperti ini boleh berlaku. Maka tidak hairan seorang KP boleh buat kenyataan media lebih awal dari sepatutnya dari mesyuarat pasca kabinet.

7. Kita tidak boleh membayangkan " seorang PM atau menteri sedang duduk di depan komputernya untuk membuat draf jawapan itu".

8. Dalam keadaan saling tutup menutup ini saya melihat kegagalan  seorang menteri menggunakan segala kuasanya. Sering saya melihat secara dalaman hubungan dingin antara menteri dan pegawainya yang menjejaskan segala bentuk kerjasama. Wal hal sepatutnya semasa dia menjadi menteri perkara pertama ialah merombak semua jawatan pengurusan. Apabila dia kehilangan kawalan maka draf jawapan soalan bertulis pun dia tak sempat baca malah pegawai kanannya pun tidak baca. Mengundang masalah jika berlaku kesilapan atau sabotaj.

9. Kita bayangkan satu fail kuning parlimen yang bergerak satu meja ke meja yang perlu sampai ke meja penting iaitu KSU dan juga menteri.  Dan bila salah akhirnya yang ada semua orang menjadi mangsa.

10. Ramai sangat menteri yang tidak pandai menggunakan kuasa. Kena main sikit atau kena sabotaj sikit baru terkinja-kinja.


11. Dalam kes ini? Pecat atau gantikan KSP sekarang dengan yang peka. Tak kan semua kerja PM nak tengok termasuk jawapan IMDB yang melibatkan kementerian kewangan. Melainkan KSP dan pegawainya sengaja sabotaj?